Saturday, October 30, 2010

dah lama tak update blog sejak beranak :P huhu

hye hye hye
oh, aku tersangat lah rindu kat blog aku ni:P
dah bersawang dah blog aku sebab lama tak update.huhu
i miss my blog so much!:)
rindu nak berceloteh kat blog aku ni lagi2 pengalaman aku bersalin, berpantang, jaga anak bla bla bla :P
huhu..sabo ye, arini tak boleh nak cerita semua semua tu lagi. hari ni intro je pas aku beranak:P huhu.
oh ye, saya seudah selamat bersalin :) baby girl, 3.81kg. bersalin kat HSI tepat jam 5.17 pagi.dan aku juga dapat bersalin normal ,alhamdulillah walaupon doc cakap aku mungkin tak boleh bersalin normal jika baby besar sebab aku kan PENDEK kan. huhu.tapi alhamdulillah, kuasa Allah:) 

ok la ok la, sambung esok2 ok??btw, harini aku dah kat segamat setelah 2 minggu berpantang kat rumah mak mertua :P penat lagi ni, tu takleh update bebanyak arini. huhu. tapi nah sekeping pic anak aku.:)

anak ku...3 jam selepas dilahirkan..
sayang anak Ibu!:)

Thursday, October 14, 2010

berpantang



dear frens:)
im still here, still not beranak:P huhu...
juz nak inform perancangan berpantang aku:)


ok, aku dah decide untuk bersalin kat HSI( Hospital Sultan Ibrahim ) JB. sebab ape? sebab husband boleh teman. kat HSA, husband tak boleh teman masa bersalin. biasanya kalau bersalin normal kat HSI, satu hari je duduk wad. kalau operation atau ade komplikasi berhari2 la dok wad sampai sembuh. tapi mintak2 aku bersalin normal n takde apa2 komplikasi. doakan aku ok.kt HSI, kalau bersalin normal n takde masalah boleh balik selepas 6 jam. so kata lah aku bersalin pagi, petang dah boleh balik. so kejap je pon. maybe yang sempat datang hanyalah family terdekat sahaja. pastu aku akan balik rumah mak mertuaku kat Felda Air Tawar 5 dalam seminggu lebih. pastu akan sambung pantang kat rumah sendiri di Pasir Gudang. Start cuti sekolah lak aku akan balik segamat. so member2 yang nak datang melawat(kalau nak datang melawat lah) ,boleh lah datang melawat masa aku dah kat rumah sendiri kat Pasir Gudang or kat Segamat ok :) To dearest FAGS yang dari KL, rasanya better datang rumah kat segamat kot coz lebih dekat:) apepon, plz inform us seblom nak datang ok :)


ok, itu aja nak inform kamu kamu kamu semua :) btw, hari ni dah overdue 5 hari. aku rasa kan baby aku suka dok perut aku lama2 coz leh makan sedap2 etiap hari kot:P yelar sebelum2 ni hampir setiap hari mak die asik wat kek:P huhu.kalau dah keluar nanti dapat minum susu jek:P aku rase la:P apepon selera makan aku makin bertambah2 sejak akhir2 ni dan asyik mengidam dan terliur nak makan itu dan ini :P aku lak, tak kesah la berat nak naik ke ape janji aku dapat makan puas-puas apa yang aku terliur tu sebab nanti dalam pantang takleh makan yang bukan2. haha. apepon, wish me luck :) dont worry2 ok coz if u worry worry , i lagi lah worry :P BAI :) XOXO

doa semasa duduk antara dua sujud


just wanna share to all of you..

 ~~~~~~~~~~~~

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

 duduk antara dua sujud bagi lelaki dan perempuan



Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk) 
Wa'Aafinii (sihatkan aku) Wa'fuannii (maafkan aku) 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.
 ~~~~~~~~~~~~~~~

