iklan

Sunday, May 30, 2010

Didik anak jadi pintar dari dalam kandungan

blogwalking dan terjumpa artikel best pasal didik anak jadi pintar...
so nak share dengan korang sume:))

1. Pemakanan
 
amalkan makan kismis, kurma, minum susu dan vitamin yg mencukupi
Ubat doctor seperti asid folik,vitamin B kompleks,Ferum tablets dan vitamin C jangan lupa makan. Susu Ibu mengandung pun digalakkan minum.aku minum ENFAMAMA perisa choc,setakat ni dah masuk tin yang ke 3.:) susu ANMUM aku baca2 dan orang cakap...tinggi lemak, boleh gemuk.tu aku pilih minum ENFAMAMA.rasa die ok lah,lagipun choc flavor kan..sedap gak:) 
selain itu,untuk menggalakkan perkembangan minda anak, kerapkan makan tomato, brokoli, bayam dan batang saderi. makan asam adalah tak digalakkan walaupun sedap makan asam2.


2. Amalan seharian

menurut pakar, bayi dalam kandungan didapati lebih responsif terhadap suara lelaki daripada suara wanita..jadi pastikan suami2 anda tahu tentang ini dan berusaha la secara bersama untuk melibatkan diri dalam aktiviti ransangan anak..
Ada beberapa cara utk meransang dan bercakap2 dgn si anak dalam kandungan, antaranya:
  • bacakan surah al fatihah, muqqaddam, nombor digit 1 hingga angka 10 dalam BM dan BI termasuk abjad A-Z sambil mengusap perut
  • membaca dan memperdengarkan surah Al Quran setiap hari...didapati bahawa bacaan yg sama dan berulang2 semasa dlm kandungan boleh membuatkan bayi anda mengenali irama yg sama jika dimainkab semula semasa berusia 12 bulan
  • luangkan 5-10 min setiap untuk berbual-bual dgn anak..cerita la apa sahaja dgn bayi kerana pada minggu ke 20-24 bayi mula memberikan tindak balas yg kuat pada bunyi..jadi bayi sudah boleh mendengar suara ibu..ambil la peluang ini utk jalinkan bonding yg lebih rapat dgn bayi anda...
3. Jaga emosi

Anak yg pintar bukan shj pintar IQ tp berjaya EQnya..jadi pastikan si ibu tidak terganggu emosinya semasa mengandung kerana gangguan emosi ibu boleh mempengaruhi ransangan otak bayi..tekanan ibu hamil blh mengurangkan IQ si anak. hmm..tak boleh tensen2 sangat dan terlalu sensitif dan kuat nangis la ni...

Didik anak untuk jadi pintar bukan satu tugas yg senang..perlu konsisten dan kesabaran..dan tidak berhenti setelah anak itu lahir ke dunia..usaha tetap perlu diteruskan..
Antara kaedah yg blh dipraktikkan si ibu setelah anak lahir:

  • sambil menyusukan anak, ajarkan ABC, 123 dan muqaddam..


  • sentiasa berbual dgn sebutan yg betul dan elakkan bercakap pelat dgn anak, teruskan bercakap walaupun anak tidak memahami apa yg dituturkan
  • apabila anak mula belajar utk bercakap, ajarkan menyebut nama Allah *nama2 dlm asma al husna, ajar secara berperingkat, sebutkan setiap benda yang dia nmpk contohnya anggota badan, makanan dan apa shja objek di dalam rumah..*
credits: nurulaziyana

Friday, May 28, 2010

resepi chilled oreo cheesecake.senang dan cepat.hanya guna blender saja;)

