iklan

Friday, October 28, 2011

bila encik suami demam........

manja nya die.....................mengalahkan zaheen kalau zaheen demam :P




budak demam:P 
cuba teka mana satu bahagian kepala?:P
.
.
.
.
.
.


comel kan?:P 


lalalala..~



semoga cepat sembuh sayang:) 











Thursday, October 27, 2011

let go!! #2

ok,ni sambungan let go #1. 



barang 6:   t-shirt


jenama: Bontton
size: s
color: merah
material: kain cotton
harga: RM 10 sahaja!!
kod: 006
 



barang 7 : t-shirt Muslimah


jenama: An Nur islamic colllection
warna: hitam, ada bunga2 kecil warna putih
saiz: S
harga jual: rm 15 !!
kod: 007- sold




barang 8: selendang


warna biru + maroon. selendang jenis crumple.



warna dark coklat+bright pink dan dark purple-booked by  SHAHIDA


warna cokat cair.selendang yang cantik. 


ok. selendang2 di atas aku jual hanya RM 7 setiap satu. 
kalau korang amik lebih dari satu boleh less lagi :)



barang 9: selendang nikah



aku penah post pasal selendang nikah sebelum ni. klik SINI
ramai yang tanya tapi not a serious buyer.
so kalau interested, tawaran masih dibuka. 
warna: peach
material: chiffon degan manik dan labuci
RM 100.
kod : 009



barang 10:high heel



high heel ni pun aku penah cite kat blog aku sebelum ni. klik SINI.
tapi harga aku dah kurangkan ke rm35! murah kan?? 
padahal baru guna sekali dan hanya guna indoor je pulak tu. so..tawaran hebat ni:)
jenama: alfio raldo
size: 6
heel: 3 1/2 "
 harga : RM 35
kod:010



ok,itu je untuk hari ni. penat dah menaip:P ad lagi..sambung lain laki la:)
btw: cara bayaran: cimbclicks,m2u or c.o.d.
ape2hal kalau berminat..emel [at] mrsnawuza@gmail.com
takpon, komen je kat entry ni.:) tq!!!!!!!!!

Wednesday, October 26, 2011

Let Go! #1

salam
aku ada barang nak let go. jual dengan harga murah je walaupun beli mahal T__T 
ada yang beli tapi tak penah pakai pon. ada yang pakai sekali dua je. pastu dah tak pakai dah.
ok,reason nak let go : nak kosongkan almari sebelum pindah rumah baru. plus, memang dah tak pakai dah. so daripada membazir baik aku let go kan. aku baru je iklankan kat mudah.my :) lagipon memang nak cari duit poket lebih demi rumah baru:P huahuahuahuahua



barang 1: tudung sarung/tudung ekin/ instant hijab


warna : merah +hitam+putih. awning colour hitam.
jenis kain: cotton lycra. kain tak rasa panas bila pakai.
size: medium size
jenis tudung: jenis pusing. pusingkan untuk membentuk U kat depan.
(p/s: kalau tak tau jenis tudung pusing camne ,boleh klik SINI )
baru pakai sekali. still in good condition.
awning masih cantik dan terjaga rapi. dun wory:)
harga beli : rm 60. harga jual hanya rm 28 !! 
barang baik tu..mana nak dapat harga camni kan?:)
KOD barang : 001



barang 2 :  tudung sarung/tudung ekin/ instant hijab





warna : kelabu +hitam+putih. awning colour kelabu.
jenis kain: cotton lycra. kain tak rasa panas bila pakai.
size: medium size
jenis tudung: jenis normal : jahit di tengah, macam biasa la jenis tudung camni :)
baru pakai sekali. still in good condition.
awning masih cantik dan terjaga rapi. dun wory:)
harga beli : rm 60. harga jual hanya rm 28 !! 
barang baik tu..mana nak dapat harga camni kan?:)
KOD barang : 002--sold



barang 3 :  tudung sarung/tudung ekin/ instant hijab



warna : coklat + oren +putih. awning colour oren.
jenis kain: cotton lycra. kain tak rasa panas bila pakai.
size: small size. ( sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa)
jenis tudung: jenis normal : jahit di tengah, macam biasa la jenis tudung camni :)
baru pakai dua kali. still in good condition.
awning masih cantik dan terjaga rapi. dun wory:)
harga beli : rm 50. harga jual hanya rm 20 !! 
barang baik tu..mana nak dapat harga camni kan?:)
KOD barang : 003--sold



barang 4 : tudung sarung/tudung ekin/ instant hijab 



warna : peach.
jenis kain: cotton. awning  jenis thai silk.
size: small size. ( sesuai untuk kanak-kanak atau orang dewasa. atau boleh juga dijadikn inner tudung bagi orang dewasa)
jenis tudung: jenis normal : jahit di tengah, macam biasa la jenis tudung camni :)
baru pakai sekali, masa nikah. masa tu pakai sebagai inner tudung yang ada awning. still in good condition.
awning masih cantik dan terjaga rapi. dun wory:)
jenama : Ariani
harga beli : rm 40. harga jual hanya rm 18 !! 
barang baik tu..mana nak dapat harga camni kan?:)
KOD barang : 004----SOLD