credits: facebook

Tuesday, October 12, 2010

masalah yang timbul jika anda OVERDUE

1. baby boleh termakan najis sendiri.
2. baby besar. makin lama baby kat dalam perut, baby makin bertambah berat badan. bila dah makin bertambah berat badan, baby makin susah nak keluar. macam aku ni...hari tu cek, baby dah 3.6kg ok!(last cek 10/10/10.time ni g HSI coz pergerakan baby kurang aktif) doc ckp dengan ketinggian aku setakat 1.53m ni masih boleh lagi nak bersalin normal dengan berat baby 3.6kg. tapi kalau baby dah 3.8 kg ke atas, dengan ketinggian aku yang rendang ini, alamatnya operation lah.
3. tulang tengkorak baby dah makin keras, menyulitkan lagi proses kelahiran. baby makin susah nak keluar.
4. fungsi plasenta semakin kurang berkesan memainkan peranan (placenta insufficiently). baby mungkin akan kekurangan oksigen dan nutrient.




****You may be more likely to have an overdue pregnancy if:****
  • The exact date of the start of your last menstrual period isn't known (ni aku sangat sure ok!)
  • This is your first pregnancy (yup!)
  • You've had prior overdue pregnancies (nope)
  • Overdue pregnancy runs in your family (yup.mak aku memang selalu gak overdue.normal la tu overdue 2 3 4 5 hari )
  • Your baby is a boy (scan girl.tapi ramai org tgk perut cakap boy. ntah la. yang penting baby kami sihat :) )
credits: mayoclinic


p/s: hari ni dah overdue 3 hari. let me tell you something, actually agak stress dengan pertanyaan-pertanyaan orang ramai bile nak bersalin? tak bersalin lagi ke? nape tak bersalin bersalin bersalin lagi? kenapa baby tak keluar2? dah beranak lom? i've been receiving calls and sms from family n friends since last week asking me these kind of questions. tapi terlalu banyak pertanyaan akan lebih membuatkan kita stress dan rimas betul tak? i know and understand all of you are being concern...thanks a lot. and thanks for those who keep support me n motivate me n not PUSH me with these kind of questions :) i know all of you are excited:) same goes to me:) just dun worry, we will inform to all of you when our baby is born :)

TQ
.::: Lots of Love : AIN :::

Monday, October 11, 2010

hai:P Bye:D

Tajuk di atas adalah tidak ada kena mengena dengan entry ini. Hanya tercabar dengan kenyataan Melissa Mazlan di facebook :P




klik untuk tumbesaran :D


haha..takde la..saje je ni..bosan2 tunggu tak beranak lagi update la blog kan?:P
lagipon nak bagitau kamu kamu kamu semua yang aku masih belum bersalin :D
baby ku mahu buat surprise da...jadi...TUNGGU.....!!~
dun worry ye,,,akan ku roger2 kalau baby kami dah melihat dunia:)
wish me luck:)
Bye!
 Gud Night!:)


p/s: korang perasan tak baby tcker kat belah kanan blog aku ni dah beranak la:P Tuan Punya blog je belom beranak lagi:P

Saturday, October 9, 2010

today is my due date.

hari ni due date aku.tapi baby belum mahu keluar. memang ada rasa contraction sejak akhir-akhir ni..tapi false contraction. bukannya yang betul2. ok, aktiviti hari ni ialah mengemas rumah, berehat2, makan dan tido. masak spagetthi je hari ni. malas nak masak, lagipon petang ada open house. so ada alasan tak yah masak berat2:P huhu. sebelum gi openhouse jalan2 jap kat Jusco :) ni baru sampai rumah. ingat malas nak update blog hari ni, tapi tetiba rasa nak update lak. huhu.


mak buyung sarat yang kuat jalan.
ok, ni pic terbaru aku masa otw nak g open house:)

err...baby!:D


p/s: esok 10/10/10 :D

Friday, October 8, 2010

Buku Panduan Lengkap : Penjagaan Ibu dan Anak


Buku Panduan Lengkap : Penjagaan Ibu dan Anak merupakan terjemahan daripada buku The Complete Book of Mother & Baby Care. Pengarang buku ni ialah Elizabeth Fenwick.