Jom buat oreo cheesecake guna blender.
guna blender je??
yup.tak perlu guna mixer;)) 
senang dan cepat:)

memandangkan hari ni hari cuti  tapi suamiku tak cuti(ok,takde kaitan pon), so aku terlebih rajin:P kemas rumah,basuh baju,sidai baju,basuh cadar,tukar cadar,mop lantai,kemas dapur,pergi pasar,buat oreo cheesekek(dah lama ngidam ni) dan masak untuk lunch!fuh.memang penat.ni baru je ada tenaga balik lepas dah rehat.Oh ye,menu aku hari ni ialah kari ayam dan kacang panjang goreng.nyam3.sedap!!(puji diri sendiri masak:P haha)


ok,sekarang ni meh aku share resepi oreo cheesecake dengan hanya menggunakan blender sahaja;))


resepi chilled oreo cheesecake


2 paket biskut oreo( 1 paket oreo dikisar/dihancurkan-sebagai base/tapak kek.1 paket lagi ...oreo dipatahkan 4 dan diletak kat tengah dan atas cheesekek)


bahan A


30g mentega -dicairkan
250g cream cheese -aku guna jenama KRAFT PHILADELPHIA
1 bekas yogurt-aku guna plain yogurt
5 sudu besar susu segar
1 kotak kecil(200g) whipping cream
5 sudu besar gula kastor
1 sudu besar jus lemon


bahan B


1 sudu besar gelatin yang halal*
5 sudu besar air*
(masukkan gelatin dalam air.kemudian cairkan guna microwave.selepas dah keluarkan dari microwave,kacau guna sudu)


cara-cara:


1.pastikan mentega dan cream cheese telah dikeluarkan awal dari peti sejuk dan biarkannya lembut secara semulajadi di suhu bilik. bila kedua2nya dah betul2 lembut,baru la boleh mula buat cheesekek.


2. kisar 1 peket biskut oreo yang telah dibuang krimnya. kemudian, gaulkan biskut yang dah dikisar dengan mentega yang telah dicairkan. bubuh dalam loyang kek,tekan hingga mampat.(aku guna mangkuk kecik2 je,tak guna loyang kek..so dapat la dalam 5 mangkuk kecik).kemudian masukkan dalam peti sejuk.


3. masukkan bahan A dalam blender dan blend sehingga sebati.


4. kemudian, masukkan Bahan B ke dalam blender tadi. blend lagi sampai sebati.


5. Kemudian,keluarkan loyang berisi biskut tadi dari peti sejuk,tuang adunan cheese separuh.kemudian bubuh biskut oreo yang di patah-patahkan, kemudian tuang lagi adunan cheese sampai habis. pastu,bubuh beskut oreo yang dipatah-patahkan sebagai topping kek.sejukkan dalam peti sejuk selama 3jam sebelum dimakan.





haaaaaa.....senang kan???
cuba la!:))

p/s: gambar takde.sebab takde kamera.ishk;(

blogger in draft : Kongsi Ilmu Blog

Good Morning all:))
dah bangun ke belum ni???
hehe...

pagi2 lagi aku dah dapat ilmu untuk dikongsi bersama korang korang semua iaitu Dashboard blogger boleh diakses dalam bentuk draft seperti imej di bawah ini.mesti ada yang dah tau kan?tapi aku baru je tau.maklum la budak baru belajar:)

 klik kat kotak tu.
pastu klik NEW POST.
nanti korang punya NEW POST akan jadi macam yang di bawah ini.

 lebih banyak pilihan kan??

thanks to klcitizen yang ajar kat blog die.
sumber gambar dan ilmu : klcitizen

Thursday, May 27, 2010

Kenapa kamu BUAT bayi sedangkan kamu TIDAK MAHU bayi itu???(Kes Buang Bayi dan Pengguguran Haram)

Kenapa kamu buat bayi sedangkan kamu tidak mahukan bayi itu??

kamu Buang bayi,Bakar bayi,Bunuh bayi dan gugurkan bayi.adakah kamu kamu kamu dan kamu ini tidak berhati perut?Cuba kamu jadi bayi itu.apa perasaan kamu jika kamu jadi dia??Pernah kamu terfikir,apa jadi kepada kamu jika kamu pun dulu dibuang atau digugurkan oleh ibu dan bapa kamu???


aku malas nak cakap banyak pasal kes buang bayi.kat suratkhabar dan TV tiap-tiap hari pun cakap pasal KES BUANG BAYI. aku memang tak berani nak tengok keadaan baby2 yang dibuang tu.tak sampai hati nak tengok.takot nak tengok keadaan mereka.sungguh KEJI kan perbuatan mereka mereka yang buat kerja ini?


