iklan

Monday, November 28, 2011

projek besar bersama encik suami :D


projek besar lah sangat kan..padahal buat karipap bersama-sama jek:P
haha


ok, hari ni aku ngidam nak makan karipap. so aku ajak encik suami buat sama-sama. 
actually ni first time aku buat karipap sendiri. 
alhamdulillah , menjadi ! :)
encik suami pon first time buat. tapi encik suami lagi terer mengelim karipap dari aku:P haha
 
 
doh kulit karipap

gigih mengelim karipap

hasilnya....macam2 bentuk ade:P

ni yg versi cantik dan kemas sikit:P

selepas digoreng. sedia untuk dingap:P



aku goreng sikit jek. yg lain aku frozenkan.
senang kalau nk mkn nnt;)
 
 
 
dear encik suami: thanks for helping me :) love u byk2 lah;)


bai!:)

Sunday, November 27, 2011

wawa dah kaweng! :P

Actually Puan Wawa aka presiden FAGS dah selamat nikah pada 11/11/11 . 
aku je yang lambat post kat blog:P 
nikah dan sanding di terengganu pada 11/11/2011  , majlis utk kawan2 kat kl 20/11/2011 
dan akhir sekali majlis bertandang pada hari ini, 27/11/2011 kat johor pulak. 
Fuhh, penat seyh majlis banyak2 sangat. 
aku pulak yang terasa penatnye:P hehe


apepon, 
tahniah wawa! dan acop jugak!
*dah banyak kali ucap tahniah , tapi tak kire nak gak wish sekali lagi kat blog*
semoga korang berdua bahagia sampai syurga! Amin:)



wawa+acop

pengantin baru vs pengantin lama :D



kami tiga beranak:)


apepon,wawa dah lepas..tinggal ieja dan dilla je :P 
soon!~~ 
very soon~ 
kan?;)




Saturday, November 26, 2011

"GIVEAWAY : IRINE NADIA nak kasi MIRACLE TAB for FREE!"





Wahh....Irine nadia marcello nak kasi produk miracle tab secara percuma la!! siapa tak nak kan?? 
Aku nak!!
kenapa aku nak? sebab utamanya ialah aku nak cantik untuk encik suami aku !:) hehe..sebab yang seterusnya adalah kerana aku nak kulit aku lebih cantik, bersih, bersinar walaupon tanpa alat solek. aku tengok testimoni-testimoni pengguna miracle ni memang miracle lah. kulit depa terus transform jadi cantik. miracle kan?? tak caya? cuba baca SINI



dan dalam banyak2 testimoni tu..aku paling aku suka tengok gambar ini...



klik gambar untuk imej lebih besar dan jelas
flawless kan kulit die...sangat jeles. nak kulit camni jugak!:)



sebelum ni dah bertukar macam-macam produk kecantikan ..tapi...semuanya tak sesuai dengan kulit :( 
hope jika bertuah menang giveaway ni, dapat lah merasa pakai set miracle tab ni :) amin;)) 



oklah itu saje, zaheen sudah memanggil2 menagajak tidur :)
selamat malam semua dan salam maal hijrah:)


p/s : untuk keterangan lebih lanjut pasal giveaway ni, klik SINI :)

Friday, November 25, 2011

hmm.

assalamualaikum.


cuti sekolah dah start. tapi aku tak cuti lagi. sebab bertugas jaga SPM tahun ni. takpe lah, ada hikmah disebaliknya. dapat jugak duit poket untuk rumah baru:P lagipon tahun ni budget untuk melancong berjalan takde sebab duit banyak digunakan untuk rumah baru. encik suami pon keje, dah takde cuti dah sebab cuti die dah habis. so...ok gak aku kena jaga SPM tahun ni, takde lah bosan jek duduk rumah je. ingat sebelum ni plan2 gak cuti sekolah nak bisnes kek. tapi harga barang kek pon dah mahal. harga pon terpaksalah naik. tapi orang tak paham. yg orang tau, nak sedap dan murah. nak murah, buat ler sendiri cik kak oi. tak kuasa aku nak melayan orang macam ni. keje tau nak komplen je, tampah ni la tambah tu lagi sedap la. patotnye buat camni lah.itu lah inilah, tapi die tu masak pon tak reti. ada hati nak komplen orang ? talk to the hand la. *mode: tak puas hati .dah lama pendam*






