Monday, August 30, 2010

yeay..baju baby sudah ku basuh:)

semalam baju baby ku sudah selamat di basuh :)





baju baby sudah selamat dibasuh:) Tapi belom lipat lagi:P huhu








next, kemas beg baby and beg aku untuk simpan dalam kereta :)
semalam tak sempat nak buat semua semua tu...sempat basuh baju baby je...sebab semalam busy beli barang kek, dan siapkan tempahan kek ...strawberry yogurt cheesecake.


 strawberry yogurt cheesecake


pastu kol3.30 ptg dah gerak ke Mutiara Hotel JB untuk berbuka puasa.akak iparku belanja.tapi sebelum berbuka puasa tu...of course la menghabiskan masa dengan shopping kat Parkson yang ada kat sebelah Mutiara Hotel tu:P huhu.dpat la baju dan kasut sepasang :P minggu lepas memang minggu kitorang makan luar..ada je yang belanja:) TQ kepada bos encik suami n kak mimah yang belanja makan kat Mutiara Hotel JB.



 tukang belanja semalam...kak mimah.akak enciksuami yang bungsu..:)


best tu makanan kat situ..ada 117 hidangan tu.sampai senak perut kitorang makan.nak jalan pon dah tak larat.haha.


 tukang makan :P
tiba tiba aku macam mengaku yang suami aku nampak macam budak-budak pulak kalau tengok gambo ni.haha (rujuk entry aku pasal suami aku nampak macam budak - budak untuk keterangan lanjut)
adakah sebab aku makin chubby? +__+
atau adakah encik suami yang makin kurus sebab penat membantu aku menguruskan rumahtangga?:P haha



ok...itu saja update ku untuk hari ni..sekian:)

Friday, August 27, 2010

aku ngidam nak minum air COOLBLOG!!!!

dah dua hari aku ngidam ok.sampai termimpi-mimpi malam tadi.aku nak nak nak nak nak gak minum air COOLBLOG perisa choc tambah black pearl.nyam nyam nyam!!!malam ni nak gak tau encik suami:P tak kire!!:P


gambar adalah ehsan encik google:)

resepi muffin coklat (chocolate muffin) yang sedap dan senang

Hye there.sebelum ni aku dah share resepi muffinchoc chip inti choc cadbury. kali ni aku nak share resepi muffin coklat lak.memang sedap!yang penting senang je nak buat.aku buat sebab ngidam nak makan mufin choc.makan panas2 baru keluar dari oven.pergghhh...sedap tu:P aku buat masa hari puasa yang keberapa ntah,aku pon dah tak ingat. yang pasti..aku buat..siap dlm kol6lebih.kol7 lebih kan dah berbuka.still panas dari oven tu:))











nyam nyam nyam :)





bahan2:


1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula kastor*
1/4 cawan serbuk koko*(aku guna jenama van houten)
1/2 sudu kecil garam halus*
1 cawan susu segar (aku just guna susu tepung bancuh dengan air je )
1 biji telur(dipukul sikit.macam buat telur dadar)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan choc chips


cara:
dalam satu bekas besar.satukan bahan bertanda *.gaul sebati.pastu buat satu lubang kat tengah2.masukkan bahan lain.kacau guna senduk kayu secara kaup balik.tak payah kacau lama2.memang adunan muffin tak cair macam adunan kek.die memang berketul2.pastu masuk dalam bekas muffin 3/4 penuh.bakar 20 min, suhu oven 180-200 degree celcius. rujuk resepi muffin choc chip inti cadbury untuk keterangan lanjut.cara die sama.aku malas nak taip byk2.huhu.tapi make sure,sebelum buat kek,cupcake,muffin...oven kena panaskan dulu 20 min awal ye?bukan time tu nak bakar,time tu la baru nak on kan oven:P btw,resepi ni dapat 15 biji muffin saiz cup yang aku guna seperti pic di atas. ok.selamat mencuba!!:)




Tuesday, August 24, 2010

mak buyung comel part 3

LaLaLa..


this is my new pic..di ambil pada hari sabtu yang lepas,21/8/10...sebelum gi sekolah(ada sekolah ganti).