barang 5 : baju kemeja 




warna dasar : putih. warna bunga: purple+kelabu
jenis kain: cotton. tapi kain die jenis jarang sikit. so kena pakai inner baju kalau taknak sexy sangat :P
size: S
baru pakai dua kali. hubby tak bagi pakai sebab tak berapa nak labuh :P still in good condition.
baju masih cantik dan terjaga rapi. dun wory:)
jenama : Bodytalk
harga beli : rm 69.90. harga jual hanya rm 28 !! 
barang baik tu..mana nak dapat harga camni kan?:)
KOD barang : 005---SOLD



ok,tu je kot untuk malam ni. kalau berminat, emel [at] mrsnawuza@gmail.com. 
tq :)

Monday, October 24, 2011

rumah #1 : minta pendapat

Alhamdulillah..CF rumah baru kami dah dapat.sekarang ni tengah tungga masa untuk dapat kunci je. call pemaju Johor land,die kata ramai gak owner rumah dah dapat kunci. aku tak dapat kunci lagi coz bank lom release duit pada johor land. tapi dalam waktu terdekat ni mungkin akan dapat kunci .insyaallah..




sekarang ni dok penin pikir urusan masuk umah baru. penin wooo.banyak benda nak di pikirkan dan disetelkan. seperti...grill,wiring,table top,kabinet kitchen, cornice...macam2 la. bajetnye..takde la besar mana..tapi berangan nak macam2:P haha.. sekarang ni..aku nak tanya pendapat korang2 yang berpengalaman pasal urusan pindah masuk rumah baru..juga nak tanya pendapat harga pasang cornis,grill, tinted tingkap ,kabinet kitchen dll..






ok.mula2 pasal cornice.kitorang dah survey...dan kitorang minat dengan design moden seperti gambar kat atas tu...untuk ruang tamu dan dining hall die nak rm1700. mahal tak ek?? ke memang harga die camtu kalau kat area JB ? ni belom masuk upah cat cornice lagi ni. upah wiring je dah rm 3200. wiring ni untuk sau rumah. mahal kan? wiring lagi mahal dari pasal cornice+_+ ke ada sapa2 sini yang boleh bagi cadangan sape yang boleh buat wiring area JB. yang bagus dan harga berpatutan. tak pon kitorang nak tukar design cornice yang guna kayu tu sebab cornice yang cam dalam gambar kat atas ni banyak guna lampu.


contoh design cornice kayu...simple dan menarik kan..tapi tak tanya lagi harga kalo buat design macam ni. agak2 berapa ye?



pastu dah survey2 gak upah pasang table top 10 kaki die nak rm1600. tu belom masuk pasang kitchen kabinet lagi tu. hmmm.. dengan set hob dapur tak beli lagi..


suka sangat kabinet kitchen design moden.lagi2 warna putih. simple je kan..
aku dah ckp ngan encik suami..dapur rumah baru aku haruslah cantek sebab aku memang banyak menghabiskan masa aku kat dapur. sebab aku suka memasak dan mencuba resepi baru :) itu adalah hobi aku:)




pastu...grill pulak..semalam dah deal ngan tokey tu.. rm2800 untuk grill satu rumah. aku tak amik wrought iron. tapi jenis mild steel with powder coating dan design simple dan moden. tak suke kerawang2 or bunga-bunga . lagipon tokei tu sendiri cakap..wrought iron yang bunga2 tu senang potong n lagi senang pencuri nak masuk. padahal wrought iron lagi mahal.

lebih kurang camni lah corak grill yang kitorang nak. kaler putih. rm2800

hm....aku rasa la kan...nak masuk rumah baru pon nak kena ada checklist jugak la. buka kahwin je nak kena ada checklist. nak masuk rumah baru pon nak kena ada checklist:P haha. so setakat ni..


grill rm 2800
cornis rm1700
wiring rm3200
tinted rm800

cube jumlahkan dah berapa? rm8500. pengsan! tu belom masuk table top,kabinat kitchen, perabot ,langsir  bla bla bla. kena berjimat cermat dan ikat peruttttttttttt. oklah, ni je kot untuk hari ni.lain kali sambung lagi pasal rumah :) 




p/s: jangan lupe comment untuk bagi idea dan pendapat. TQVM:)))))))

Friday, October 21, 2011

akhirnya...Yue Yue meninggal ...