cakap pasal rumah baru pulak. kunci dah dapat minggu lepas. tapi rumah ada defect. banyak defect pada mata aku yang cerewet ni. ada retak, leaking, tersumbat lah .kena tunggu kontraktor pemaju betulkan dulu. baru boleh pasang cornis,table top etc. aku rasa macam dah tak sabar je nak pindah rumah baru. dah takde mood dok rumah sewa ni.emm.. cakap pasal rumah. aku paling tak suka kalau orang lain nak tentukan apa nak buat dengan rumah kami tu. rumah kami = idea kami .so biarlah kami hias dengan cara kami. jangan nak masuk campur atau nak memandai2. tak suke. fullstop.




sama juga dalam hal penjagaan anak. macam bajet ko sorang je lah yang betul dalam hal jaga anak. ini tak betul itu tak betul. macam ko pandai sangat nak menghasilkan anak yang pandai. padahal ko tu, spm pon tak lepas.*oops, aku agak emo hari ni.* pastu nak tegur-tegur depan orang. aku senyap je malas nak melawan. kang gaduh. mulut aku ni kdg2 laser jugak. daripada aku buat dosa, baik aku senyap simpan je perasaan takpuas hati dalam hati. pasal anak aku lambat jalan pon satu hal. suruh jalan masa embun pagi lah, amik air embun sapu kat situ lah sini lah. kena urut kaki die lah bagi pandai jalan,kena pakai walker lah. Let her be. biarlah die jalan secara natural .bukan paksaan. die bukan tak boleh jalan langsung pon. die cuma takot2 lagi.




ntah la, moody n emo minggu ni. semua pon nak sensitif dan kecil hati. saja nak luahkan. bye.

Wednesday, November 23, 2011

wordless wednesday #5

gaya zaheen tengok kartun BoBoBoi :)







Saturday, November 19, 2011

3rd lucky draw by cintaairmata

klik gambar untuk join:)

cabutan bertuah yanmieonline.com

 jom join. mana tau korang bertuah, dapat merasa macaroon cikmin:)


“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”




klik SINI  utk keterangan lanjut mengenai cabutan bertuah ini. :) 

Friday, November 18, 2011

resepi sarapan : sandwich inti melting cheese yang lazat :)

assalamualaikum:) 



meh aku nak share satu resepi sarapan yang super simple tapi super sedap:) 

sandwich inti melting cheese yang lazat berkrim disukai ramai .nyum nyum :)


bahan2:

roti 4 keping
slice cheese (aku guna jenama cheesedale) 2 keping
butter / majerin secukupnya
telur 2 biji*
garam dan lada sulah secukupnya*]kacau telur campur garam dan lada sulah macam buat telur dadar



cara2:

sediakan roti 2 keping. sapu butter pada sebelah roti. letakkan cheese dan tutup dengan sekeping lagi roti yang dah disapu butter jugak. kemudian buat benda yg sama untuk kepingan sandwich yg lagi satu. potong bahagian tepi2 roti tu. masukkankan sandwich dalam telur. kemudian goreng sampai perang keemasan. dah siap goreng, potong dua bentuk segitiga dan korang akan nampak cheesenya melting;) nyum3! sedap dimakan bersama sos cili:) boleh juga tukar inti ganti dengan butter dan kaya.sedap jugak,cuma ni versi manis. kalau ganti inti ngan kaya, telur tu tak perlu campur lada sulah lah ye..kang rasa pelik pulak:P 



ok tu je resepi hari ini:) cuba tau!



Wednesday, November 16, 2011

kisah kunci rumah

alhamdulillah, kunci rumah dah dapat semalam :) 


