iklan

Tuesday, December 6, 2011

bersemangat nak hias rumah baru :)

punyalah bersemangat sampai tak sedar bulan ni je aku dah beli TIGA majalah hiasan dalaman rumah !:P
  
tengok ni :-


homestyle , impiana dan impiana dapur :P 
 yup,kami sedang bersemangat nak deko rumah dan cari idea hias rumah baru.
mula-mula tak rasa pon nak beli2 majalah ni, surf je kat tenet...banyak,melambak...tapi..tak puas kot tengok kat skrin laptop jek, kena tatap depan mata gak:P haha..




 ok, cakap pasal rumah...ni nak cerita progress rumah selepas dapat kunci.

 lepas je dapat kunci rumah, kitorang check - check la defect / kerosakan rumah. korang boleh klik SINI jika nak tahu tips dan panduan memeriksa kecacatan /kerosakan rumah baru. serius teliti dan cerewet aku check sampai report kali pertama je aku guna sampai 3 borang penuh bahagian report tu. sampai penin kepala org bahagian aduan kerosakan tu melayan aku:P


cara kami check defect rumah baru : check bahagian rumah start dari bahagian gate luar rumah. amik gambar kerosakan dan tandakan guna masking tape tempat kerosakan tu. kat masking tape tu kena tulis apa jenis kerosakan tu, contoh : leaking, retak.

ni contoh yang aku buat :












bawah ni pulak gambar major defect kat rumah baru kami..LEAKING! cara nak tau leaking:korang kena takungkan air kat setiap toilet (tingkat atas), biar die takung..tengok kat tingkat bawah (siling bawah toilet)..ada tak air keluar..kalau ada maksudnya leaking la.kalau takde,baguslah ..tak leaking.



 dah setel tanda2 tempat defect tu baru buat report kat pemaju.






sebelum tulis kat borang aduan tu, aku karang baik2 dulu kat kertas kajang:P guna pen merah lagi okeh:P cekgu kannnn:D hee




lepas dah buat aduan, tunggu kontraktor pemaju baiki defect dalam tempoh 14 hari. so far...defect kali pertama yg aku report tu dah setel. tapi aduan kali kedua n ketiga belum setel :P baru buat report yg ke2 n ke3 minggu ni ..so kena tunggu lagi lah. 


oklah, byk lagi nak cerita pasal rumah baru sebenarnya..tapi...dah ngantuk. :P next entry lah eh:)


4 comments:

IEJA said...

bestnya dah ada rumah sendiri
ermm byk jugak eh rosak

btw, selamat deko2 bersama en. Soul :)

Nak kaweng! said...

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

jeles! hehee

NURUL AIN said...

ieja: actually, aku yg cerewet sgt kot. semua bahagian pon byk tak puas hati, semua pon belek sampai pihak pemaju tu ckp aku ni sgt teliti:P haha. padahal akak ipar aku(keje sebagai sales house SCIENTEX) cakap, rumah aku under johorland ni dah sgt ok berbanding rumah under scientex :P


wawa: ala wawa, rumah kecik je;)

Unknown said...

bestnya deco rumah kan .. :-)