alamak.background tak berapa cantik lak:P
abaikan iron board di belakang aku yang tak sempat nak simpan tu ek:P haha
btw...aku dah 33 weeks preggy..or 8 month pregnant :)
besar tak perut aku?nampak tak perut aku dah kebawah?
nurse cakap kalau perut dah kebawah or kita boleh letak lengan breast kita, itu maksudnya budak/baby dah turun ke bwah..ready to deliver dan mungkin akan cepat bersalin sebelum due date aku iaitu 9 oct...so get ready ye puan Ain:P huhu


Ibu dan Abah :P

                                           btw, dalam gambo ni...ade orang yang tak mandi lagi tau:P
berdasarkan gambar di atas...cube teka siapa yang tak mandi lagi tu?aku atau encik suami ku?:P huhu

sekian :)

menu berbuka hari ini.ok.sila terliur:P

Hye hye hye..lame dah aku tak update blog ek?:P



ok,nak cakap pasal menu berbuka hari ini.memandangkan hari ni ada tetamu...ayah aku dan mak long n famili...so aku decide nak masak special sikit hari ni.ape die???Lontong(nasi impit+sayur lodeh+sambal kacang), nasi putih,sambal jawa n ayam masak kicap dan pencuci mulut...puding susu koktail dan kek pisang lembab:) terliur tak??:P banyak ni nak masak utk petang ni.so perlu kerja keras:P haha.ok,itu je update untuk hari ni.nanti dah siap masak aku upload gambar2 makanan tu ek?:P ok,bye.nak rehat jap.nak kumpul tenaga utk masak:)



Friday, August 20, 2010

gaya kucing aku tidur...Comels :)

hye hye hye..


arini aku terlebih rajin update blog:P meh layankan gambar gambar gaya kucing aku tidur :)


hai :) 
nama saya Tehcik. saya kucing jantan sejati ok. sila jangan salah paham :P
btw, ini muka saya dari depan.hensem kan saya?:P



dan ini pula dari pandangan tepi.
amacam?saya boleh menang Hero Remaja Kucing tak?:P


hye.saya pulak CT.
saya tak pandai bergambar seperti Tehcik.dan saya memang tidak suka bergambar.


 kami adek beradik :)
CT kakak dan Tehcik adek sebab CT lebih matang dan berdikari.
Tehcik lak macam kanak-kanak ribena dan tak matang lagi. dan sangat manja.
*kucing jantan memang manja la.sama la cam org jantan .eh lelaki:P*

kami saling menyayangi walaupon selalu bergadoh.
tengok,tehcik memang adik yang baik sebab jilatkan kakak CT.


ok...itu sahaja pengenalan kucing-kucing aku.motiif dan tujuan sebenar entry adalah tentang gaya kucing aku tidur...so...jom tgk bawah ni.

ini gaya tehcik tidur...



















ok.tehcik memang suka tidue gaya pelik - pelik. 
sangat comel:)
aku suke tgk n amik gambar die tidur:)


dan gaya CT tidur lak...

gaya tidur CT adalah lebih sopan.maybe sebab die kucing betina.so gaya die lebih sopan kot?
dan gaya die tidur memang lebih kurang cam kat atas tu je la selalunya.tak macam tehcik.haha

.

ok.itu sahaja.
COMELS kan diorang tidur?:)

daa~

resepi puding jeli yang sedap dan senang




ala..resepi ni simple je...ingat tak aku pernah post resepi puding kastard berkuah ? actually...resepi kuah nye ikut resepi puding kastard berkuah tu..cume aritu ade lebihan kuah nya...tapi puding kastard dah habis...so aku ganti la ngan jeli perisa strawberry jenama NONA.sedap tau.cara nak buat jelly tu boleh rujuk kat kotak jelly tu.


cara-cara:
1. buat jelly ikut arahan pada kotak.masukkan dalam gelas bertangkai.pastu sejukkan jeli dalam peti sejuk.
2. bila jeli dah keras,masukkan kuah puding atas jeli.sedap dimakan sejuk2.cubalah:))