lega hati lepas dah dapat kunci semalam:) hati pon dah berbunga-bunga :)  panjang kisahnya proses aku nak dapat kunci rumah ni. sebab nama aku rupanya tercicir. aku sorang je under RHB bank yang tak setel lagi bayar habis ke pemaju. dengan alasan, bank kata nama aku still tak dapat surat dari pemaju untuk jelaskan baki lagi rm 30k. banyak kali aku tanya bank, ini je lah jawapan die. selagi bank tak habis bayar, pemaju tak boleh proceed untuk serah kunci. padahal org lain ramai dah yang dah dapat kunci dan dah buat renovation dah pon.  so aku call terus bahagian pengurusan pemaju..tanya nape aku tak dapat kunci lagi. pastu die cakap la aku sorang je under RHB bank yang tak settle lagi. yg lain dah settle bayaran semua. n then aku cakap la bank cakap die tak dapat surat dari pemaju pasal bayaran terakhir sebab tu bank tak bayar habis lagi. ok, pihak pemaju pulak cakap die dah pos satu envelope besar kepada RHB notis bayaran terakhir ke johorland. ok, aku sebenarnya dah risau takut kena penalti (denda kalau bayar lewat). pastu aku contact lah pihak bank minta die berurusan sendiri dengan pihak pengurusan pemaju, dan memang salah bank pon tercicir nama aku. hmm..yang aku geram tu nape la die tak check sendiri dengan pihak pemaju kalau dah tau aku sorang je tak settle lagi. mesti ade something wrong somewhere kan..ni nak harap aku jugak bersusah payah call sana sini. so akhirnya bank jelaskan bayaran akhir pada 8 hb by cheque. 10hb pemaju terima cek tu, 15hb terus dapat kunci. dan kena penalti ye...satu hari, rm 7.55. itu pon setelah budi bicara pihak pemaju. kalau tak sebenarnya lebih dari 2 minggu dah lewat. tapi die tolak2 semua, tinggal 1 hari . so kenalah denda rm7.55. nasib 7 hengget lebih je, kalau ribu riban mau pengsannn. yup, kite memang kena bayar penalti walaupon bukan salah kita..itu dah tercatat dalam polisi, akak pemaju tu cakap lah. aku pon tak cek balik. malas nak kecoh. nasib rm 7.55 je. kalau tak , aku dah hangin :P




oklah,tu je kot. malas nak taip panjang2. banyak benda nak cerita tapi..tak berkesempatan nak menaip kot:P len kali je la:P hhehe...apepon tahniah to WAWA dan ACOP yang telah sah bergelar suami isteri pada 11/11/11 :) semoga berkekalan sampai syurga. amin:)




Sunday, November 13, 2011

26.

 
happy 26th birthday to me :)

thanks kepada semua yang wish:)



Tuesday, November 8, 2011

huahuahuahua

konon-kononnya hati kental la raya haji tahun ni takpe tak balik segamat. baca sini. tapi rupanya hati ini masih belum cukup kental:P aku balik juga segamat pada hari ahad petang. dan terlajak lepak kat segamat sampai hari ini:P petang tadi baru sampai pasir gudang. haha. balik segamat pon tak plan pon. tiba2 je aku buat keputusan balik segamat masa dah kat kampung suami:P degan baju bawak sikit je. dengan keje sekolah tinggal je kat umah konon nak siapkan tanda hari isnin selasa tapi akhirnya esok jugak baru aku nak tanda kot?:P muahaha..oklah, tu je. bye.assalamualaikum:)

Saturday, November 5, 2011

entry celaru

Assalamualaikum.



korang mesti dah balik kampung menyambut raya aidiladha ngan famili kan? aku je masih tercongok kat rumah ,tak balik kampung lagi. tunggu encik suami blk keje.tahun ni beraya aidiladha di kampung suami saja..dekt je..setengah jam je dari rumah kami..tahun ni tak balik segamat pon..walaupon cuti sampai selasa..sob sob :( actually, aku juga yang request balik kampung suami saja sebab baru je balik segamat minggu lepas dan 2 minggu sebelumnya..dan dah lama tak balik kampung suami, cian lak die kan..aku memahami..dan ada juga sebab2 lain sebenarnya..sory mak ayah dan adik2ku..:(