Bawah ni aku letak link antara kes buang bayi tahun 2010.




.
.
.
.
tapi kadang-kadang...baby ni tak dibuang,tetapi digugurkan atau dengan erti kata lain dibunuh!

nak tengok bagaimana bayi berusia 9 minggu digugurkan/dibunuh?




dan...nak tengok bagaimana janin yang berusia 23minggu digugurkan/dibunuh???




sungguh kejam dan KEJI bukan?
so kepada kamu kamu kamu dan kamu yang pernah buat atau nak buat kerja ni tolonglah insaf.
kalo nak lebih insaf tengok video ini.



sedangkan binatang pun jaga dan sayang anak-anaknya.kan kawan-kawan?:))



.
.
.


“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa' 17: 31]

“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)” [Al-Israa' 17: 33]


Kedua-dua ayat di atas menjelaskan betapa besarnya hukuman ke atas perbuatan membunuh. Betapa mulianya nyawa manusia di sisi Allah.


credits: saifulislam

credits: Liyana







Wednesday, May 26, 2010

Crocs dan Kalimah Allah




Hmm...
Kalimah ALLAH pada logo Crocs...
ISLAM dihina sekali LAGI...eh tidak..BERKALI-KALI..
Adakah ini satu kebetulan atau telah dirancang???
.
.
.
p/s: nasib baik aku tak pernah beli kasut/sandal crocs:P

.
.
.
em...dapat ayat bawah ni dari facebook..saje nak share kat blog.



"When u attack Black people, they call it racism. When u attack Jewish people, they call it anti-semetism. When u attack women, they call it sexism. When u attack homosexuality,they call it intolerance. When u attack a Country, they call it treason.When u attack a religious sect, they call it hate. But when they attack the......Prophet Muhammad, they call it freedom of speech?"

Hmm...
Lu Pikir la Sendiri.(pinjam ayat Nabil :P)



credits: cikmasz , facebook

Monday, May 24, 2010

cara pakai tudung atau selendang untuk majlis tunang/nikah/sanding (shawl and tudung tutorial)

aku post entry ni khas untuk member aku yang bakal bertunang,Maisara:)


balik sekolah tadi...macam biasa la...balik je sekolah,terus on laptop dan internet..Mai mesej aku kat facebook.ni mesej die kat aku:


"hahah...ain nak mntk tolong ni....ko kan rajin cr2 artikel kan??...aku nak tau cr pakai tdg utk majlis tunang nanti....sbb aku make-up sendiri jer dgn kerjasama adik-beradik aku...hahaha....so mslh skang ni aku tak reti nak pakai tdg mcm maner....plzz!!!!! "

baik lah cik maisara, saya tunaikan permintaan anda:D

bawah ni antara gambar-gambar gaya tudung atau fesyen tudung untuk majlis pertunangan, majlis pernikahan atau majlis perkahwinan yang aku cari kat internet...

Gaya 1



Gaya 2


Gaya 3

antara gaya kalau guna tudung bawal/tudung empat segi untuk majlis tunang..gaya/fesyen yang simple but nice tanpa pakai aksesori tambahan seperti sanggul tepi or crown kat kepala...hanya pakai tudung bawal dan kat luar pakai veil.tapi...kalau aku la..berdasarkan pengalaman aku yang pakai tudung empat segi juga masa tunang, aku kurang suka/setuju kalau pakai tudung bawal biasa untuk majlis tunang/nikah...nanti nampak macam biasa2 je,macam yang kita selalu pakai.kena la nampak lain sikit untuk hari bahagia kita.lagipon kalau pakai tudung bawal/empat segi yang chiffon/kain jojet susah nak bentuk.mula2 pakai nampak macam OK pastu nanti kejap je dah senget benget.macam yang aku pakai masa majlis tunang aku.

