Friday, December 24, 2010

rugi... dan sedih...

kenapa rugi??



semalam keputusan PMR keluar, lepas tu sekolah aku merupakan sekolah harian 1st kat pasir gudang. lepas tu peratus lulus semua naik. terutama subjek yang aku ajar SEJARAH, naik dari 89% ke 93%. lepas tu 50 orang yang dapat A dalam sejarah.pastu sekolah aku 13 orang dapat straight A's dalam PMR.alhamdulillah.berkat kesungguhan dan keikhlasan guru guru yang mengajar:)



oh ye.ape yang ruginya??sebab aku tak dapat gi sekolah semalam:( tak dapat nak tengok muka anak2 murid aku yang berjaya..hm....smalam dah siap-siap dah nak gi sekolah.siap dah plan n dah janji ngan member aku, yuzee nak bawak zaheen lagi.pastu die boleh meragam la pulak kan.nangis tak henti. risau ok.aku ingat die nak susu je..so aku pon susukan la die dulu dengan harapan lepas ni die senyap.tapi makin menjadi je nangis die:( nak tak nak terpaksa la aku cancel je gi sekolah. tu pun lepas confirmkan ngan member aku takpe ke aku tak gi sekolah n etc. rupenya anak aku meragam sebab sakit perut. die yak sampai melimpah-limpah sampai habis kena kaki n baju die. huhu. ade gambar die adik aku sempat snap.hehe.lega je muka die pas dah yak:P tapi selang beberapa minit pastu nangis balik:P


dan..ape yang sedihnya..? Oh..itu..biar lah rahsia...yang pasti..pasal hal ehwal sekolah juga....:)



apepon..tahniah kepada anak-anak muridku yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. yang kurang berjaya, jangan mudah putus asa. gagal sekali tidak bermakna anda gagal selama-lamanya. buat lagi yang terbaik untuk SPM dan seterusnya:)



oklah..anak aku dah nangis nak susu.BAI:)