Tuesday, August 17, 2010

resepi puding kastard berkuah yang sedap dan senang :)

hye hye hye:)
masak apa arini untuk berbuka puasa????
menu aku hari ni ialah nasi ayam dan jemput-jemput labu sebagai pencuci mulut:)-->  encik suami kena langgar pantang hari ni sebab aku dah bosan asyik masak n makan lauk ikan:P
pencuci mulut aku semalam adalah puding kastard berkuah yang sedap dan senang:P cepat je nak sediakan :)








bahan-bahan puding:
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
3-4 sudu besar gula pasir


masuk semua bahan dalam periuk.masak guna api sederhana sampai pekat dan mendidih.tutupkan api.masukkan dalam acuan yang disukai.pastikan acuan dibasahkan sedikit dengan air supaya mudah dikeluarkan nanti. dan sejukkan dalam peti sejuk.






bahan-bahan kuah:
1 tin susu sejat(aku guna jenama IDEAL)
1 tin buah-buahan campuran cocktail(aku guna jenama AYAM BRAND)
1 1/2 cawan air
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung kastard


masukkan semua bahan dalam periuk.masak atas dapur guna api sederhana.kacau sebati sampai gula larut. sejukkan dalam peti sejuk. bila puding dan kuah dah sejuk, masukkan puding dalam bekas dan masukkan kuah pudingnya.sedap dimakan sejuk sejuk :)




senang kan? selamat mencuba ye ^_^

apakah bahan yang berbahaya kepada ibu mengandung?

ibu-ibu mengandung patut baca info ini demi baby tersayang ok?

 


1) Cat Minyak Dan Tinner

Logam berat yang terkandung di dalam kedua-dua bahan kimia ini sangat tinggi sehingga mampu  menyebabkan kecacatan kepada bayi. Antara masalah yang akan berlaku pada bayi dalam kandungan sekiranya seseorang ibu hamil itu terdedah lama kepada bahan-bahan tersebut ialah berat badan kurang, lahir tidak cukup bulan dan keguguran.

2) Produk Aerosol, Pemutihan, Pembersih Lantai, Penyegar Udara Dan Pembersih Kaca

kesemua bahan ini mengandungi bahan kimia organik yang mudah meluap seperti toluene, xyleness dan pjenol. Kesemua bahan kimia ini adalah bahan utama yang boleh membunuh kuman. Walaupun bahan-bahan tersebut mampu membunuh kuman, tidak semestinya baik terhadap manusia. Hal ini adalah kerana selain kuman, manusia turut menerima kesan yang sama. Jika seseorang ibu hamil itu terdedah terlalu lama kepadanya, dikhuatiri bayi dalam kandungan turut menerima kesannya. Masalah yang mungkin berlaku pada bayi ialah seperti kelainan pada saraf terutamanya pada saraf mental. Begitu juga dengan anggota badan. Bayi yang terdedah kepada bahan kimia ini berisiko untuk mengalami kecacatan anggota.

Nota:

Jauhi Daripada Semburan Beracun

Minta bantuan orang lain untuk menyembur aerosol dalam bilik atau mana-mana kawasan yang anda kehendaki. Tinggalkan tempat yang sudah disemburi dengan aerosol buat seketika dan kembali dalam tempoh lebih kurang sejam.

Semasa proses penyemburan dibuat, pastikan tiada makanan dan minuman yang terdedah. Peralatan yang terkena semburan bahan kimia perlulah dibersihkan bagi menghilangkan racun yang melekat padanya, Jika sekeliling rumah anda disemburi asap pe-nyah nyamuk (fogging) tutup semua tingkap dan pintu bagi mengelakkan asap masuk ke dalam rumah dengan lebih banyak.

Ketika berkebun, gunakan sarung tangan. Cara ini dapat mengelakkan tangan dan kuku anda daripada terkena racun serangga yang ada pada daun, bunga atau tanaman.

3) Cecair Pembasmi Kuman Dan Insect Repellent

Bahan kimia seperti pestisida yang terdapat dalam kedua-dua bahan ini boleh menimbulkan banyak masalah. Antaranya ialah masalah keguguran, kecacatan dan lahir tidak cukup bulan.