Gambar 1


Gambar 2


Perhatikan tudung aku dalam Gambar 2.dah xbetul dah..dah senget.huhu.abes tu,tak reti dok diam:P masa tunang, aku sewa aksesori untuk tudung dan veil dengan mak andam.tapi tudung memang aku beli sendiri je.tudung tu kain jojet jenis lembut siap dengan manik2.beli dekat Jakel masa tengah promosi,RM50 je kot. Masa tunang ni,mak andam buatkan gaya lipatan bunga kat bahu.aku tak berapa suka gaya tu:P

.
.
.
Align Left

gaya guna tudung ekin

.
.
.


gambar 3

gambar 4

gambar 3 dan 4 adalah gabungan tudung ekin dan selendang chiffon.
gambar 3,nampak awning.gambar 4,tak nampak awningnya.
kalau aku,aku suka yang tak nampak awningnya...apepon,ikut selera masing2 kan;)
actually kalau pakai selendang,banyak gak nak kena pin.lagi2 kat bahagian belakang kepala/dekat belakang leher,supaya selendang tak nampak kembang.tak caya??cuba tengok gambar yang kat bawah ni.

kan?aku dah cakap dah:P huhu






eh,cam kenal je orang ni?:P huhu..
ni masa hari nikah.aku ni pelik sikit,orang nikah pakai baju warna putih,tapi aku pakai warna peach.masa tunang lak pakai warna putih krim macam nak nikah.gatal.haha.
masa ni...dalam aku pakai tudung ekin(jenis mini/saiz kecil punye), dan lilit dengan selendang chiffon manik.awningnya tak nampak.aku pilih untuk sorokkan die.huhu.
.
.
.



ni pulak hanya pakai selendang je.tanpa ada awning.tapi kena tengok jenis kain seledang tu jugak kalau nak buat gaya macam ni.ada yang sesuai.ada yang tak.
.
.
.

ok.tu je gambar-gambarnya.kat bawah ni aku listkan blog-blog yang ada ajar cara-cara memakai tudung dan selendang(tudung tutorial and shawl tutorial) yang sesuai diaplikasikan untuk majlis pertunangan,pernikahan atau perkahwinan.nak buat pergi jalan2 or dating pon boleh.senang kata, sesuai untuk semua acara lah:P hehe


Align LeftSelamat Mencuba!:))


Shawl Tutorial or Tudung Tutorial untuk tunang,nikah dan sanding (Do.It.Yourself)





P/s: make sure korang test tudung yang nak dipakai pada hari tunang/nikah/sanding at least seminggu sebelum majlis. sebab kalau tudung atau selendang tu tak sesuai atau anak tudung nya tak sesuai dengan muka kita, ade masa lagi nak cari back up:)

Sunday, May 23, 2010

gastrik





P.A.I.N



dah la encek suami takda sebab ada lawan sepak takraw anjuran kilangnye.

btw..baru balik dari Air Tawar 5(kampung halaman encek suami).balik AT5 ,jumaat malam...otw balik tu boleh muntah-muntah.
pastu balik pasir gudang balik kol7 pg tadi sebab game encek suami start pukul 8.30 pg.
taktau kenapa perut ni meragam gastrik.padahal pagi tadi sarapan awal je.mungkin sebab merajuk kot malam tadi.eh??.haha..
ni dah ok sikit lepas bangun tidur.tadi still rase pedih ah..rasa sakitnye kejap2 ada,kejap2 xde.
tengok la.kalo tak ok gak..g klinik.ok la...saja je nak ngadu:)

Friday, May 21, 2010

Hadiah Hari Jadi untuk Mak dan Ayah



oh ye...tujuan sebenar aku post entry ini adalah untuk mendapat IDEA dari kamu semua tentang nak bagi hadiah ape ye kepada mak dan ayahku sempena hari jadi mereka yang bakal menjelang.



