iklan

Thursday, April 14, 2011

tugas guru..bukan sekadar 7.30 pagi sehingga 1.30 petang sahaja..jangan ingat tugas seorang guru mudah ye....takde lagi istilah keje cikgu senang, balik tengah hari, petang leh masak jaga anak layan suami bla bla bla

salam semua :) aku terbaca artikel dari facebook oleh Jimmyrose..pasal tugas seorang guru...ni untuk tatapan korang.
baca jangan tak baca:P



1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri (SANGAT SETUJU!banyak dah berkorban duit untuk anak murid.tapi ada diorang hargai?mostly TAK!)
10. Menanda kertas peperiksaan dan Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Count (paling tak suke)
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan (semalam aku baru kena anto budak kadet polis lawan kawat kaki.naik bus lagi ngan budak2.eventnya dari kol7pg-6.30 ptg ok!pastu budak2nya tak dengar cakap sampai keluar kwasan sekolah gi mcD, n jusco-kebetulan sekolah tu dekat ngan jusco.geram btol aku!)
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.

SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..

*thanks Jimmyrose share artikel ni.

p/s: dulu encik suami penah nak jadi cekgu tapi aku halang sebab aku tau beban keje cekgu skang. pas kawen die tgk aku byk keje walaupon dok umah tapi kena buat keje sekolah n etc terus die taknak jadi cikgu n cakap nasib baik die tak jadi cikgu. ok sekian.

5 comments:

Lyana Mansor said...

tulah ain..ramai kat luar sane cakap..ala..jadi cikgu senang r..keje setegah hari..bla..bla..bla... dorang tak tau keje cam kite ni banyak tekanannya..sbb tu ramai cikgu jadi mental..huhuhuuh

E K A said...

err ada butang like takkk...setuju sgt dgn entry ni....tp bila kita byk ckp org kata kita ni merungut.sbb derang nampak kita keje sengah hari je.lom kira lg...kadang2 kena cuci berak budak = bibik, bila luka kena rawat = nurse, bila kes disiplin = jadi polis.eh pelbagai la...yg org nampak kita ni keje kejap je.cuti panjang...kadang2 saya rasa bebanan pentadbiran lebih byk dari tugas hakiki iaitu mengajar

#cdmHA said...

huhu... walaupun hanya 1 tahun pengalaman jadi guru sandaran, sudah cukup... penat!! .. hihihi... tahniah pada guru2 yg berjaya jd cikgu bertahun2... :)

liliac_lavender said...

soo, true kak ain!..mak kte pn cg gak, so paham sgt2 psl artikel ni..huhu

p/s: i've been ur silent reder since last yr..x tau nape, but i like ur writing style kot <3

NURUL AIN said...

liliac: thanks:) tak sangka ada yg suke my writing style yg biase2 ni.heheee