Monday, July 30, 2012

mengidam nak makan roti puri

hari ni tetibe mengidam sangat nak makan roti puri setelah tgk group #Jommasak kat FB post gambar roti puri tu. nyam nyam nyam...terliur la pulakkk. dulu aku penah buat roti puri ni. makan cicah ngan sambal tumis. perghh..sedapp.  makan ngan kari daging pon sodapp. biasanya roti puri dibuat utk sarapan or minum petang. tapi hari ni ,aku nak buat roti puri untuk berbuka;)



pic dari encik google



resepi roti puri pon dah selamat digoogle.resepi yang dulu dah tak ingat:P  ni resepinye...


dari Myresipi

Bahan-bahan ( 12 biji )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis mauripan
  • 1/2 sudu kecil garam *
  • 3 sudu makan minyak masak *
  • 2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
  • 175ml air panas *
  • 40-50ml air
  • Minyak utk mengoreng

Cara-cara

  1. satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .
  2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
  3. no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja
  4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
  5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
  6. perap doh 30min .. pastu blhler dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil
  7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen
  8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...  
  9. TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong
  10. masa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA 

ni resepi dari dapur suzi lak...

Bahan-bahan ( dapat ler dlm 20 biji )

  • 4 cawan tepung gandum
  • 5 s/b marjerin atau kalau suka bole campur dgn minyak sapi(3s/b marjerin +2s/b minyak sapi)
  • 1 s/b susu manis (tak letak pun ok)
  • 11/2 s/k baking powder
  • 1 s/k garam
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Satukan tepung dgn baking powder dan garam
  2. Masukkan marjerin gaulkan sehingga sekata..
  3. Masukkan susu yg dicampur sedikit air..kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yg tak melekat di jari.
  4. bahagikan doh kecil-kecil sebesar 50 sen..akhir sekali canaikan doh..jgn terlalu tebal atau nipis...kemudian goreng.. 

senang kannnnnnnnnnnnnn?? jom buat sama-sama. :D


p/s: hari terlajak bangun, tak bangun sahur:(
p/s lagi: dulu aku panggil roti puri ni ,roti gemok. sebab die gemok.hehe


[updated] dah try buat.jadi!!aku guna reepi yang kedua.dari dapur suzi tu. makan dgn kari daging n sambal tumis.sedappppp.nnt nak buat lagi:) cuma, bentuk roti tak berapa nak bulat laaa:P macam2 bentuk ada.haha

2 comments:

Haslina Harun said...

senang ajer nak roti puri ni..syok masa goreng roti ni kembang

storm rider said...

yup.suka tgk roti tu jadi gemok.hhehe