Monday, July 19, 2010

resepi Trifles yang sedap dan senang



ok.triffles ni memang serius sedap.sampai tak sedar aku dah hampir habiskan satu bekas.haha.aku buat petang tadi sebagai pencuci mulut untuk berbuka puasa:) oh ye,aku buat puding ais krim gak tadi.tapi resepi puding ais krim nanti ok.aku post resepi trifle dulu:)


bahan2:

1 bungkus kek gulung swiss roll
1 kotak agar2 segera (perisa strawberry)
1 tin fruit cocktail
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar/susu sejat

cara2:

1. tepung kastard+gula+susu di masak dalam periuk sampai pekat dan menggelegak.dah menggelegak matikan api dan biarkan sejuk.
2.potong kek,susun dalam bekas(guna bekas kaca lutsinar untuk nampak lebih cantik)
3.ambil sikit jus buah koktail dan tuang atas kek
4.tuang kastard atas kesemua kek sampai rata
5.tabur buah koktail ke atas kastard
6.bancuh agar2 segera(ikut arahan pada kotak).kemuadian tuang atas buah tadi.
7.sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam.Tadaaaaaaaaaaa...!!siap!!:)) sedap!!

2 comments:

harzk said...

terima kasih. bole bagi resepi yang simple lain? saya tak pandai masak, tapi suami dan anak2 asyik nak makan je.

~NORAZLINA BINTI SABRAN~ said...

Best resepi ni..bole wt pencuci mulut utk besday party anak....