haaa....aku rasa semua bakal-bakal ibu patut ada buku ni la..buku ni memang recommended la! ok,serius.tak tipu.semua bakal ibu patut ada dan baca buku ni terutamanya ibu - ibu baru. oh ye, bakal- bakal bapa pon patot baca gak ok:P actually aku tau pasal buku ni pon sebab kakak ipar aku pinjamkan pada aku. thanks to her :) selain buku panduan lengkap : penjagaan ibu dan anak ni...aku rajin gak membeli Majalah Pa & Ma dan buku Mami & Baby sejak aku preggy. and of course sumber dari internet juga banyak membantu:) Ye, aku suka membaca esp majalah la kan:P huhu..nasib baik aku jenis suka membaca kan...encik suami lak kurang suka membaca n setiap kali kalau aku ngah membaca, kalau ada part2 yang penting tu memang aku akan bacakan untuk die supaya die dengar n tahu. huhu. lelaki memang tak suke membaca eh?:P


 ok, aku sebenarnya dah amek gambar beberapa part dalam buku ni untuk tatapan korang...tapi sekali baca die punya "hak cipta terpelihara. tiada bahagian dalam buku ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa apa bentuk atau dengan alat apa jua cara pun, sama ada dengan cara elektronik , sawat, gambar, rakaman atau sebagainya tanpa kebenaran Penerbitan Pelangi Sdn Bhd terlebih dahulu" , terus aku cancel. kang tak pasal2 kang aku kena saman:P huhu. padahal aku promosi buku diorang ni..diorang gak yang untung kalau buku ni laku:P huhu


apepon...buku ni memang lengkap. banyak gambar n ayat pon mudah difahami lagi2 die dah diterjemahkan dalam bahasa melayu.bab 1 pasal kehamilan&kelahiran...bab 2 pasal penjagaan bayi(baru lahir sampai usia 3 tahun) dan bab3 pasal penjagaan kesihatan bayi.


ok lah, saja je nak suggest bahan bacaan untuk bakal-bakal ibu :) apepon..memang berbaloi lah beli buku ni. tak percaya dah :P hehe..ok bai! nak masak lak^_^

Insha Allah...you'll find your way

currently so IN LOVE with this song !! ^_^ and Maher Zain is soo....handsome:P huhu. tapi of course la tak dapat kalahkan kehenseman encik suami:P (ayat amek hati :P ) hehe..




so..here's the lyric..~

 ~ ~ ~

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

 ~ ~ ~ ~


dan ini video nya..~


Maher Zain - Insha Allah (English version)
Uploaded by ABDO32. - Watch more music videos, in HD!



p/s : lagu ni lain dari yang lain kan? :)

ESOK!

Morning!:)


esok is my due date. ok, sila takot dan berdebar sekarang puan Ain. kalau tak bersalin gak esok, doc bagi tempoh lagi seminggu kalau takde apa apa masalah. kalau tak bersalin gak, 15hb kena induce. ok, saya TAKNAK di induce. induce=kelahiran paksa= sangat sakit. so baby dalam perut, sila lah keluar 10/10/2010 kerana tarikh itu cantek dan bapak kamu dah berhasrat untuk menjadikan tarikh itu sebagai duit hantaran. Hantaran= RM 10102010.huhu. encik suami yang cakap ok. aku cakap lak, kang tak kawen la anak kita sampai ke tua sebab hantaran mahal sangat. huhu.


ok, back to the story...esok is my due date. dan aku dah seminggu tak dapat tidur lena sebab perut makin membesar dan of course sebab gatal2. heh. dan yang paling teruk ialah malam tadi sebab perut rasa tak sedap sangat n sakit. tapi tak sakit sangat pon. just tidak selesa. nak mengiring kiri tak selesa. kanan pon tak selesa. menelentang??Ooh, sudah tak boleh tidur menelentang kalau perut dah membesar sangat ok. sangat2 tak selesa, sakit belakang n penin. so malam tadi asyik bangun2 n duduk je atas katil sampai encik suami pon terjaga sekali. ok die lak yang risau aku tak cukup tidur dan rehat sebab nanti aku nak beranak lagi guna banyak tenaga. ok , memang betul pon cakap die. tapi memang susah nak tidur sekarang T___T siang pon takleh nak lelapkan mata ok. mata pon dah lebam n ada eye bag. Plz...saya mahu tidur lena malam ini.



ok, itu je nak merepek hari ni. doakan baby aku cepat2 keluar sebab aku taknak kena induce :) BAI!:)

