Tuesday, May 31, 2011

alhamdulillah...dah selesai induksi :)

alhamdulillah...tanggal 27 mei tepat jam 12.30 hari jumaat yang lepas aku dah selesai kursus induksi dan ujian induksi! heeeee :D lega betol dah abes kursus induksi tu.haha. aku lagi seminggu nak induksi dah tak senang duduk dah..risau,berdebar,nak buat keje lain pon tak boleh coz asik risau induksi..yelar,,aku bukannye stady sgt:P pastu...stady pon bukannya paham sgt n tak hafal pon. nak buat keje lain pon serba tak kena coz asyik terkenangkan induksi. last2...masa ari kursus tu...takde lah tensen sangat pon:) hehe..penceramah siap bagi soalan hint apa yang akan keluar exam,so kitorang stady ape yang die ckp je.insyaallah , aku lulus :) yakin ni:P haha...





tapikan...nasib baik kitorang induksi just 3 hari jek.coz ceramahnye tersangatlah memboringkan! dah la aku dok depan sekali.haha..sebelum2 ni induksi buat 1 bulan pastu dikurangkan kepada 2 minggu dan sekarang dikurangkan kepada 3 hari coz nak jimat bajet la ofkos. fuhh...nasib baik dapat yang 3 ari jek:P heee:D



ni antara soalan esei yang keluar...actually soalan die memang berulang2...yang aku punye soalan esei ni..same cam soalan bulan mac 2011 punye.





1. Huraikan lima nilai-nilai peribadi asas yang perlu diamalkan atau dihayati oleh seseorang anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas-tugas sehariannya.


 
      2. En K, penolong pegawai tadbir Gred N27 berhajat utk menunaikan ibadah haji pada tahiun ini. beliau telah berkhidmat dlm perkhidmatan awam selama 4 tahun dan hanya mempunyai baki cuti sebanyak 20 hari pada tahun ini.

Bolehkah En K memohon cuti haji pada tahun ini ?. Sila nyatakan syarat2 permohonan cuti haji kpd beliau.

     3. ‘Proses kerja .’ yang terdapat didalam manual prosuder kerja dan ‘fail meja’ ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya


4.  En H bertangung jawab utk mencatat minit pada setiap mesyuarat pengurusan bulanan Bahagian Pembangunan Kementerian Kerja Raya. Baru2 ini mesyuarat tsb telah diadakan pada  7 Mei 2010. Sila bincangkan apakah tindakan selepas mesyuarat yg perlu diambil oleh en H sebelum mesyuarat pengurusan bulanan seterusnya diadakan.


5.Bagi mencapai matlamat wawasan 2020, terdapat sembilan cabaran yang harus diatasi. Huraikan cabaran tersebut.



   6. Antara langkah yang boleh diambil oleh jabatan dalam usaha memelihara rekod-rekod kerajaan semasa dalam jagaan mereka dari sebarang kerosakan ialah dengan mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod dari Jabatan Arkib Negara.

a)        nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan rekod kerajaan
b)        selain daripada mendapatkan nasihat jabatan arkib Negara, nyatakan lima usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara rekod di dalam jagaan mereka.
 


by the way...aku ader koleksi soalan danjawapan soalan2 objektif  dan esei induksi tahun2 lepas. dan percayalah soalan2 die berulang2. kalau nak...emel aku mrsnawuza [at] gmail [dot] com. insyaallah aku emel kat korang kalau korang nak la..aku pon dapat dari member aku.


oklah...nak buat kek pisang ni..ader member encik suami order:) bye!!


Wednesday, May 18, 2011

saket tekak

Minggu lepas : encik suami sakit tekak. si isteri ajuk2 dan ejek suara encik suami yang tengah sakit tekak .