hmm..sejak kebelakangan ni..mudah sangat sakit kepala. kenapakah? tensen kah?
makin bertambah sakit kepala bila org bank dah call ingatkan pasal hujung bulan ni dah start kena bayar duit loan rumah. OMG. serius pening. sebab...rumah belom dapat kunci lagi. so belum boleh pindah rumah baru lagi. still kena duduk rumah sewa lagi. duduk rumah sewa pon..bukannya FREE.  masih kena bayar duit sewa rumah kepada owner. hmm..so hujung bulan ni dah start kena bayar duit rumah dan duit sewa rumah. T__T
 cepatla dapat kunci:( tak sabar dah rasanya. pemaju dah ingatkan..masa serah kunci, kena sediakan dalam rm500 untuk elektrik, air dll. pon dijangka ujung bulan ni jugak kena bayar. lepas dah dapat kunci, bukan boleh terus duduk rumah tu, kena check ada defect tak. kalau ade defect kena report dan tunggu kena baiki dulu. dah siap baiki defect baru lah boleh panggil orang datang rumah untuk ukur2 pasang grill, table top, cornis etc. itu baru ukur. bincang-bincang lagi, pilih nak yang mana lagi..pastu tunggu diorang buat amik masa sebulan dua gak.  dah siap pasang grill,cornis,wiring,table top,lampu kipas, baru boleh basuh dan bersihkan rumah. pastu baru boleh pindah barang. kemas barang-barang pindah lagi. pergh..tu semua banyak guna duit. duit. dan duit.







dan makin pening bila barang2 seperti kipas, lampu , hud dapur ,aircond belum beli lagi. haha. asyik tangguh2 nak beli, ni dah last minit baru lah terhegeh-hegeh nak cari. hmm..actually semuanya berlaku begitu pantas kot. decide nak beli rumah tu bulan 7. bulan 8 dah confirm beli rumah. bulan 9, 10 busy ngan keje. tak sempat nak survey2. bulan 11 ni dah start kena bayar housing loan. haha. bulan 11 ni lah kitorang baru ada masa nk survey2 n nak beli sikit2. tapi..tu lah..benda kalau baru nak beli sekaligus, haaa kau. banyaklah duit yang keluar. lagi2 bulan ni jugak lah nk kena byr housing loan, duit serah kunci.so nasihat aku: kalau korang dah beli rumah tu..beli la brg2 seperti kipas, lampu sikit2. setiap bulan beli sikit2. takde lah byk sgt nk kena bayarnya berbnding beli sekaligus cam aku ni:(





ni pon aku dah kemas barang-barang sikit-sikit. senang nak pindah nanti. aku dah suruh encik suami amik kotak banyak2 kt kilang die untuk aku packing2 brg. so ..mel,ija n dila nnt korang datang rumah aku nanti jangan terkejut lak kalau tengok rumah aku dah kemas2 untuk pindah. huhu. sekarang ni dalam kepala aku dah start pening pikir nak masak ape la untuk korang nnt. huhu. dan minta maaf awal2 jika umah aku serba kekurangan untuk korang. segan je org nak dtg tidur tapi rumah dah kemas2 untuk pindah. hope korang paham tau.lgpon tahun ni aku sibuk ngan spm...so aku akan packing2 brg ikut waktu yg aku free...dan minta maaf juga kepada cik wawa sebab tak dapat nak gi wedding ko yg kt kl....atas sebab2 yang disebutkan diatas:P harap cik wawa paham:) haha...so kitorang dapat gi yg kt johor je...sob sob..:(





hmm..ok lah, penat dah menaip. at least sakit kepala aku dah kurang sikit kot:) selamathari raya aidiladha semua!:)










Wednesday, November 2, 2011

resepi kek coklat lembab / moist chocolate cake yang sedap dan senang. eh, resepi topping kek coklat pun ada:)

resepi ni adalah atas permintaan mak buyung,maisara. cian die, dah lame mintak baru dapat arini. sory tau mai:P






bahan-bahan kek coklat lembab :

2 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan susu sejat
1 cawan minyak
secubit garam

1 3/4 tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking bowder
1 1/2 sudu teh baking soda       } ayak

2 biji telur - dipukul seperti buat telur dadar
1 sudu teh esen vanila



cara buat kek :

1. mula2 sekali kena panaskan oven dulu sebelum buat kek. panaskn suhu 180 degree celcius.
2. masukkan gula, air panas-pukul hingga gula larut. pastu masukkan susu.pukul sebati. masukkan minyak n garam lak. pukul sebati.( guna mixer low speed saja ye sebab adunan memang jenis cair. takpon guna whisk pon boleh)
3. masukkan adunan tepung yang dah diayak sikit demi sedikit. gaul sebati.-guna low speed gak
4. masukkan telur dan esen, kacau sebati.
5. masukkan dlm loyang yang dah disapu butter/minyak/marjerin dan dialas dengan kertas minyak.(supaya x melekat)
6. masuk dlm oven. tadi dah panaskan oven 180 kan, masukkan kek, turunkan suhu kepada 160 je.bakar suhu 160 degree celcius sampai masak. aku memng saja guna suhu rendah, tapi lambat sket lah masak nya. dekat 2 jam baru masak.  depends pada oven korang sebenarnya. so korang kena sentiasa jaga2 kek dlm oven tu. agak2 dah bau wangi u...dah nak masak lah tu. tips: tolonglah jgn asyik2 nak bukak pintu oven nak tengok kek jadi ke tak. memang lah confirm kek tu akan bantat kalo korang baru je 5 minit letak dlm oven dah sebok nak bukak2 nak tengok jadik ke tak. jgn bukak pintu oven 30-40 min pertama. takpon tak yah je bukak sampai lah die dah bau2 wangi kek. barulah bukak, test ngan lidi cake tester utk check kek dah masak lom. kalau lidi tu keluar bersih, maksudnya kek dah masak. keluarkan dr oven. tunggu kek sejuk br letak topping nya ok.



resepi topping kek coklat lembab

1 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan minyak masak/minyak sayur



cara buat: masukkan semua dalam periuk. masak atas api sederhana.pastikan sentiasa kacau supaya tak berketul2. agak2 dah start nak mengelegak tu,tutup api. biar cool kejap, kemudian sapu atas kek coklat tadi. hiaskan guna choc rice atau ikut kreativiti masing2 ye:)




nah. dah siap. resepi ni lah aku selalu guna untuk bisnes kek coklat aku. tak tipu resepi. nak share ngan kawan2. resepi ni pon dapat dari kawan mak aku yang bisnes kek ni. cubalah ok:) dijamin sedap. :)



p/s:  kalau dah siap, simpan kek dalam peti sejuk semalaman bagi rasa choc die sebati. rasa die lagi sedapp:) tak caya? cubalah!!:)




p/s lagi: PADAN MUKA Fiona tadi:P haha. [tiba2 lak aku ni}



[updated]: aku biasa buat kek ni 2 adun. guna loyang empat segi 9" x 9". resepi  ni kalau nk kukus pon boleh.kalau kukus: 3 jam.

wordless wednesday #4

Tuesday, November 1, 2011

sakit tekak dan cuti deepavali

salam..


hari ni dah 2 hari aku MC sebab aku demam+selsema+batuk+sakit tekak. ok ni first time aku kena sakit tekak sampai suara aku takde:( seriously! cakap macam org bisu je sebab suara tak keluar. sampai aku g klinik doctor n nurse tu gelakkan aku sebab aku bersungguh nak berckap tapi diorg tak dengar sangat sebab suara aku takde. haha. bukan doc n nurse je gelakkan aku. encik suami pon sama. siap ajuk2 suara aku lagi :' (
tak baek tau, i jangkit dari u la ni. cuba bace post ni...kan die demam kan. so die jangkitkan demam die kat aku lak:P boleh tak camtu? huhu.



so far hari ni suara dah mula keluar tapi serak2 dan garau. tapi tekak masih sakit an sangat kering. tapi yang pasti...dah takde dah suara org bisu. tp suara orang lelaki pulak dah.haha...so encik suami jagan terkejut lak kalau ade suara lelaki malam-malam peluk u. I la tu:P heeeeeee:D seriously, sangat penat tau kalau nak cakap jugak kalau suara taknak keluar. perlukan tenaga untuk bercakap. lepas dah cakap, rasa penat sangat. haha. sampai camtu sekali. tobat dah taknak sakit tekak camni. suara aku aset tau. maklum la,.cikgu kannnnn:P suara cikgu itu aset :D  kalau takde suara camne nak mengajar? alasannnn.:P



alhamdulillah arini dah OK sikit. esok dah boleh keje:) lama tu cuti, sambung cuti deepavali aku ni. hehe. cuti deepavali tahun ni panjang sket. start cuti dari 22 oct sampai la 30 oct...9 hari cuti. tapi cuti kami takde la melancong mana2 pon..memang nak holiday ..tapi tahun ni kami saving untuk rumah baru la. banyak guna duit...so kena la berjimat cermat sikit. so takde lah holiday untuk tahun ni T__T encik suami, janji tau, tahun depan bawak i holiday OVERSEA tau:P haha..