4) Krim Pemutih

Ketahuilah bahawa krim pemutih mengandungi raksa (merkuri). Atas sebab inilah proses pemutihan pada kulit dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Tanpa raksa, bahan pemutih tidak mampu menunjukkan hasilnya dalam masa hanya beberapa minggu. Kehadiran raksa dalam bahan tersebut boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi dalam kandungan.

5) Pewarna Rambut

Sekiranya anda berhasrat untuk mewarnakan rambut dan pada masa yang sama anda hamil, disarankan agar menangguhkan dahulu keinginan tersebut. Hal ini adalah kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewarna rambut boleh membahayakan anda dan bayi.

6) Ubat Jerawat

Ibu hamil yang mengalami masalah jerawat tidak digalakkan memakai ubat jerawat dengan kerap. Biasanya, semasa hamil seseorang wanita itu dinasihatkan agar berhenti seketika memakai produk tersebut dan boleh menyambung kembali penggunaannya selepas bersalin. Walaupun penggunaan ubat jerawat boleh diteruskan selepas selamat melahirkan anak, pemakaiannya perlulah sentiasa dipantau agar tidak berlebihan.

7) Pelarut Organik

Untuk pengetahuan, pelarut organik adalah antara bahan kimia yang paling selalu digunakan di kebanyakan tempat kerja seperti di hospital, kilang percetakan, kilang pembuatan kosmetik, kilang tekstil dan makmal penyelidikan. Antara bahan yang di kategorikan sebagai pelarut organik ialah aseton, metil etil keton, fenol, glikol eter dan benzena.

Walaupun hanya terdedah pada kadar yang terlalu sedikit seperti terhidu ataupun melalui penyerapan melalui kulit, bahan pelarut organik sangat berbahaya terutamanya pada ibu hamil kerana boleh menyebabkan masalah seperti:
  • Kematian bayi semasa masih dalam kandungan
  • Kecacatan pada bayi
  • Keguguran
  • Kelahiran Pramatang
  • Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat
  • Tahap kesuburan ibu menurun




and last but not least....

cara-cara pergnant mummy pakai seatbelt dengan betul..just for your safety:)
(tapi aku memang rimas pakai seatbelt masa tengah preggy dan juga walaupon tak preggy:P haha)




credits: kakengkubidanbersalin

Monday, August 16, 2010

cincin kahwin encik suami dah jumpa :))





alhamdulillah.setelah sekian lama mencari dan pasrah atas kehilangan cincin kahwin encik suami ku...akhirnya pagi tadi ketemu jua cincin itu:Pnasib baik jumpe. save duit aku tak yah beli cincin baru:P haha. actually kalau beli yang baru pon takkan sama dengan yang dulu.nilai sentimental tu takde.kan?:P hehe. btw, aku jumpa kat dalam seluar jeans encik suami masa kemas2 beg balik kampung kitorang. tapi tak silap aku last aku ingat aku yang simpan dalam beg tangan aku, camne leh ade dalam kocek seluar jeans encik suami?:P musykil ni:P haha..apepon,syukur alhamdulillah dah jumpa:)




so..hari ni dah hari ke 6 kita berpuasa...weekend yang lepas merupakan pengalaman pertama aku berbuka puasa dan bersahur kat rumah mentua ku:P encik suami jangan cakap la,sebelum kawen lagi memang die dah pernah berbuka puasa n bersahur dengan family aku:P aku ni ha...first time berbuka puasa dan bersahur ramai-ramai dengan family die :P satu pengalaman baru dan menarik dalam hidup aku. hehe.agak berbeza la.. kalau kat umah aku...kitorang la yang paling besar dalam family kan sebab aku kan anak sulung, pastu dikelilingi dengan adik2 aku je.. kalau belah encik suami...kitorang la paling muda dalam keluarga sebab die bungsu:P abang kakak die semua dah 30++ dan 40++.dan sudah tentu lah dikelilingi dengan ramai anak buah. huhu.emmm..sebenarnya susah nak describe macam mana. tapi yang pasti berbeza dan satu pengalaman baru dalam hidup aku:)



ok la..lately..macam takde idea nak menaip...mungkin sebab puasa kot?:P
bye:)