Wednesday, October 6, 2010

naik 3.8kg dalam masa 1 minggu. ok,pengsan!


ade check up hari ni. ape yg mengejutkan ialah........berat aku naik 3.8kg dalam masa 7 hari aka 1 minggu!! patutnya dah 6bulan keatas...berat badan naik 0.5kg je seminggu..aku??berat naik mendadak lagi2 sejak raya. apakah? sampai nurse n doc tanya ape aku makan sampai berat naik banyak? huhu. berat aku yang terkini adalah 63.1kg! naik 18kg ok. masa awal kawen(sebelum pregnant) berat aku maintain 45kg je. ni dah 63kg. fakta: berat encik suami adalah 57kg sahaja. ok, encik suami panggil aku sekarang si montel. saje jek. takpe, baby dah keluar nanti turun la berat badan aku ni(ayat sedapkan hati.haha). doc just risau la...aku mungkin kena tekanan darah tinggi coz berat naik byk. lagi2 dah hujung pregnant ni. so aku kena check tekanan darah setiap hari untuk memastikan tekanan darah aku normal. tapi tadi check tekanan darah normal, hb darah pon normal, jantung baby pon normal, asthma ok. sumenya ok lah. except berat aku n gatal2 aku ni ha. huhu..btw, td doc cakap baby dah masuk ke dalam rangka tulang pelvis, that's means dah ready nak kuar.just tunggu masa je :) anyway, wish me luck!:)



p/s: nak baby keluar 10/10/10 :))

simptom pelik hujung kehamilan yang aku alami: gatal2 yang serius maha hebat, asthma aku hilang dan kuku berkilat cantik macam pakai nail buffer


oh, selain perkara-perkara yang disebut diatas, aku juga sangat suka minum air choc coolblog+pearl(hampir setiap hari enciksuami kena belikan:P) , air ribena/blackcurrant(mesti ada stok kat umah) dan yang terbaru ketagih nak makan MAGGI KARI(tau tak elok...tapi tak tahan la...actually dah lama tak mkn megi sejak preggy...ni dh masuk 9 bulan baru rasa mengidam n ketagih nak makan megi kari).



ok.nak cite pasal gatal2 aku. takde perubahan, malah makin teruk.hampir satu badan aku kena. diulangi hampir satu badan ok! die naik cam biji2 merah2 n sangat gatal(sangat ok!tak tipu.ni gatal2 yg super duper gatal,miang) sampai aku asyik mengaru2:(  bile dah sedap garu..sampai kulit melecet pastu kudis:( uwaaaaaaaaaaaaa.........abes kulitku.penat aku jaga kulit sebelum kawen.haha.orang cakap ni pembawakan budak.nanti baby dah keluar baru ok.doc pon cakap camtu. tak boleh nak buat ape. special case aku ni. tak ramai perempuan mengandung yang kena macam aku. biasanya perempuan mengandung memang ada yang gatal2..tapi gatal2 biasa.tak yang macam aku ni.sampai aku dah malu nak pakai baju lengan half/ 3 suku kalau nak keluar jalan2.kena pakai bj lengan panjang sume. rasa rendah diri pon ade tengok kulit tangan n kaki penuh gatal2 n ade kudis..nasib encik suami memahami.thanks sayang!:) tapi takpe, pas bersalin aku nak pulihkan semula kulit aku ni walaupon tau ia akan amek masa yang agak lama kot nak ilangkan parut...T____T tapi apepon, yang penting baby kami dalam perut ni sehat sejahtera. bile nak keluar ntah, aku pon tak tau. takde rasa sakit2 lagi setakat ni. aku pon dah excited macam enciksuami nak die keluar 10/10/10 :P hehe


ok.stop citer pasal gatal2.ni nak citer pasal asthma aku lak. yang aku perasan la...sejak aku kena gatal2 ni...asthma aku dah baik!pelik kan? sejak gatal2 memang asthma aku hilang dan sejak gatal2 gak aku tak pernah guna inhaler/ubat sedut aku. pastu kalau aku minum air sejuk pon malam2 still tak sakit dada or ada simptom2 asthma.biasanya kalau mlm2 aku minum air sejuk...aku mudah sakit dada n asthma aku akan menyerang dan aku kena pakai ubat sedut aku. tapi sekarang ni dah tak. aku pon pelik.