bila ya birthday mereka??mak dan ayah aku punya tarikh hari jadi dekat-dekat.macam janji je kan??hehe.mak aku 19 jun 1961, ayah aku lak 20 jun 1959. oh ye...tarikh hari jadi adik kembarku juga dekat-dekat dengan tarikh hari jadi mak ayah aku. Tarikh hari jadi si kembar adalah 20 jun 1987. Dan ini bermakna, ada EMPAT hadiah yang perlu aku beli untuk bulan JUN. eh,nanti dulu...rasanye boleh jimat sikit..TIGA hadiah saje perlu dibeli sebab salah sorang adik kembarku takde kat malaysia coz tengah study di Bristol.maka...dapat la berjimat sedikit:P haha..(p/s untuk adib aka abg: abg kalo nak adiah kena la balik Malaysia cepat2 ye:P)

ni dia gambar birthday boy and girl
dari kiri: ayah,abg,mak,adek dan atin-yang-suke-menyelit-semasa bergambar(anda tidak menyambut besday di bulan Jun ye)


.
.
.
so..untuk mak...ada beberapa hadiah yang aku fikirkan dalam kepala otak ni..

1. BEG TANGAN

sebab mak pernah cakap nak beli beg tangan warna krim or putih



2. JAM TANGAN

sebab penah tengok mak asyik tengok jam tangan bonia bentuk rectangle..
tapi jam tangan bonia macam tak mampu kubeli la bulan ini:P maklum la...banyak hadiah untuk dibeli:D

3. KAIN PASANG


maklum la mak pun cikgu..cikgu mesti la kena ada banyak pilihan baju kan?hehe.
tapi..cam dah biasa je kan bagi kain pasang??


4. SANDAL

tapi takot tak muat lak kalo beli sandal..
.
.
.

untuk ayah lak,ada gak la terpikir nak beli ape...tapi...susah la nak beli hadiah untuk lelaki berbanding perempuan.betul tak??

1. KEMEJA

2. SANDAL


oh..itu je yang aku dapat pikirkan buat masa ni.so...i need your ideas guys:))

.
.
.



untuk abg dan adik..nak hadiah ape???kak in bagi hadiah kasih sayang pon ok gak kan??lalala..




.
.
.
so guys...i need your idea:))
TQVM:)



p/s: kepada adik2ku yang membaca blog kak in,please rahsiakan pasal ni dari mak+ayah.tak suprise la nanti:P oh ye,kepada adikku AINI yang akan menyambut hari jadinya yang ke 18 or 19(lupe,maklum la ramai adek:P) pada 29 mei ini...anda mahu hadiah ape??sila jawab sebelum tawaran hadiah anda tamat.haha.sekian.


Lagenda Budak Setan The Movie

korang2 mesti pernah baca novel Ahadiat Akasyah,Lagenda Budak Setan kan??

ni cover depan novel.ala....korang mesti pernah baca punyalah:)

novel ni popular masa zaman aku muda remaja dulu(eh,sekarang pon muda remaja lagi hape:P) memang best la jalan cerita dalam novel tu:))


Lagenda Budak Setan The Movie adalah diadaptasi dari novel Lagenda Budak Setan.siapa pelakon nye???well...antara pelakonnya adalah Lisa surihani,Farid Kamil,Que Haidar,Fazura....sume2 ni pun adalah pelakon hebat yang menjadi fav aku:)) so..movie ni MUST WATCH ye encek suamiku sayang;)


oh farid yang encem,u look cool with that hairstyle:D


ni lak trailer Lagenda Budak Setan The Movie...
Penyanyinya adalah Filianti Vlee
Tajuk: Hilangnya Cinta





Dan...ini lirik lagunya...

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan




Dan...ini sinopsisnya:D

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak

.
.
.
macam best kan kan kan???
nak tengok tau syg.tau tau tau!!
oh ye...selain cerita tu..aku juga teringin nak tengok cerita


P.S. I LOVE U

walaupun cite ni dah lame...tapi nak tengok gak.
sayang,tolong downloadkan ye:))
lap u:P
Align Left
dan juga teringin nak tengok cite ini..


