Wednesday, January 11, 2012

cleaning service or cuci sendiri?

mula2 nak cuci sendiri rumah baru kami tu...
tapi disebabkan kekangan masa dan terpengaruh dengan tokei cina wiring tu,,...
nak guna cleaning service lah pulak.
sebab die kata kalau rumah baru nk betul2 bersih, kena bersihkan rumah guna asid.
tapi....cleaning service ni mahal.
lebih kurang rm300 untuk satu rumah.
mahal kan?
tu belum lagi die cas kalau ade tempat /bahagian yang susah nak cuci atau sental, die cas lebih.
lepas tu bila call, ramai kata minggu ni semua busy, next week baru boleh bersih.
aku kalau boleh nak minggu ni siap basuh rumah.
sebab next next week nak pindah barang sket2.
em...setelah google sana sini dan tanya sana sini dan pikir sama2 husband..
rasanya nak cuci sendiri sahajalah rumah baru kami tu..kenalah curi masa untuk bersih.
lagipon tadi google2 pasal asid untuk bersih rumah tu,,,terjumpa ni  pulak kat forum cari






'Cara terbaik ialah dgn mengikis kesan kesan cement dgn scrapper.(beli jenis plastic)
JANGAN guna asid sebab ia akan menjadikan tiles itu menjadi kesat.
Ini akan mengakibat hilang kesan GLOSS pada tiles tersebut.'





"dulu ayah choc penah basuh toilet ngan acid...abih sume railing towel, kepala paip  & lampu downlight berkarat...maybe  barang pun bukan quality yang elok..hihi..so kalau nak guna acid, make sure barang2 kat tmpt tu anti karat..kalau tak abih..."


"Teman dulu jual chemical.
Asid ini adalah jenis hydro cholride dan juga sulphuric.
Di masukkan sedikit MP5 agar ia menjadi pekat seperti sabun serta berbuih.

Tidak sesuai utk tiles.
Nanti tiles akan hilang 'gloss' nya.
Permukaan akan menjadi kesat serta akan bertambah 'sembam'.
Kotoran akan mudah melekat.

Kalau di gunakan di atas permukaan yg rata, sekiranya tidak di gunakan dgn betul/baik.
Ia akan meninggalkan kesan bertompok tompok.

Harap maklum"


"from experience my jiran utk rumah baru jangan basuh tiles dgn acid
nasihat yang sy dpt dari supplier tiles pun jangan cuci tiles rumah dgn acid
acid boleh membuat kaler berubah dan menipiskan, kalau silap kene dinding habis rosak semua nanti. basuh mcm biasa aje guna sabun"








so, minggu ni nak bersih dan cuci rumah bersama encik suami. Chaiyok!!




p/s: dah tak sabar sangat nak pindah rumah baru!:)


No comments: