iklan

Saturday, February 27, 2010

:(

mudah penat
tak larat
malas
loya
muntah
tak selera makan
saket pinggang
cepat lapo tapi takde selera makan.camne tu?
jerawats:(
.
.
.
sedang lapar tapi tekak skang ni takleh nak telan nasi:(



Friday, February 19, 2010

Cuti-cuti di Medan,Brastagi highland dan Danau Toba

4hari 3 malam di indonesia tanpa encek suami!kemudian terus stay kat segamat tanpa encek suami juga;( RINDU!hee:P

malam ni die balek segamat:) encek suami ku syg...adakah kamu nakal sepanjang ketiadaan saya di sana?:P hehe..~

so...cuti2 ku kat medan...biasa2 je..mungkin sebab tanpa si dia disisi...atau mungkin juga penat perjalanannya jauh dari satu tempat ke tempat yang lain dan pemandangannya tidak begitu indah dan agak kotor...dan jalanraya nya juga tak rata and berlopak2.sakit tau badan aku sepanjang kat sane sebab jalan kat situ tak elok,kitorang yang duduk dalam van ni rase cam nak terhumban2 je.huhu.pastu keadaan lalu lintas kat sane....sangat la merbahaya ok:P maen cilok sane sini...dan kehidupan disana agak daif..selalu je ader budak2 ketuk2 tingkap mintak sedekah or jual2 barang nak cari duit..cian tengok diorang..and kat sane byk kuda and kuda tu buang air besar bersepah2...taik die merata2...oh,sgt busuk dan tak berselera:P


Day 1

kitorg sampai kat medan pukul 11.30pg (waktu indonesia). indonesia lewat sejam dari malaysia. lagipon flight delay...kapal terbang rosak,terpakse tukar plane lain.mls nak cte.air asia memang byk problem,maklumla tambang murah.terime je la keadaan.kui3.sampai2..terus makan.sangat lapar+panas!

ni seblom kena tukar plane dan sebelum penumpang2 air asia mengamuk.
knape mengamuk??
panjang ctenye..
next post ok.hehe


welkam to medan

sampai2 je...kene g ke kamar kecil dulu:P
KAMAR KECIL?adakah kamar kecil utk membuang air kecil shj?:P
kamar besar takdakah??
huhu

van yang kitorg naek


pemandu pelancong kami.encik adam name die.
die ni ...tak berhenti2 bercakap tentang sejarah indonesia ok
aku rase die hafal buku teks sejarah la.huhu



kami makan di restoran ini.
sangat lapar
kami dihidangkan dgn makanan minang




kemudian,pas makan...kitorang teruskan perjalanan ke lake toba.dari medan ke lake toba makan mase 5jam ok!ok,pas dah kenyang,masing2 tdo dlm van..sume tdo..last2 mak aku sorang je melayan si adam bercakap:P




van terlebih muatan.perkara ni dah menjadi perkara biasa kat sane.walaupon diorng naik camni...still kena bayar tambang ok.cian2.

akhirnya...sampai ke Lake Toba.malam pertama kami tdo di parapat View Hotel.
hotel ni tak besh:P
adalah tidak digalakkan utk para2 bloggers dan penngunjung blog:P



antara pemandangan di lake toba.cantik:)


day 2

pagi2 lagi dah bangun..sarapan kol7.kol8 dah kne gerak.gi kampung Tomok n kampung apentah.lupe nak bgtau kat parapat ni agak sejuk.hotel die tak perlu aircond n kipas.tp xde la sejuk sgt pon:P


kitorg naik feri..menyusuri Lake toba utk ke kampung tomok n kampung 'ape
ntah'.



oh,adakah sy nmpak seperti org bujang?:P
huhu



adam yang tak abes2 bercerita tentang sejarah:P
dah tu keje die ok:P


bekas atas kepala tu ade maksudnye..
ape die?aku dah lupe:P huhu


ni kat kubur raja2 kat kampung Tomok.menakutkan je aku rase kat situ.kitorang wajib pakai selendang tu kalo masuk kat kawasan kubur die tu..