satu lagi yang pelik adalah...kuku kat tangan aku ni makin berkilat macam aku pakai nail buffer ok. enciksuami pon perasan kuku aku makin berkilat. padahal aku takde pakai sebarang pengilat kuku pon. pelik2.  siap shining2 gitu kuku aku ni.huhu..



ok la..tu je aku nak merepek hari ni. hari ni ade check up lagi. maybe the last check up :) pergi drive sendiri jek. encik suami keje. lagipon nanti die dah janji nak amek unpaid leave seminggu kalo aku bersalin. kan kan kan encik suami kan? :P love u bebeh:P hehe

Tuesday, October 5, 2010

resepi oreo cheesecake yang paling simple:) no bake oreo cheesecake/chilled oreo cheesecake


actually...oreo cheesecake ni encik suami yang ngidam ok..die yang beria-ria nak makan n nak try buat sendiri:P tapi....puan isteri kena la pantau n tolong sikit2 supaya cheesecake itu benar2 jadi:P hehe..actually, resepi nya senang je...guna resepi simple cheesecake ,tapi tambah sikit2 untuk jadi oreo cheesecake:P ok,resepinya...sila rujuk sini ok? cume yang berbezanya...lapisan bawah sekali aku gune biskut oreo(yg dah dibuang krim die).pastu lapisan kedua n ketiga aku guna biskut marie je sebab biskut oreo tak cukup:P huhu..pastu dalam adunan cheese tu tambahkan biskut oreo tanpa krim yang telah dihancurkan.pastu topping letak oreo separa hancur n aku tambah cornflakes sikit:P hehe..sedap !!! pastu kalau makan ngan ais krim choc lagi sedap;)  tak percaya???cubalah!:)




nyam nyam nyam...
cheesecake tetap menjadi kegemaran enciksuami
amboi...tekak omputih betol la die:P huhu


p/s: sejak dok umah ni...aku kuat makan la:P asyik nak makan makan makan dan makan:P ni aku tengah makan choc.pagi tadi masa sarap ngan en suami seblom die pergi keje dah minum susu choc enfamama+biskut.pas die g keje aku makan cheesekek lak.pastu aku rasa cam lapar lagi, aku masak nasi goreng lak..makan lagi:P huhu..actually...bosan gak dok umah tak pergi keje ni..dah la sorang2...lain la enciksuami ada teman skali aku kat umah:P huhu

Monday, October 4, 2010

tanda-tanda bersalin



huh...waiting game/ menunggu hari sesungguhnya sangat mendebarkan.huhu..kalau nak ikutkan dah banyak dah tanda2 bersalin yang aku dah alami. ...antara tanda-tanda anda hampir nak bersalin adalah :


Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
**(ok, part ni sume aku dah rasa...lagi2 asik nak terkentut (sory enciksuami:P) huhu..pastu kerap nak poo poo  dan shi shi :P )


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital. 
**(yang ni belum rasa lagi. orang cakap kalau keluar air dulu tak rasa sakit sangat nak brsalin.tapi kalau keluar tanda darah dulu akan rasa sakit sangat masa nak beranak)


Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
**(ini penah rasa, tapi kadang-kadang je)


Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

** (yang ni of course la belom lagi :P)


{mosimage}Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.


Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.



ok, itu je info untuk hari ini ye....sekian:) 
credits: ratuhati


p/s: sedang pening kepala pikir urusan beli rumah....