GUANGZHOU – Budak malang berusia dua tahun yang menjadi mangsa langgar lari di China, meninggal dunia awal pagi tadi selepas seminggu bertarung nyawa di hospital.
Wang Yue Yue meninggal dunia akibat kegagalan sistem badan berfungsi.
Dia sebelum ini tidak sedarkan diri dan sukar diselamatkan selepas otaknya tidak lagi berfungsi.
Kejadian berkenaan yang menyaksikan bagaimana Yue Yue dibiarkan begitu sahaja oleh 18 orang yang melalui jalan tersebut sehingga seorang wanita yang merupakan pengutip barangan lusuh menghulurkan bantuan.
Wanita itu kemudiannya diangkat sebagai wira, namun kejadian tersebut mencetuskan perdebatan di internet yang mempersoalkan sifat perikemanusiaan penduduk China.
Malah dalam laman sosial China, Weibos, orang ramai meluahkan kemarahan dan sedih dengan insiden itu.
“Selamat tinggal Yue Yue, tiada lagi kenderaan di syurga.
“Yue Yue, selamat tinggal, dan jangan lagi dilahirkan sebagai rakyat China pada masa depan,” demikian antara tulisan yang diluahkan oleh bloger di China mengenai kematiannya.




credits: newshub

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday #3

play yard zaheen

Thursday, October 13, 2011

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim]

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
...
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
 
 

Tuesday, October 11, 2011

PUTEH....aku redha kau pergi...



mlm tadi aku dpt berita yang mengejutkan dari adik aku,aten...
ayat die "Kak In, Puteh dah mati" masih terngiang-ngiang sampai sekarang...
sungguh!aku tak percaya.tak dapat terima hakikat yang kucing kesayangan aku dah takda...aku tau die sakit dah dalam 2 minggu die sakit.tapi aku tak berkesempatan balik segamat untuk tengok die. :(
malam tadi.,aku meraung. aku rindu kan puteh:( aku sayangkan puteh:( kenapa puteh pergi dulu?:( kenapa aku tak sempat jumpa die?:'(



itu semua kuasa dan takdir Tuhan AIN. setiap yang hidup..pasti akan mati. biarlah dia pergi daripada die derita menanggung sakit yang kita pun tak tahu sakitnya macam mana sebab die tak boleh nak bgtau sakit die macam mana. tapi..air mukanya.. menunjukkan kesakitan itu.


rest in peace Puteh....2004-2011..


Pergi lah dengan tenang sayang ku Puteh.. aku redha kau pergi. itu ayat aku malam tadi sebelum tido selepas aku sudah penat menangis.

Saturday, October 8, 2011

BAJET 2012

nak tau tak? semalam adalah pertama kali aku tengok dan dengar pembentangan bajet dari PM dari awal sampai akhir. bukak kuat2 lak tu. punya lah bersemangat:P haha.sebelum2 ni aku tengok n dngar gitu2 je. taktau nape...semalam cam bersemangat je nak dengar. haha. nampaknya ada berita gembira untuk kakitangan awam khususnya CIKGU:P so..berbaloi2 la aku dengar dari awal sampai akhir:P huhu...




ni ringkasan insentif kakitangan awam yang aku dengar semalam:


1. penjawat awam akan mengalami kenaikan gaji dari rm80 -320.dan akan mendapat gaji maksimum lebih tinggi iaitu hingga 37.7%.


2.kenaikan gred lebih cepat.
tahun ke 8 berkhidmat akan terus dapat DG44, dan tahun ke 16 berkhidmat akan dapat DG48.so..aku lagi 5 tahun la dapat DG44 :P naik gred=naik gaji =gaji maksimum pon naik=keje pon makin lah banyak kan?:P


3.kenaikan pencen pesara sebanyak 2%.


4. lanjutkan umur pencen dari 58 tahun ke 60 tahun. *tapi aku tak rasa nak lanjutkan umur pencen.


5. untuk anggota polis dan tentera..kerajaan akan bagi sumbangan kepada duda dn balu polis . dan bagi mengenang jasa polis masa zaman darurat.kerajaan akan bagi sumbangan rm3000 kepada duda atau balu mereka.


6.bantuan yuran pengajian kepada kakitangan awam. ni bagi yang nak sambung master or phd la...


7. last but not least....bonus setengah bulan gaji yang akan dpt sekali dengan gaji bulan disember 2011. alhamdulillah...:)







Thursday, October 6, 2011

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!: Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!: Harap dapat berkongsi dengan sahabat anda yang lain.


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita… 



credits: FB 

Wednesday, October 5, 2011

wordless wednesday #2

Tuesday, October 4, 2011

giveaway kujie2.com sempena ulangtahun ke 20

malam ni tetiba gatal nak join giveaway.
mana la tau bertuah, dapat lah merasa macarons air tangan CIKMIN yang popular tu :)



untuk tau lebih lanjut pasal GA ni..klik gambar diatas:)




so..apa yang aku suka kat blog kak kujie? 1: very  informative 2: gaya penulisan yang sopan dan berhemah  3: fast loading. suke^_^




kelemahan blog: 1. tiada bahagian follower kot? 2. tak colourful kot:P hehe...




oklah,jom join ramai2 memeriahkan suasana:P tarikh tutup: 18/10/11