Thursday, August 12, 2010

resepi ikan siakap masak tiga rasa / resepi siakap 3 rasa yang sedap dan senang



hye hye hye~
para isteri sekalian mesti pening kepala kan nak masak ape untuk berbuka puasa??oh,aku pon same dong:p ni aku bagi idea nak masak apa untuk berbuka puasa. ikan siakap 3 rasa! semalam encik suami request nak makan ikan siakap..so aku pon masak la ikan siakap masak 3 rasa.sedappp...hingga menjilat jari~ huhu


ok..ni resepinya:


1 ekor ikan siakap(nak guna ikan kerapu pun boleh)
1 sudu besar tepung jagung (aku takde tepung jagung.aku ganti ngan tepung gandum+tepung sagu..sedap dan rangup n garing je:P)
5 biji bawang merah *
2 biji cili merah*
3 biji bawang putih*
sedikit halia(lebih kurang besar ibu jari)*
1 batang serai (diketuk)
1 biji tomato-dipotong dadu
carot-potong panjang2 (aku tak letak pon)
sos tomato
sos cili
sos tiram
gula

(bahan yang bertnda * ditumbuk/dikisar.tapi tumbuk lagi sedap)

cara2:
1.goreng ikan salut tepung+serbuk kunyit n garam sikit.goreng sampai garing.angkat,toskan dan ketepikan.
2. panaskan minyak.masukkan bahan yang ditumbuk.tumis sampai naik bau.masukkan air sikit.pastu masukkan tomato.kemudian masukkan sos tomato,sos cili n sos tiram.tak perlu terlalu banyak.dalam 3 4 sudu ke.agak2 je.ikut selera masing2 sebenarnya.pastu tambah gula sket.biar kuah mendidih n pekat sikit.pastu tuang atas ikan.


senang je kan?:)
cuba tau:))





p/s: pencuci mulut untuk buka puasa hari ni aku nak buat donut :) tiba-tiba ngidam je nak makan donut buatan sendiri :)

Wednesday, August 11, 2010

resepi buttercake / kek mentega yang sedap dan senang.hanya perlu 5 bahan dan hasilnya....umpphhh!!!~


butter cake yang ummpphh~

nak buat butter cake ni memang senang. rahsia untuk menghasilkan kek butter yang sedap adalah dengan menggunakan PURE BUTTER seperti jenama SCS dan golden churn. dan harganya memang mahal berbanding butter biasa tapi hasilnya marveles:P dan FYI, butter yang selalu kita guna tu..jenama BUTTERCUP tu..bukan pure butter ye..itu hanya lepa susu, bukan pure butter.kalau nak guna gak untuk buat butter cake, kek akan menjadi lebih berminyak dan kurang sedap berbanding guna pure butter.
ok..ni resepinya..:

resepi butter cake:

250g pure butter (aku guna jenama SCS)
250g tepung naik sendiri
200g gula kastor(boleh kurang kan lagi kalau tak suka manis)
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

cara2:

*sebelum buat kek..pastikan oven dipanaskan dulu 20 atau 30 min sebelum buat kek.

1.pukul butter+gula sampai kembang,gebu n jadi warna putih(low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
2. pastu tambah telur sebiji demi sebiji di selang seli dgn tepung sampai habis.
3. pastu masukkan susu segar.pukul lagi sampai sebati.
4. masukkan dalam loyang...bakar suhu 180 selama 40 minit.


senang kan??cuba lah:) 

**note: butter cake ni lagi sedap kalau simpan dlm peti sejuk semalaman..rasa butter die lagi sebati.macam ada rasa cheese cake pon ade.


p/s : pencuci mulut untuk berbuka puasa hari ni adalah puding roti:) mula mula nak buat donut tapi yis takde.esok la buat donut:)





untuk suami ku....:)

Kepada para suami...hayati..dan renungi lah...eh?:)





Ketika Allah Memilihmu Untukku..


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..