Hachiko : A Dog's Story

Kisah mengenai anjing yang taat kepada tuannya..
nak tengok tau sayang!
tolong download movie ni jugak ye;) TQVM Laling Dear~

.
.
.
sejak kawen ni aku memang agak rajin tengok movie..al maklumla encek suami rajin mendownload movie...dulu2 masa zaman bercinta,tengok kat wayang..tapi pas dah kawen..tak penah pergi tengok wayang lagi setakat ni.huhu.jimat:P lagipon tengok kat umah lagi selesa kot..boleh tengok bile2 mase,boleh pause,boleh nak g toilet jap,boleh peluk-peluk n etc:P haha..
tapi Lagenda Budak Setan The Movie nak tengok kat wayang tau sayang:P
janji ye:) hee~

Thursday, May 20, 2010

Manfaat Surah Alam Nasyrah

bloghopping tadi...and terjumpa artikel pasal surah alam nasyrah...tak salah kalau nak kongsi ilmu kan..

1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.

2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.

3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bahagian pinggul dan pinggang.

4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.

Tafsiran seterusnya surah Alam Nasyrah:

[5]
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6]
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7]
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8]
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


sumber dari sini.

Skin Deco Giveway

three giveaways for you!!!
bukan dari aku ye...tapi dari Connie from skin deco:))



but....how to get the items????
read this entry until the end...will ya??:)


For the blog giveaway, you will stand a chance to win a full-sized Stila Lip Glaze and a mini Stila Convertible Color.

For Youtube giveaway, you will get Ed Pinaud Paris Eyeshadow Quad...



And lastly, the Facebook giveaway will get Avene Trial Pack:)


so...please do click here to win these items:))

Wednesday, May 19, 2010

update untuk hari ini

hari ni di sekolah aku rasa sangat penat,rasa cam nak pitam+pengsan.
mungkin sebab non stop kene..naik turun tangga,bergerak sana sini non stop.kurang minum air.jaga periksa kelas hujung,so tak boleh banyak duduk..kena berdiri n berkawal.huhu.perut aku lak mudah rase sakit skang.doctor cakap kontraksi Braxton Hicks..lagi2 kalo terlalu penat.tadi drive pon rase pening2 and tak boleh tumpu perhatian.ok,sebenarnye nak update pasal lain.tapi...lain kali la:) nak tido:) esok keje:P

Tuesday, May 18, 2010

moist chocolate cake


dah siap staple soalan.so...masa ngah tengok2 pic lama..terjumpa pic ni:))
ni moist choc cake yang aku buat masa raya tahun berapa ntah.
saje upload pic kek..buat terliur:)


dah lama tak buat kek:(
Rindu nak buat kek.



resepi later k?:)

aku tak suka susun dan staple kertas soalan.

tak suka.
dah la banyak helai,bukan sehelai dua saja ye...
aku dah la ajar banyak subjek...sejarah,fizik,seni dan PJK.
sejarah ader 9 muka surat-depan belakang
fizik ade 3 paper.paper 1,paper 2,paper 3..banyak helai tuuuuuuuuuuuu...
seni ade 2 paper..
Pjk pon berhelai2...

tolong2!!ni aku bawak separuh ke umah kertas soalan sejarah.nak mintak tolong encek suami susun n staple kan.

hmm...bz la minggu ni:( dah la aku sebenarnya ada 4th check up hari isnin (17/5/10)..tapi tak sempat pergi sebab majlishari guru habis lewat...pukul 3.30 baru habis.tadi lak ada kelas tambahan..so tangguh 4th check up sehingga ke hari esok.oh ye...aku dah 4bulan++...dah rasa berat perut ni.,..kulit perut rasa tegang je...tak larat rasa nak jalan banyak2...tidur pun sekarang agak kurang selesa kalo tak kena posisi yang sesuai...

ok la...nak susun dan staple kertas soalan sejarah.walaupon malas.tapi kena buat.khamis ni dah start exam.dan paper sejarah adalah hari isnin dan kertas soalan baru siap razor tadi.