Sunday, October 3, 2010

10/10/2010...tarikh yang cantik dan sesuai untuk berkahwin dan beranak!:P

hye hye hye...happy sunday!!:)


iye...aku masih disini...masih belom bersalin..baby belum mahu keluar lagi da....maybe die dengar cakap bapak die yang suruh die keluar 10/10/10 :P mak die lak dah berdebar ni menunggu.huhu..actually...memang ramai nak aku bersalin 10/10/10 termasuklah enciksuamiku sayang...alasan: tarikh cantik :) dan ramai yang yang pilih tarikh 10/10/10 untuk mendirikan rumahtangga...alasan: tarikh cantik n senang nak ingat anniversary so takde la gaduh lakibini kalau salah sorang terlupa tarikh anniversary.huhu..tak kesah lah...yang penting selamat berkahwin n selamat lah bersalin:) so...setakat ni ramai gak member2 yang ada call tanya aku dah bersalin ke?jawapannya...belum lagi ye kawan2...nanti dah bersalin aku akan roger2:) dun worry, be happy bebeh:P hehe..aku setakat ni masih aktif berjalan sana sini. takdelah terperuk je dok dlm umah...orang kata lagi elok aktif2 n banyak berjalan nanti senang nak bersalin..insyaallah:) ok la, saje je nak merepek:) wish me luck!daa~


p/s: ramai cakap aku ngandung kembar sebab perut aku besar sangat untuk saiz badan aku. tadi masa jalan2  kat pasar kipmart pon ade makcik tegur aku ngandung kembar.huhu. we will wait n see sama ada  kembar atau tak ye:P

Saturday, October 2, 2010

facebook zaman dahulu kala???













just for fun bebeh:)
sambungannya boleh baca sini




Hachiko: A Dog's Story





korang dah tengok citer Hachiko: A dog's Story?? Kalau belum tengok, maknanya korang harus tengok movie ni.sangat berbaloi untuk ditonton ok:) actually dah lama dah encik suami download kan movie ni untuk aku tapi baru malam tadi kitorang berkesempatan untuk menontonnya..(ayat cam skema lak:P ) btw, movie ni best tapi sedih:( aku tengok sampai nangis2 ok...pastu sampai terbawak2 dalam mimpi:P huhu.. sangat tersentuh hati tengok kasih sayang dan kesetiaan anjing tu kepada tuan die walaupon tuan die dah meninggal dunia...cian kat Hachiko tu...btw, Hachiko tersangat la comel, geram tgk muka die yang macam muka kesian tu..huhu...~  dan movie ini adalah berdasarkan kisah benar kat Jepun...tak caya?baca kat bawah ni...bukti gambar pon ader tau..

The real Hachiko was born in Odate Japan 1923.When his master, Dr. Eisaburo Ueno a professor at Tokyo University died in May 1925, Hachi returned to the Shibuya Train Station the next day and for the next "NINE YEARS" to wait.. Hachikō died on March 8, 1935. He was found on a street in Shibuya.His heart was infected with filarial worms and 3-4 yakitori sticks were found in his stomach. His stuffed and mounted remains are kept at the National Science Museum of Japan in Ueno,Tokyo.Today, a bronze statue of Hachiko sits in his waiting spot outside the Shibuya railroad station.... ='(



 patung hachiko di bina tempat die selalu tunggu tuannya balik...


 ni dalam movie tu...hachiko setia tunggu tuan die balik keje kat depan stesen keretapi..(tuan die pegi n balik keje naik keretapi)


hachiko yang sangat comel!! sampai enciksuami pon rasa cam nak bela je anjing hachiko ni.:P btw,hachiko adalah anjing baka Akita




And...ni antara komen2 org yang dah tengok move ni...

*I'm supposed to be a man but this shit tears me up...

*A roll of tissue is not enough for my tears.. you need a bath towel for your tears on the next parts.. :(


*Oh my!!!! why did i cried a lot....!!!:(


*Even he doesn't know Parker is dead he waited for him..T_T I really cried



*Cant stop crying.. i am deeply touched by this movie..


*Akita's are very protective of their owners and property, and this movie shows what akitas are supposed to be like. :)


*i could felt Hachi's pain . . . waiting for nothing. i know he knew that his Best Friend Died . but still he continues to believe that some day or some how.. his best friend will return.. and that they they could play again ...



ni sinopsis cerita tu...dalam versi BI :


Based on a true story from Japan, Hachi: A Dog's Tale is a moving film about loyalty and the rare, invincible bonds that occasionally form almost instantaneously in the most unlikely places.

Years before, an Akita puppy is sent from Japan to the United States, but his cage falls off the baggage cart at an American train station, where he is found by college professor Parker Wilson (Richard Gere). Parker is instantly captivated by the dog and when Carl, the station controller, refuses to take him, Parker takes the puppy home overnight. His wife Cate (Joan Allen) is insistent about not keeping the puppy.