Minggu ini: Si isteri pula saket tekak sakit tekak+selsema+batuk..satu pakej:P sebab berdosa ejek encik suami minggu lepas. dah mintak maaf dah sebab usik die minggu lepas tapi tak baek2 lagi :(


moral of the story: berdosa ejek suami walaupon bergurau. nanti kena balik kat kita.






p/s: suara adalah aset seorang guru:P

p/s lagi: zaheen dah pandai duduk!:)

Saturday, May 14, 2011

resepi strawberry yogurt cheesecake

salam:)

hai hai hai!!!~~
hari ni aku nak share resepi strawberry yogurt cheesecake yang aku selalu buat :) 
 tapi...sebelum tgkk resepi tu.......meh tgk pic strawberry yogurt cheesecake yang aku buat semalam.ditempah oleh cikgu zaiwati member aku kat sekolah. cikgu fizik gak.thanks kak zai!:) die tempah sempena besday hubby die..so sweeettt!:)




nyum3!~ terliur tak???
nak tengok dalam die tak??tapi yang ni takleh potong sebab org order...tapi pic sebelum ni ader:)
haaa..ni die...~

kek ni aku potong dua lapis..n letak krim kat tengah.kek yang aku jual biasanya potong 3 lapis n ada krim setiap lapisan :)


so..here's the recipe:


bahan2 untuk vanilla sponge cake:

250g sponge cake mix (aku gune sponge cake mix je.lagi senang dan cepat!)
5 biji telur (grade B) -kalau guna telur gred A,kurangkan 1 biji telur
62ml air
62ml minyak

cara buat sponge cake:
masukkan sponge cake mix,telur n air-putar sederhana sampai sebati kemudian putar high speed sampai gebu.pastu masukkan minyak n putar perlahan sampai sebati.
bakar 180 degree celcius selama 30-35 min or sampai masak. (check guna cake tester..kalau bila cucuk kat kek,lidi tu basah..maksudnya kek belom masak lagi)


bahan frosting:

strawberry 8 biji
coklat-dicairkan(untuk dipkan strawberry sebagai hiasan)
250g strawberry filling
 
2 bekas yogurt perisa strawberry(aku guna jenama NESTLE)
150g non dairy whipping cream (bukan dairy whipping cream tau..ni untuk topping cake punya..kalau yang dairy whipping cream tu..die dah macam heavy cream..kalau korang putar pon..die susah nak kembang n tak sesuai untuk topping.yg dairy tu biasanya letak dlm kek)
250g cream cheese jenama philadelphia
1 1/2 tablespoon gelatin + 60ml air(kacau dlu pastu panaskan dlm microwave smp gelatin larut sepenuhnya)

cara cara:

putar whipping cream sampai naik 2x ganda.pastu dlm bekas lain,putar cheese smp kembang pastu masukkan yogurt.putar lg smp sebati.kemudian masukkan bhgian cheese kedlm whipping cream yg dh diputar..pastu masukkan gelatin.putar perlahan smpai sebati.pastu masukkan 5 sudu besar strawberry filling. gaul sebati.

ok..now cara hias:


1.letakkan lapisan bwh kek atas alas kek.kemudian..letak adunan krim tadi.sapu rata.pastu letak jem strawberry.kemudian letak lg 1 lapisan kek.ulang macam tadi dan last sekali letak lapisan atas kek.
2. kemudian hias lapisan luar kek ngan krim tadi...hiaskan dengan strawberry yang disalut ngan choc..choc rice..strwaberry filling ..ikut kreativiti korang lah ye:)
3.sejukkan dlm peti sejuk selama 3 jam or semalaman.

ok lah.penatnye aku taip panjang2.takpe,nak kongsi resepi ni untuk korang;))ok lah.bye:))


Monday, May 9, 2011

6 month of zaheen :)

salam...entry ini agak lambat dikarang sebab tuan punya belog bizi yang amat bulan ini T__T...patutnya bulan mei zaheen dah masuk 7 bulan 16/5 ni...tapi ...ni aku baru sebok2 nak post entry pasal zaheen 6 bulan yang sepatutnya aku taip dan post bulan lepas iaitu bulan april :P ok la actually aku ngan bz stady untuk induksi:P stady lah sangat  kannnn:P errr...BORING gile tajuk2 untuk distudy untuk induksi.serius tak tipu. aku cam tak tau nak baca yang mane sebab sume pon bosan tapi paksa baca .tapi bacanya sikit pastu ngantukT__T uwaa...!lagi 2 minggu ok nk induksi!heh! Risau! risau sebab aku pon tak paham apekebende yang aku baca.hahahah.menci menci menci! ok aku dah merepek sebab dah mengong baca :P



ok.back to the topic. dibawah ini adalah perkembangan zaheen umur 6 bulan :