ok,sesi membeli belah adalah sesi yg menyeronokkan dari g tempat2 sejarah:P
huhu~
tapi kat sini...diorg(orang batak) cam paksa2 nak beli..dah la pegang2 andd cengkam lengan kita paksa beli.kat sini,kalo korang tamau beli,jgn la korang nak belek2 or pegang2 or even tanye2 harga coz die akan aggp ko nak beli dan akan pakse ko beli.dan satu lagi...diorg ni jual harga tinggi.kene pandai tawar menawar.



then,kitorang ke HUTASIALLAGAN


rumah kat sane unik

oh ye,kat sane anjingnye adalah bersepah2 dan banyak.maklum la org batak agama kristian.diorg memang bela anjing.tp anjing kat sane jinak2 ok.takde la asik nak kejar org macam anjing kat malaysia:P

ni kat rumah raja yang ader 24org isteri. 12org isteri tinggal serumah ngan raja tu,yg lain tinggal kat kawasan sekitar disitu.

otw balik...kitorg dihiburkan ngan persembahan diorg.ingatkan free,rupenyer diorg mintak bayaran.kitorg tak mintak pon die nyanyi.naseb suara sedap.huhu

then...kitorg terus ke brastagi highland,...kat cni lagi sejuk dari parapat.macam kat genting highland n genting highland la.kitorang tdo kat green garden hote.ok la hotel tu.boleh tahan.




day 3


day 3 n 4 aku letak gambo je la,mls nak cte.leh?penat taip.huhu.







day 4




BALEK!!:)




Thursday, February 18, 2010

persalinan

adalah tidak lengkap majlis perkahwinan tanpa baju persalinan.baju persalinan yang aku pilih ialah...baju jawa (Lelaki dan perempuan), kimono(perempuan shj) dan gaun +kot(lelaki dan perempuan).boleh je nak tambah lagi..tapi duitnye pon knene tambah la kan??:P huhu..ni pon dah tak larat dah bergambar.aku buat persalinan pada hari nikah..selepas majlis nikah.buat petang sebab tak nak malam penat..ade yang suke buat malam.penat tuu...nanti sampai kol3 pagi baru siap sume.pastu esoknye lak ader majlis sanding.NO EYE BAG PLZ!!;p hehe






enjoy the pics:)








p/s: oh ye,utk persalinan ni...rambut didalam gambar adalah rambut palsu.sekian:)

Friday, February 12, 2010

Tagged You Friends!!

How well do you know me? Comment on this note with your answers!
Tag your friends and see who knows the most about you!

1. Where you and I met?
2. How long have you known me?
3. The last time we saw each other?
4. Your first impression of me upon meeting/seeing me?
5. Am I funny?
6. What's my favorite music?
7. Would you call me preppy, average, sporty, punk, hippie, glam, nerdy, snobby, or something else (what)?
8. Have you ever hugged me?
9. If there was one good nickname for me, what would it be?
10. If you and I were stranded on an island, what would I bring?
11. Where do you think I will be in 10 years?
12: Will you re-post this so I can fill this out for you?


:)

Thursday, February 11, 2010

2 month


diam tak diam...dah 2 bulan kami berkahwin...~

:)


Dearest Husband... YOU COMPLETE ME!:)

Wednesday, February 10, 2010

pindah rumah

dengan ini saya mengumumkan bahawa kami secara rasminya telah berpindah rumah sewa yang baru pada pagi ahad,7.2.10.huhu..proses pindah rumah memang sangat memenatkan!!!btw,GOODBYE rumahsewaku yang lama:P



rumah sewa yang baru ni...memang baru lagi..tuan rumah aka kawan sekilang encek suami,beli rumah ni dah tak penah duduk rumah yang die beli ni.so...kitorang yang first duduk kat rumah ni.sewa pon lebih murah berbanding umah sewa lama..rumah ni 2tingkat,corner lot,environment pon ramai melayu..and berpuas hati la ngan rumah ni.cume........yang tak puas atinye...kawasan kat umah ni takde 3g!!uwaa....TIDAK!! huhu~ memandangkan aku gune broadband,so internet connection adalah seperti siput sekarang sebab takde 3g.so...encek suami decide nak pasang streamyx;)




oh ye,aku sekarang sedang kemaruk membeli perabot rumah.apakahh??huhu..yang aku beli baru2 ini ialah...katil,rak pinggan mangkuk,meja jepon, meja tv, tempat sidai baju:P lagipon benda2 tu penting kan encek suami kan3??:P lagipon mase kat umah sewa sebelum ni takde beli perabut pon kan3...so takpe kan3 encek suami kan??:P hehe..