-----@***@-----


( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v )



Kami...selepas diijabkabulkan..:)


**Dari Ummu Salamah, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya, maka ia akan masuk surga." (HR. Ahmad dan Thabrani)**





hari pertama ramadhan

salam semua:))
buat ape tuu??tidur lagi ke?:P
ok..tadi kitorang bangun pukul 5 pagi.set alarm pukul 4.45 pagi tapi terlajak sampai kol5 pagi:P haha.pastu my mum col nak kejutkan sahur:P hehe.ok..pagi tadi sahur makaroni bakar je..petang semalam aku wat...ader lebih ,so panaskan je:P



 makaroni bakar yang aku buat petang semalam..
makan dengan sos.kalau tambah mayonis lagi sedap kot:)
resepi later k??:)



pastu makan kurma n susu:) ni aku dah pening pale pikir nak masak ape untuk buka puasa hari ni. encik suami tak boleh makan ayam+daging+seafood+telur...so menu WAJIB setiap hari hanyalah ikan ikan ikan dan ikan:P dan tak lupa sayur:P huhu..so...aku dah penin pale nak masak ikan masak ape ni..so google la..resepi2 ikan yang besh2:P pastu...pk nak buat pencuci mulut ape:P...buka puasa tanpa pencuci mulut adalah tak sah.kalau hari lain takpe,kalau pose,aku mesti mau itu dessert/kuih muih/pencuci mulut/pemanis mulut:P hehe.ok...dah puas google tadi..rasenya dah dapat idea kot nak masak ape petang ni:P hehe

1st ramadhan...orang johor memang cuti..negeri lain aku tak sure lak cuti tak.tapi walaupon johor cuti,tapi encik suami tetap kena g keje sebab kilang die kilang omputeh daaa...kilang international,so takde cuti:P kecian dia.....:P malam tadi pon die cam merungut2 malas nak g keje arini n tak puas ati aku cuti arini:P alalalala...jgn la jeles yang i cuti arini:P hehe..so,aku pas sahur memang jarang tidur.aku kalau tidur pas sahur n pas subuh,kalau bangun mesti rasa cam malas2 n tak bertenaga n penin sket.so better tak tidur kan??:)


ok la,entry ini adalah bertujuan untuk menjeleskan encik suami yang kena bekerja hari ni:P selamat bekerja sayang:P keje elok2 ye:) sayang kamu sangat sangat ^_^
 

 oh ye...

 gambar kawin kami akhirnya tergantung kat dinding rumah ahad lepas:)
perhatikan ader terselit gambar kecik kat frame.
cuba teka...gambar siapakah itu....
tak nampak eh?
pic bawah ni lebih jelas...
comel kan budak ini?
nampak tak kenakalan nya terserlah dari kecik?:P
hehe




Tuesday, August 10, 2010

pertama kali menyambut ramadhan sebagai seorang isteri :)




Ramadhan kali ni...agak istimewa sket kot.sebab first time sambut puasa sebagai isteri.first time berpuasa bersama suami terchenta.first time masakkan makanan berbuka n sahur untuk suami n bla bla bla:P dan yang pasti...InsyaAllah taun ni puasa aku PENUH :)) hehe.semoga aku larat,sehat dan cergas sepanjang bulan puasa ni..Amin:)




ok...cakap pasal bulan puasa...tak sah kalau tak gi bazaar kan?:P tapi awal2 lagi encik suami dah pesan...kalau boleh die taknak makan makanan beli kt bazaar..nak yang aku masak:P kuang kuang kuang:P ala yang....nak menjamu mata je kat bazaar tu:P huhu..aku ni..takleh g bazaar or pasar malam..agak rambang mata tengok makanan:P beli je lebih..pastu tak larat pon nak makan:P

 bazaar ramadhan


ok...sempena bulan mulia penuh keberkatan ini...aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua pembaca-pembaca setia blog aku.(eh,ader ke?ke aku je yang perasan ni?:P hehe) .terima kasih dengan sokongan dan kesetiaan korang semua...terutama kepada my beloved FAGS ,pembaca setia aku,my silent readers , bloggers yang ade backlink aku,letak link blog aku kt blog korang,komen kat blog aku dan followers ku yang dah 61 orang tu. TQ ALL:))




FAGS and my followers..sayang korang ;)


p/s: sempena bulan ramadhan ni..tidak akan ada sebarang post maki hamun ,marah2 ,tak puas hati or sewaktu dengannya:Psemoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya..amin:)