cikgu
rasa penat jadi seorang cikgu atau guru. stress! lebih banyak kerja2 pengkeranian daripada kerja mengajar dan mendidik. penat dengan keje2 filing,dokumentasi dan etc yang entah hape2 last-last keje hakiki seorang guru iaitu mengajar banyak terabai. kenapa keje cikgu sekarang makin teruk?pihak atasan(kementerian) bagi arahan memang senang,sebab bukan diorang yang buat keje. diorang hanya bagi arahan dan diorang tak jadi cikgu. diorang tak mengalami situasi di sekolah, hanya tau bagi arahan. aku rasa aku nak bersara awal. nak bukak bisnes sendiri dengan suami. dah berangan lama. nak bukak bistro+cybercafe :) insyaAllah,kalau ada rezeki:)
kerani sekolah.
kenapalah kerani sekolah aku ni banyak cekadak? macam kite yang kena ikut die,padahal dah memang die uruskan hal-hal perkhidmatan cikgu. ada ke die suruh cikgu call sendiri setelkan urusan perkhidmatan cikgu. pastu yang sorang ni, kalau mintak tolong cari surat ,borang2,potostat atau etc, selalu cam nak mengelak buat keje dan suruh cari kerani yang lain. pastu kite ni cari la kerani yang lain tu kat bilik potostat or bilik file.dah memang takde kan, so nak tak nak die la yang kena buat. pemalas betul nak bangun dari kerusi tu pastu main bagi arahann je kat cikgu. macam die tu besar sangat kuasa die. selalu diorang ni ngan cikgu2 muda macam tak takut sikit. pijak kepala kita. ngan cikgu yang dah berusia tau hormat pulak. pastu,dah memang tugas die kena photostat. tapi setiap kali mintak tolong die potostat, die buat muka. cakap sibuk la .itu la. ini la. kita siap cakap baik2 dan kadang2 kena merayu2 kat die,.sebab dah urgent sangat kan..nak guna untuk bahan pengajaran dalam kelas. kite pulak yang rasa serba salah setiap kali nak mintak die potostat. sebab die selalu buat muka. last2 ,aku sekarang ni potostat je bahan P&P kat kedai potostat kat luar. pastu kutip duit kat budak. senang cite. malas nak merayu2 kat kerani macam tu. tapi kesian lah kat budak kan, asik nak kena bayar je, padahal diorang dah bayar duit untuk kertas latihan n etc. hmm.
pengetua
taknak banyak cakap pasal pengetua. yang pasti, die dari JPN, bahagian KUALITI. so, korang tau lah orang kualiti macam mana kan? sangat detail,skema, dan teliti. dannnn tahun ni lagi bz dari tahun sebelum2 ni. tu je nak cakap. yang lain simpan dalam hati. hua hua hua.
ok,rasa macam muka makin tua bila jadi cikgu. huuuuuT__T mana taknnya ,setiap hari masuk kelas confirm punya akan marah2.pelajar sekarang tak reti bahasa. kalau bagi muka,kita yang kena pijak. muka pon berkerut je.mana tak jadi muka cepat berkedut?:P haha..oklah,saja nak release tension ngadu kat blog:) btw, tehcik warded lagi. selagi belum baik,selagi tu tak boleh balik rumah. setiap hari kena inject n masuk air. poor my cat:( doakan tehcik cepat sembuh ye.......
1 komen:
sian nye jd cikgu...baik xyah gune kalo kerani camtu..suruh die benti la..hehhe..geram jugak ni..
Post a Comment