emmm..tentang pregnancy test...thanks kepada semua yang wish tahniah kat kami...tapi...the result belum double confirm la..aku just buat pregnancy test sendiri kat rumah and ader double line tapi agak samar2 line nye:) maybe masih baru.walaupon line sangat samar tapi kami super excited ok:) belom cek ngan doc lagi...tapi sampai sekarang tak period lagi..setakat ni..dah delay period dekat 2 minggu..kalo ader rezeki..Insyaallah:) doakan kami ye:)


btw...dah nak cuti sekolah..cant wait!!!!tak sabo nak bercuti...~ Lalala:)

Saturday, February 6, 2010

double line:)

:)

Thursday, February 4, 2010

should i check???

..padahal period baru delay 5 hari..



should i??

Merancang anak lelaki atau perempuan

bloghopping pas balik sekolah tadi...tibe2 cam terbace artikel best:P so...nak share la ngan korang tips2 bergune:)





Merancang anak lelaki


Dr Hamid Arshat memberikan garis panduan berikut:
  1. Makanan yg berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama dua bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah di galakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga di perlukan.
  2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulasi) adalah penting.
  3. Menukarkan cecair faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh faraj dengan sau alat khas. Sebanyak 20ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang dua jam sebelum melakukan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) boleh dibeli dari farmasi.
  4. Kaedah suntikan benih lelaki (artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses layering atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embrio yang disahkan lelaki untuk dimasukkan ke dalam rahim. namun kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi dibolehkan jika kelahiran anak perempuan akan menyebabkan penyakit baka/genatik.

Merancang anak perempuan

Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut:

  1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam, nanas, cuka, air minuman bergas dan lain-lain. Elakkan daripada memakan makanan laut.
  2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulasi).Jangan bersetubuh selama lima hari mulai dari hari ovulasi yang boleh dikesan dengan ujian-ujian kesuburan.
  3. Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid dua jam sebelum persetubuhan dilakukan.






source: from here

Wednesday, February 3, 2010

pelamin idaman

apakah jenis pelamin idaman korang??actually...pelamin idaman aku adalah yang versi moden...yg gune fresh flowers...modern yet elegant macam yang kt bawah ni...


sumber gambar adalah dari sini
.
.
.

dan yang macam ini....





sumber gambar adalah dari sini
.
.
.
.
tetapi...disebabkan baju aku adalah ini....
.
.
.
baju songket
konsep tradisional
maka...tak sesuailah untuk guna pelamin idaman aku seperti yang diatas..huhu..


maka..pelamin pon kena la ikut konsep baju yang aku pakai..pelamin konsep tradisional..
ni gambar pelamin aku mase aku kawen aritu..


p/s: ok gak tak jadi guna pelamin idaman aku tu...sebab harganya adalah sangat mahal..maklum la,guna fresh flowers,maka ongkosnya pon cantek la kan?:P hehe

sekian.

Tuesday, February 2, 2010

bunga telur cucuk atau gantung?

ni bunga pahar mase khatam quran.tema aku utk khatam quran:putih suci;)
khatam quran aku adakan pagi sebelum sanding. utk bunga pahar khatam quran...aku gune bunga telur jenis cucuk..yang lidi tu...


ni plak...bunga pahar utk sanding...tema:maroon+putih. tapak tempat bunga pahar tu aku design sendiri..kalo tempat bunga pahar camni...kne guna bunga telur jenis gantung.


ni tempat bunga pahar sebelum aku hias tapak die and sebelum letak telur.

sekian.