Thursday, September 2, 2010

resepi ayam masak merah yang sedap dan senang

semalam aku masak lauk ayam masak merah. makan untuk berdua je...so masak 4 ketul ayam jek:) sedap..dan senang,here's the recipe :)


aku tak letak pon bawang holland n xhias pon ngan daun bawang:P




bahan2:


4 ketul ayam- digoreng setengah masak
rempah penumis(kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai*
lada kering secukupnya-rebus dulu sebelum dikisar supaya lembut ladanya*
1 biji bawang besar holland-hiris bulat2
sos tiram,sos tomato dan sos cili secukup rasa
garam dan gula secukup rasa

(bahan yang bertanda * perlu dikisar)
cara2:
mule2..goreng ayam separuh masak..tidak perlu terlalu garing.angkat dan toskan.panaskan minyak, pastu masukkan bahan yang telah dikisar...tumis hingga naik minyak...maukkan rempah penumis.pastu masukkan sos cili n sos tiram secukup rasa...lebih kurang 4 sudu besar la..aku main tuang2 je dari botol sos,agak2 je..tak guna sudu pon:P (by the way,..part ni penting...coz kalau tak letak...lauk dah macam lauk ayam masak sambal je..)masukkan ayam..pastu masukkan garam n gula secukup rasa..pastu masukkan bawang besar holland yang dihiris bulat2..masak sampai kuah pekat dan sampai kuah sebati dengan ayam.pastu angkat,masukkan dalam pinggan hidang..hiaskan dengan hirisan daun sup or daun bawang.siap.senang kan?:) cuba tau!

No comments: