iklan

Thursday, September 29, 2011

tips elak kecurian/rompakan


ni aku cnp dari fb.
info yang berguna.




Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

kredit: ct nafisa



Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday #1

funny face by Zaheen, 11 month :)

Monday, September 26, 2011

mari menabung di jusco :P

mesin syiling jusco
wah...cam menarik bukan?:P
ini bukan menabung ni...ini namanya menghabiskan duit.(bak kata encik suami aku):P

tapi mesin ni tak semua JJ ade..belom banyak lagi la...

maklumat lanjut, baca sini 
or LIKE facebook aeon jusco malaysia untuk update terkini ;)




p/s:   bila la jusco tebrau n jusco permas nak ada mesin ni?:P  La La La

Wednesday, September 21, 2011

tak pernah jumpa makanan ke dik oiii??

actually....malam tadi patutnya rumah aku join untuk marhaban...
encik suami yang semangat tahun ni nak join marhaban anjuran surau taman umah aku tu...
siap dah beli cawan polistrin banyak2 untuk tetamu.
sekali tu... masa die join marhaban masa malam isnin lepas...
balik2 je dari marhaban...
terus die cakap kat aku.." yang, kita tak yah buat la marhaban kat rumah kite. "
die kata lagi..."budak2 kat sini macam tak pernah jumpa makanan. macam kebulur yang amat. takde adab langsung. siap main amik je bekas makanan n bawak tempat lain. makan sepah-sepah. dah la ramai budak2 yang join. sume budak tu lak jenis tak makan saman" -lebih kurang camtu la ayat die.huhu

aku lak ok je tak join pon:P
aku memang tak berkenan ngan budak2 yang taktau adab kalo gi umah orang ni.
lagi2 kalau datang umah orang, suke2 ati je bukak laci almari, bukak pintu bilik ,pastu main bukak je bukan nak ketuk2 pon dulu, amik barang guna tanpa kebenaran, usik sana sini..pastu mak bapak die buat derk je...memang aku hangin:P haha.
kadang-kadang salah mak bapak jugak..tak ajar dari kecik sume2 ni...takpon mak bapak diorang pon macam tu gak.huhu.
aku kadang2 budak2 kat sini...kalau aku geram sangat ..aku sound direct je (dan buat muka sekali:P) masa diorang main mercun dalam tong sampah depan umah aku, main2 pukul tong sampah umah, (cian tong sampah umah aku kan?haha)dan banyak lagi aktiviti budak tak makan saman kat taman umah aku ni. haha


so malam tadi...disebabkan kitorang tak nak join marhaban tu...sebab tak suke ngan kerenah budak2 taman aku, kitorang LARI :P haha
gi jalan2 survey2 lampu,kipas untuk rumah baru.
rumah baru?? nanti lah aku cite kat entry lain pasal rumah baru:)


ok lah, tu je kot nak merepek ari ni:)
bai!:)

Saturday, September 17, 2011

idea kahwin : bunga rosette kain felt . sangat comel dan moden :)

salam.



pagi ni tibe2 aku nak bagi idea bunga roset untuk wedding pulak:P
padahal dah kawen dah..
tapi suke nak bagi idea kat B2B :)
korang2 bride to be mesti ade plan nak buat sendiri bunga rosette/bunga rozek kan?
ala...bunga yang letak kat dada untuk orang yang tolong2 buat keje masa keje kawen tu (org panggil penanggah)..



biasenye...bunga rosette tu camni kan....
                                                                                 .
.
.
gambar ihsan mr google :)
 kalau yang macam kat atas ni...biasanya..lepas majlis kawen orang tak pakai dah...ataupon..ade yang buang,tak pon juz buat perhiasan letak dalam almari...so..ape kata korang buat style moden punya..guna kain felt :) seriously comel. pastu bunga roset tu boleh pakai sebagai brooch tudung pulak;)
contoh bunga roset guna kain felt seperti dibawah..





credits: pondokkami



credits: catatanpu3





                                                                           credits:durra

 comel kan? macam2 bentuk boleh buat dengan kain felt ni. pastu korang tambah lah button ke...bunga tiruan ke..manik2 ke sebagai penyeri or hiasan tambahan. pastu letak duit kertas yang dah dibentukkan menjadi kipas kat belakang bunga tu..staple je duit tu.tadaa..siap:P


actually..aku dapat idea ni masa wedding sepupu aku, shikeen.dia DIY sendiri bunga roset guna kain felt. simple,cute yet modern. i like :) 

ni pic roset die...

nampak tak rosette nye?:P
hubby pakai kat t-shirt die:P hehe...
gambar dr dekat aku takde amek pulak masa tu:P



oklah..zaheen pon dah bangun ni..bye!:)






Wednesday, September 14, 2011

apa perlu buat selepas kemalangan ??


  tadi aku blogwalking, pastu jumpa entry pasal apa perlu buat selepas kemalangan kat blog redlomo.com . yup, aku pon tak tau ape kena buat lepas eksiden. penting tu amik tau pasal ni.


Tiada siapa ingin perkara ini berlaku, tapi sebaiknya kamu tahu apa yang diperlukan bila berdepan musibah sedemikian. langkah - langkah yang perlu diambil adalah:


1. Hubungi Smart Assist
Talian : 1-800-88-5555. Ia menawarkan khidmat penundaan percuma,. Kamu boleh hubinginya 24 jam sehari, 365 hari setahun 

2. Kenderaan Ditunda ke Balai Polis
Untuk membolehkan kamu membuat laporan polis sewajarnya.


3. Membuat Laporan Polis
Laporan polis berkenaan akan digunakan apabila kamu mahu membuat tuntutan insurans. 

4. Kenderaan Ditunda Ke Pusat Service(bersama dokumen dibawah
Own Damage(OD)

b. Salinan kad pengenalan pemilik dan pemandu (jika berkenaan)
c. Salinan lesen pemandu pemilik dan pemandu (jika berkenaan)
d. Salinan cover note atau polisi
e. Salinan kad pendaftaran (depan & bekalang, salinan terkini)
f. Gambar Kemalangan

Own Demage Knock for Knock (ODKFK)
1. Laporan Polis (pihak ketiga)
b. Keputusan siasatan polis (untuk membuktikan kelalaian pihak ketiga sebagai penyebab kemalangan)
c. Polisi insurans pihak ketiga/ JPJ Search



5. Pusat Service Menghantar Tuntutan kepada Syarikat Insurans 

6. Adjuster akan membuat penilaian 
Bagi menentukan kos pembaikan yang akan dituntut daripada syarikat insurans tersebut 

7. Kelulusan Daripada Syarikat Insurans dan Kerja pembaikan
Syarikat insurans meluluskan tuntutan dan membenarkan pusat service memulakan kerja pembaikan

8. Kamu Boleh Mengambil Semula Kenderaan
Pelanggan akan mengambil kenderaan yang telah siap dibaiki dengan jaminan kualiti. 


credits: redlomo.com

Monday, September 12, 2011

bunting pelanduk

korang penah dengar istilah ni? 
aku baru tau minggu lepas. haha.
maksudnye...pregnant tapi datang haid setiap bulan. 
memang ade orang yang jenis camni. 
seperti yang terjadi kat makcik kantin sekolah aku.
die tak sedar pon die ngah pregnant sebab period die normal...setiap bulan datang itu period :P.
buat UPT pon tak dapat detect. negative.
scan 2D biasa pon tak nampak.
(salah satu sebab tak nampak baby kalau scan biasa sebab lemak die tebal,so taknampak baby)
tapi die kena guna scan 3D or 4D baru nampak baby.
bile die scan tu, rupenye..baby dah 7 bulan!
die sendiri tak perasan sebab badan die memang jenis besar, perut pon besar:P
huhu..tapi rupenye..anak pertama ,kedua dan ketiga die pon camni..
tapi die tak expect die pregnant lagi coz die nak stop beranak dah:P
tapi..tu lah..kuasa tuhan :) hehe

ok,saje je nak kongsi. mane la tau ade gak yang tak tau cam aku ni:P hehe..
btw, aku dah 3 weeks missed period...dah 2x buat UPT tapi negative. any ideas? aku pon dah risau ni coz tak penah aku lewat camni T__T

Thursday, September 8, 2011

cincin tunang

cincin tunang aku hilang :(
yup,baru perasan semalam.
aku memang dah lama tak pakai cincin tu
n letak je dlm jewelry box aku kat bilik,
tapi semalam tibe2 aku teringat cincin tu, aku bukak box tu..takde!!!:(
uwa...dimanakah ia???:( 
terus aku tak keruan cari kat tempat lain pulak.
tapi tak jumpe gak:( 
sampai penin2 n takde mood semalam sebab tak jumpa cincin tu. frust.
kena curi ke? ntah la risau lak aku.
lagi2 pas dapat tau umah kawan satu sekolah ngan aku kena masuk pencuri masa cuti raya hari tu.
barang kemas, duit tabung anak die duit raya,  sume lesap. TV lcd 42 inci pon lesap gak!
pastu makanan dalam peti sejuk pon lesap n kena makan.
siap sampah makanan tu dibuang merata rata dlm umah. takut je dengar.
hm...tolong lah jumpa. hati tak tenang selagi tak jumpa:(