Tuesday, May 3, 2011

resepi tum tim grob ( RED RUBIES) - thai dessert water chestnut

salam..
minggu lepas aku try buat TUM TIM GROB atau pon RED RUBIES yang merupakan pencuci mulut ala thai..
die gunakan sengkuang cina(water chestnut) pastu rendam dlm pewarna merah pastu campurkan dengan tepung ubi kayu pastu rebus sampai timbul. tu yang rasa die ala2 pearl coolblog pon ada. sedap! cuma yang leceh nak membuatknya adalah mengupas sengkuang tu dan potong dadu :P haha..




ni resepinya.. aku dah edit sket2 dari yang asal...resepi asal guna santan..aku guna susu sejat jek .hehe
resepi asal dari blog teratak impian

Bahan-bahan

  • sengkuang cina (kurang lebih 300 g) -guna sengkuang China(water chesnut)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air
  • 1 tin susu sejat
  • 200g gula pasir dimasak bersama 500ml air
  • 2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan
  • kiub ais secukupnya

Cara-cara

1. Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.

2. Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan

3.Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. (sampai timbul atas)Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.

4.Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan susu sejat. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut.



cuba lah!
seriously sedap:)
nanti nak buat lagi:)


p/s: sesuai juga dibuat sebagai pencuci mulut makan damai pengantin or majlis hari jadi :)

1 comment:

haslinda said...

menarikla ain!nnt ak nk try la.tq 4 sharing such interesting yet easy menu! :)