Friday, April 22, 2011

kek tak naik, bantat, retak kat tengah, kering...antara masalah kek dan kesilapan ketika membuat kek yang anda perlu tahu :)


pernah tak korang buat kek,pastu kek tu cam tak jadi seperti bantat la, kek retak kt tengah, kat tengah tak masak lagi ?pastu korang pas sekali buat tak jadi terus fed up takde mood nak buat lagi. jangan macam tu:) memang la first time buat tak berapa nak perfect tapi lama2 die perfect.practices make perfect right?:) aku dulu masa mula2 buat kek pon selalu je tak jadi..tapi aku tak pernah putus asa coz aku suka makan kek,buat kek n bagi orang makan kek.haha. kat bawah ni antara kesilapan dan masalah kek dan sebab-sebabnya..hope dapat membantu korang dalam membuat kek yang sedap dan cantek rupa parasnya.hehe


KESILAPAN DAN SEBABNYA:
1. Kek yang kasar dan pecah di tengah
i. Terlalu banyak bahan penaik
ii. Ketuhar terlalu panas
iii. Bahan cecair tidak digaul dengan secukupnya

2. Kek yang nampak berat
i. Bahan penaik tidak mencukupi
ii. Ketuhar terlalu sejuk
iii. Kadar lemak tidak tepat
iv. Lemak menjadi cair semasa diramas ke dalam tepung

3. Kek yang kering
i. Terlalu sedikit cecair yang digunakan
ii. Terlalu banyak bahan penaik
iii. Telur yang diperlukan tidak mencukupi
iv. Dimasak terlalu lama

4. Kek berlubang besar di seluruhnya
i. Lemak tidak digaul dengan secukupnya
ii. Adunan dituangkan ke tin pembakar sedikit sedikit dan banyak memerangkap udara

KEK BESAR NAIK DI TENGAH-TENGAH
1. Kek diletak terlalu tinggi di dalam ketuhar
2. Ketuhar terlalu panas di peringkat awal dan turun suhu sebelum masak
3. Adunan tidak dirata terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar

KEK TIDAK RATA NAIKNYA
1. Kek tidak diletak di tengah ketuhar
2. Terlalu banyak bahan perasa
3. Ketuhar tidak dipanaskan mengikut suhu yang betul sebelum kek masak

KEK BESAR TENGGELAM DI TENGAH

1. Adunan terlalu lembik
2. Terlalu banyak bahan penaik
3. Membuka ketuhar sebelum kek masak
4. Ketuhar terlalu sejuk
5. Tidak cukup masak
6. Bilik dapur berangin

BUAHAN DI DALAM KEK TENGGELAM KE BAWAH
1. Adunan terlalu lembik
2. Buah buahan basah dicampur ke dalam adunan
3. Kek dimasak di dalam ketuhar yang sejuk menyebabkan buahan tenggelam sebelum kek cukup masak

MASALAH KEK KEJU



Kek terbelah tengah / retak

i. Cheese tidak dipukul dengan rata menyebabkan ada ketulan cheese tertinggal di permukaan kek
ii. Telur dipukul terlalu lama hingga menyebabkan kek naik (utk mendapatkan permukaan kek yang
rata seeloknya kek tidak terlalu naik), kek yg naik akan mengecut dan dalam proses penyejukan tersebut akan lebih menyebabkan kek retak sekiranya ada kelihatan retak2 kecil sblm ini - my observation, make sure telur dipukul sekadar meratakan perlahan2....jangan terlalu dipukul.
iii. Suhu tidak boleh terlalu tinggi - memadai sekitar 140-150'C sahaja, jika belum masak tambah masa
sahaja dan berhenti bila tepi2 kek dah nampak set
iv. Teknik bain marie diperlukan supaya kek tidak 'terkejut' dengan udara panas di dalam oven dan dapat menghasilkan kek yang tidak mudah hangus dan lebih lembap



credits: sesedap rase je

3 comments:

Ieja said...

Gud info..nak buat resepi cheesecake yang ain bg tu..tak tau la jadi ke tak..harap2 jd la..hehe

Umi said...

klu tak pernah buat kek? :D

E K A said...

bagus la info ni.nak minta izin copy paste boley tak???