Friday, October 5, 2012

resepi blueberry apple pie with almond

semalam, aku dengan rajinnye telah membuat blueberry apple pie. hehe. actually, ni first time aku try buat pai. alhamdulillah menjadi :) pastri die pun sedap:) oh ye, oven aku yang dah lama rosak sejak pindah rumah tu baru je dibaiki rabu lepas :P tu yang boleh baking balik tu. how i miss my mr oven. 9 bulan ok tak baking.lame tuuuu. so sebagai perasmian oven baru 'pulih', aku buat kek pisang masa hari oven 'dibaikpulih'.

baru keluar oven

setelah dipotong

sedap dimakan dgn jem bluberi

 resepi kek pisang aku penah post dulu. klik sini kalau nak tgk resepi kek pisang. very the senang resepi ni wa cakap sama luuu:P campak sume dlmm mixer. putar.pastu tuang dlm bekas n bakar.siappp:P sodap pon sodap.sonang pon sonang:;) huhu

ok.dah dah. ni nak cakap pasal blueberry apple pie pulakk nii. so esoknye (hari kedua oven baru 'sembuh'),aku try buat apple blubery pie pulakk..ngidam nak mkn  pie ni dah lama dahh. resepi ni aku rujuk blog teratak impian cara buat die. tapi aku olah ikut citarasa :)

jemput tengok gambar dulu sebelum tgk resepi ;P


here's the recipe :

bahan-bahan pastri:

250 gm tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam(disebabkan butter aku tak cukup.ada 100g je.so aku tambah ngan canola oil dlm 45g)
1 biji kuning telur
30 gm air sejuk.-tak guna semua ponn (agak2 kalau dah boleh kepal,tak perlu tambah air lagi.)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang(utk dijadikan pemberat masa bakar dasar pastry crust)

Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gaul ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastri pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti.lapisan pertama-jem bluberi.lapisan kedua,inti epal dan sedikit badam yang dah dibumbuk sikit. dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.
Bahan-bahan inti:
2 biji epal hijau (dipotong dadu)50 gm gula perang/ gula kastor
1 s/k serbuk kayu manis
1 s/b tepung gandum2
2 s/b air (utk bancuh tepung)
jem blueberry secukupnya-dlm 4 sudu
kacang badam secukupnya-tumbuk sikit
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:
  • Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
  • Masukkan serbuk kayu manis dan kacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
  • Sejukkan.
baru keluar oven


yummehh:)



selepas sejam...tinggal seketul je ni :P


ok. cuba jgn tak cuba ok ?:)
bai.assalamulaikum:)

2 comments:

Jazica Albek said...

nampak sedap sgtt!! dhlah tgh lapar ni hihi...

storm rider said...

jemput makan:P