1. dah tumbuh gigi 2 batang kat gusi bawah. n now gigi bawah tu dah besar n gigi atas sedang menumbuh 2 batang di gusi atas :) alhamdulillah...zaheen takde kena demam2 or meragam sgt masa gigi nak tumbuh. zaheen budak baik cam ibu die ofkos lah::P haha

2. dah pandai menyusur ke sana sini. laju ok die pegi sana sini. kalau nak masak kt dapur tu, kejap2 kena tengok die kat ruang tamu tgk die watpe .ulang alik byk kali jugak la dapo-ruang tamu.penat den :P takpe, leh kurus lagi banyak:P haha

3. die dah belajar nak merangkak. tgn die dh kuat sokong bdn die n die suke gerak ke depan n kebelakang n dah pandai merangkak setapak 2 tapak. tapi aritu pengasuh ckp die dah pandai merangkak 4 tapak. eh, guna perkataan tapak ke ha?? lantak la.paham kan?:P haha

4. oh ye, masuk umur 6 bulan kan dah boleh mkn solid food kan??tapi zaheen dah start mkn umur 5 bulan ++. so masa umur 6 bln die dah expert mkn. lagipon gigi dah tumbuh byk kan. dan die sgt kuat mkn. 1 hari 4 kali gak mkn. yang tukang bg makan n sediakan makanan ialah abah die :) abah die yang tukang blendkan makanan zaheen yang dah direbus pastu tapis.pastu suapkan anak die dengan penuh kesabaran. aku tukang rebus2 makanan zaheen je:P terima kasih encik suamiku syg kerana banyak membantu menguruskan zaheen! :) muah muah muah...lap u banyak lah !



biasanya makanan zaheen ialah bubur (brokoli+carot+ayam or ikan--direbus pastu diblend bersama nasi lembut ).kadang2 rebus labu buat puree (labu -direbus pastu blend bersama kismis.sedap!zaheen suke:)) pastu kadang aku rebuskan telur. amek bahagian kuning sikit..tabur kat atas makanan zaheen. ni nurse yang bgtau...penting untuk perkembangan otak baby.  so far...zaheen senang nak makan dan suka makan :)


5. lagi ape ye? oh ye...memandangkan die sudah ade gigi...so die suka nak mengigit2 mak die semasa menyusuT__T OouCH! saket ok T__T. bile ibu die terjerit keakitan akibat digigit, senyum lak die. cam suke sakat ibu die kot??babap kang haa.:P


6. dan...hobi terbaru zaheen ialah mengejar Kucing! die suke kejar tehcik n CT  ok:P pastu tak takot pon pegang n belai2 kucing tu. ish2.masa die ngah belai tu.aku kena ada sekali,pastu terus basuhkan tgn die ngan sabon n air bersih.kalau tak bg pegang nnt die marah=_=


ok lah..zaheen dah ajak mak die tido.cmne nak stady ni????tataaaaaaa

Tuesday, May 3, 2011

resepi tum tim grob ( RED RUBIES) - thai dessert water chestnut

salam..
minggu lepas aku try buat TUM TIM GROB atau pon RED RUBIES yang merupakan pencuci mulut ala thai..
die gunakan sengkuang cina(water chestnut) pastu rendam dlm pewarna merah pastu campurkan dengan tepung ubi kayu pastu rebus sampai timbul. tu yang rasa die ala2 pearl coolblog pon ada. sedap! cuma yang leceh nak membuatknya adalah mengupas sengkuang tu dan potong dadu :P haha..




ni resepinya.. aku dah edit sket2 dari yang asal...resepi asal guna santan..aku guna susu sejat jek .hehe
resepi asal dari blog teratak impian

Bahan-bahan

  • sengkuang cina (kurang lebih 300 g) -guna sengkuang China(water chesnut)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air
  • 1 tin susu sejat
  • 200g gula pasir dimasak bersama 500ml air
  • 2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan
  • kiub ais secukupnya

Cara-cara

1. Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.

2. Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan

3.Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. (sampai timbul atas)Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.

4.Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan susu sejat. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut.



cuba lah!
seriously sedap:)
nanti nak buat lagi:)


p/s: sesuai juga dibuat sebagai pencuci mulut makan damai pengantin or majlis hari jadi :)