The next day Parker expects that someone will have contacted the train station, but no one has. He sneaks the pup onto the train and takes him to work, where a Japanese college professor, Ken, translates the symbol on the pup's collar as 'Hachi', Japanese for 'good fortune' and the number 8. Parker decides to call the dog 'Hachi'. Ken points out that perhaps the two are meant to be together. Parker attempts to play fetch with Hachi, but he refuses to join in, whilst Cate receives a call about someone wanting to adopt Hachi. However, after seeing how close her husband has come to Hachi, Cate agrees that they can keep him.

A few years later, Hachi and Parker are as close as ever. Parker however, is still mystified by Hachi's refusal to do normal, dog-like things like chase and retrieve balls. Ken advises him that Hachi will only bring him the ball for a special reason. One morning, Parker leaves for work and Hachi sneaks out and follows him to the train station, where he refuses to leave until Parker walks him home. That afternoon, Hachi sneaks out again and walks to the train station, waiting patiently for Parker's train to come in. Eventually Parker relents and walks Hachi to the station every morning, where he leaves on the train. Hachi leaves after Parker's safe departure, but comes back in the afternoon to see his master's train arrive and walk with him home again. This continues for some time, until one afternoon Parker attempts to leave, but Hachi refuses to go with him. Parker eventually leaves without him, but Hachi chases after him, holding his ball. Parker is surprised but pleased that Hachi is finally willing to play fetch with him but, worried he will be late, leaves on the train despite Hachi barking at him. At work that day, Parker, still holding Hachi's ball, is teaching his music class when he passes out from cardiac arrest.

At the train station, Hachi waits patiently as the train arrives, but there is no sign of Parker. He remains, lying in the snow, for several hours, until Parker's son-in-law Michael comes to collect him. The next day, Hachi returns to the station and waits, remaining all day and all night. As time passes, Cate sells the house and Hachi is sent to live with her daughter Andy, Michael, and their new baby Ronnie. However, at the first opportunity, he escapes and eventually finds his way back to his old house and then to the train station, where he sits at his usual spot, eating hot dogs given to him by Jas, a local vendor. Andy arrives soon after and takes him home, but lets him out the next day to return to the station.
Hachi begins sleeping under a broken train carriage, keeping vigil during the day and surviving off food and water given to him by Jas and the local butcher. One day, a man named Teddy, a newspaper reporter, enquires about Hachi and asks if he can write a story about him. People begin to send money to Carl to buy Hachi food. Ken, Parker's friend, reads the article, and offers to pay for Hachi's upkeep. He realizes that although it has been a year, Hachi wants to, and has to, wait for his master, and wishes him a long life.
Years pass, and still Hachi waits. Cate visits Parker's grave, where she meets Ken, and she says that even though it has been a decade, she still misses him. Arriving at the station, she is stunned to see Hachi, old, dirty and weak, still maintaining his vigil. Overcome, Cate sits and waits for the next train with him. At home, Cate tells the now ten-year-old Ronnie about Hachi. That night, Hachi makes his way to his usual spot, where he lies down and falls asleep for the last time, dreaming of his master, and later sees a vision of Parker who picks him up before their spirits rise to heaven.

The closing cards reveal about the real Hachiko who was born in Odate in 1923. The death of Dr. Hisedaburo Ueno in 1925 was revealed and says how Hachiko returned to the Shibuya Train Station the next day and for the next nine years for his appearance. The death of Hachiko in 1934 was revealed too. Before the end credits roll, a photo of his statue in the train station with some briefing of it is shown.


ni sinopsis versi BM :

Parker (Richard Gere) telah terserempak dengan Hachiko di stesen keretapi tanpa mengetahui siapa tuannya. Lalu dia membawa pulang ke rumah tetapi isterinya tidak sukakan pada anjing. Dan lama kelamaan, isterinya dapat menerima Hachi setelah melihat suaminya begitu sayangkan Hachi. Dari kecil Parker telah membela Hachi sehingga dia besar.