so cuti kami,,awal cuti tu kitorang pergi persada johor, ada karnival beli barangan buatan Malaysia.  ok lah.not bad. seronok gak. murah lah dari harga pasaran. itu pon dah perabis rm200 je kat situ. berjimat cermat lah sangattt kan? T__T  


ni masa mula2 sampai. terjumpa member, kak ewa dan irnie. cikgu satu sekolah. kebetulan diorang kena bawa student untuk catur bestari kat situ. abah zaheen sampai2 je terus cari toilet. dah tak tahan sangat, die cakap. =_=





ada cabutan bertuah masa tu. punya lah aku bersemangat dok depan sekali :P takut tak dengar lak kalau dok blakang, sekali .......tak bertuah pon :P haha







ok ni je pic yang aku sempat snap masa kat karnival tu:P tak sempat nak snap pic booth -booth kedai yang take part dalam event ni. tak sempat sebab kitorang asyik testing makanan, tengok2 belek2 dan beli:P haha. yup, kat sana ada banyak testing makanan. I Loooike:P rasa je, belinya tak:D dan perhatikan pic diatas yang last sekali tu. dah nampak cam mak buyung kan aku? haha. chubby sudah. dan perhatikan stroller zaheen. penuh ngan barang2.haha. 



ok, lepas dah abiskan duit kat persada johor, kitorang pergi ZOO JOHOR lak. saja nak bawak zaheen tengok binatang lain selain kucing, cicak, semut, burung  dan kelawar yang ade kat umah aku tu:P  tapiiiiiiiiiiii....hampanya kami bila sampai ke zoo johor. hmm..pemandangan tak cantik, tak bersih, binatang banyak takda*sangkar je ada*, binatang cam kesian*kurus2*, takda papan kenyataan pada setiap sagkar /kandang binatang, banyak kena naik tangga*tak sesuai bawak stroller or orang tua*. pastu mas kitorang gi tu zoo masih under renovation, so banyak sampah dan kotor. takmo gi lagi pasni T__T







tak banyak amik gambar pon kat zoo johor. lagipon kitorang kat sana pon kejap je. dalam setengah jam je kot? lagipon binatang banyak tidur. pastu banyak binatang cam gajah, harimau takda sebab pergi menjalani latihan.? latihan apakah??haha

.
.
.

ok,lepas gi zoo johor, kitorang gi shopping kat jusco permas jaya lah pulak:P err..berjimat cermat kah ini???:P berjimat gak la...sebab time tu jusco ngah buat HAPPY HOUR. 1 jam je happy hourr tu. lepas tu harga dah jadi cam biasa balik. so barang branded2 dapat 70% less. murah tau!!aku suke happy hour camni. dah jadi macam MISAE lak aku cam berebut2 beli barang murah :P encik suami lak jaga zaheen sambil tengok isterinye sedang berebut baju :P haha  *( MISAE=emak SHIN CHAN. kalo korang yg baca shin chan mesti tau perangai misae yang suke jualan murah kan?haha)

.
.
.

ok, itu baru satu hari :P hari seterusnya kitorang berehat je kat umah. lagipon zaheen demam.


 budak demam. encik suami pakaikan lampin basah kat dahi die ala ala petani die cakap =_=



hari rabu, famili aku datang. so bawak shopping ke jusco tebrau :P shopping lagi:P sebelum gi jusco, tengok baby baru dulu.anak sepupu aku. anak yang kedua.



baby boy.  tahniah balong n kak ana:)



jumaat lak encik suami demam. maka MC lah die 2 ari.
dah macam ulat gonggok lak aku tengok.






sabtu pagi, balik segamat lak sebab nak gi wedding bff aku ,Li yean. walaupon encik suami tak berapa sehat, tapi demi bff isteri terchenta, die sanggup drive balik segamat. thanks hubby:) 



ni je sempat snap:( gambar ngan li yean pon tak dapat snap guna camera aku. just guna kamera photographer die je..

ni pic die aku amek kat fb die. cantek kan? congrats babe:) semoga kekal bahagia sampai syurga:)



balik dari segamat ke pasir gudang, aku pulak demamT__T
ok lah, last but not least...


gambar zaheen menangis sebab aku amik hp aku dari mulut die. yup ,camni lah die kalau die takdapat bende yang die nak T__T


oklah, panjang nye aku taip arini. thanks to my MC. kalau tak, takde makna nya aku sempat taip panjang2 camni:P bai!!!