Suatu hari sewaktu Parker keluar untuk bekerja (Parker adalah seorang Professor) dia mendapati Hachi berada di stesen keretapi mengekorinya. Walaupun puas disuruh pulang, tapi Hachi masih mengekorinya lalu Parker pun kata,

" Kamu pulang dahulu. Nanti pukul 5 petang, kamu datang semula ke sini, "

Tepat pukul 5 petang, Hachi telah pun berada di stesen keretapi menanti Parker. Semenjak itu, setiap hari Hachi akan menemani Parker pergi dan pulang dari kerja. Sampaikan orang-orang yang kerja di stesen keretapi, penjual hot dog & coffee pun kenal pada Hachi dan rasa kagum bila ternampak setiap pukul 5 petang Hachi akan berdiri tegak di depan stesen keretapi.
Tidak lama itu, Parker mati. Hachi masih menanti di depan stesen keretapi seperti selalu. Walaupun anaknya sayangkan Hachi dan membelanya dengan baik, tetapi Hachi tetap mahu pergi ke stesen keretapi. Dan akhirnya, anak Parker melepaskan Hachi.

Mulai dari hari itu setiap pukul 5 petang dia akan menanti Parker tidak kira hujan atau pun panas. Nasib baik orang-orang yang kenal Parker sudi menjaga Hachi di stesen keretapi dan memberi dia makan.

Hachi menanti dengan taat terhadap tuannya sehingga 9 tahun.
Akhirnya, dia mati.

Ini adalah cerita benar yang berasal dari Jepun. Hachi dikenali sebagai anjing yang taat sehingga patungnya dibuat dan diletakkan di depan stesen keretapi Shibuya, Jepun.




credits : wikipedia

pesanan nuffnang kepada para blogger

Salam all....ni aku just copy paste apa yang nuffnang email kat aku...just untuk peringatan kepada semua blogger:) aku copy paste yang versi BM punya je..




      A Nuffnang Community Announcement



Salam sejahtera Nuffnanger,



Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

Please....Say NO to click Fraud!!!

p/s: jgn main2 ngn click fraud ni...ada yang duit nuffnang jadi rm0.00 sebab click fraud ok...

Friday, October 1, 2010

Belum boleh kahwin!! mak cakap bilik tak kemas.




Err......tadi tengok2 gambar lama sekali terjumpa gambar ini..........



haha
gambar ni taun lepas punye...sebelum aku kahwin...masa tu dah tunang n ngah sibok ngan preparation kawen sampai bilik pon serabuts:P huhu


btw, adek aku yang tampal kertas tu kat langsir nak masuk bilik aku..huhu.aku pon tak perasan bile masa die tampal depan bilik aku:P



tahniah kepada sepupuku...ANIM :)

salam semua!






aku actually tengah baring2 kt atas katil tadi...tiba2 dapat message dari sepupu aku, Anim. die ckp die dah bersalin semalam..baby girl,3.45kg, bersalin normal n die wish gudluck kat aku! wawawa...berdebar la pulak.hahaha.actually kitorang saing preggy ...due date die 6 Oct..aku lak 9 Oct.nampaknya die bersalin awal dari jangkaan iaitu 30 september..aku lak????masih menunggu hari... em..die kata bangun pagi tengok ada air keluar banyak..n die terus ke hospital, check laluan dah bukak 4cm terus kena masuk bilik bersalin.die sampai HSA(Hospital Sultanah Aminah) pukul 5.30 pg, bersalin  pukul 11pagi dan kol 12.30 dah setel sume n dah boleh duduk wad..macam senang je die nak bersalin kan?:) die kata sakit bersalin pon tak sakit sangat...cume kat HSA, suami tak boleh teman masa isteri nak bersalin. kalau bersalin kat HSI(Hospital Sultan Ismail) suami boleh teman.aku nak bersalin kat HSI la...nak encik suami aku teman gak!:) apepon...tahniah untuk ko Anim dan alhamdulillah segalanya selamat n berjalan lancar...:)



p/s: hari ni dah 1 Oct...kalau ikutkan ade lagi 8 hari kalau ikut due date aku...berdebar ni..tunggu hari je...doakan aku senang n selamat bersalin ye !:) BAI!:)