Wednesday, December 5, 2012

resepi biskut chocolate chips famous amos

assalamualaikum..

sape sini suke makan biskut coklat chips..?angkat tangannn! hehe..
aku memang penggemar biskut chocolate chips lagi2 yang brand famous amos tu. dulu masa zaman belajar, asal jumpa je kedai die mesti nak beli. siap belikan untuk encik suami lagi time tu. tapi....mahal kan..! 100 gram je dah rm 7.00++ tak silap. baik buat sendiri,lagi jimat kan?;) maybe rasa die takde lah sama sejibik macam yang famos amos punya tapi tetap sodap dan janji jimat lagi menjimatkan;)


aku ni memang penggumpul resepi biskut coklat chips yang tegar. asal ade resepi baru yang cam sedap je,mesti nak try. byk gak yang aku dah try. ada yang sedap. ada yang kureng. yang sedap, aku simpan resepi die, buat rujukan untuk masa akan datang. ada 2 resepi yang sedap yang aku pernah buat dulu dan siap buat bisnes lagi. tapi resepi tu dah hilang dlm simpanan aku . tapi adik aku ade sempat salin resepi tu. nasib baikk. nanti aku tanya balik adik aku resepi yang aku pernah buat bisnes tu okay? 


so hari ni aku nak share 2 resepi chocolate chips cookies ala famos amos yang aku dah try sepanjang cuti sekolah ni:P haha. konon nak kawal makan kann..tapi....aku membaking gak:P

Resepi 1:biskut coklat chip famous amos 
sumber dari : dari dapur CT



Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain :
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - Optional
50 gm kismis hitam - dibelah dua


Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
 
.
.
.
 


                                               resepi 2: famous amos chocolate chips 
sumber: suzettecooks








‘FAMOUS AMOS’ CHOCOLATE COOKIES RECIPE
Ingredients
1 bar butter (approx 250g)
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup brown sugar
2 eggs
1 tsp. vanilla essence
2 cups plain flour
2 1/2 cups oatmeal, blended to powder
1/2 tsp. salt
1 tsp. baking soda
1 tsp. baking powder
340g chocolate chips
250g Chocolate bar, grated
100g nuts (your choice), chopped
Method
1. Preheat oven at 190C
2. Cream the butter and both sugars
3. Add eggs and vanilla, mix evenly
4. Fold in flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda.
5. Add chocolate chips, grated chocolate bar and nuts. Mix well (I used my hands in a food grade plastic bag, as it is too thick for my mixer).
6. Roll into small balls (around 1 inch in diameter) and place two inches apart on a cookie sheet/tray.
7. Bake for 10 minutes at 190 C.
When the cookies are removed, they are soft. But when left cool, it will harden up and become slightly crisp outside (but chewy inside).



.
.

. ok..ni dua2 resepi yang aku dah try.personally aku suke resepi yang kedua tu :)  
untuk biskut ni..aku buat saiz 'bite size'. so dapat lebih kurang 100++pcs utk kedua2 resepi. satu lagi aku ada baca tips dari belog omputih..kalau boleh simpan dulu doh biskut dalam peti sejuk(semalaman), supaya rasa die lebih sebati dan senang kita nak bentukkan. aku biasanya buat die punya doh mlm2.pastu simpan dlm peti sejuk (bhgn chiller). pastu esok pagi dlm kol 8.30 pagi baru buat dan bakar. satu lagi tips nak buat biskut coklat chips yang sedap...korang kena guna coklat chips yg berkualiti.biasanya milk compound.tapi mahal sikit lah. aku pernah try guna jenama van houten,hersyes dan yang jenis yg biasa. of course yang herseys dan van houtan punya lagi sedap. sangat beza coklat die. ada jual yang imported punya.try tany kat kedai bakery. pastu esen vanila pon kalau boleh kena guna yang pure vanila extract. mahal dan susah nak dpt kat sini. pastu kalau nak dapat saiz bentuk cookies yg sama je, korang kena guna ice cream scoop(beli yg saiz small atau medium). pastuuu...apa lagi ek??haaa...butter lak better guna jenis pure butter.baru sedap. haa.tu je kot tips yang aku ingat. no wonder lah harga biskut choc chips yg sedap harga die mahal. sebab bahan2 yang digunakan pon mahal .tapi kalau buat sendiri dapat jimat berganda :)

oklah, selamat mencuba :)

1 comment:

A. said...

betul³!!! setuju sgt!!! sy pun pengumpul tegar biskut coklat cip :D mmg nak biskut yg sedap mesti guna good quality ingredients dari butter, vanilla sampailah ke chips!

tp sayang...sbb tak ramai pengongsi resepi yg share psl ni.. huhu.

terima kasih utk info. sy nak try resepi ni pulak!! mohon halal ye! :) resepinya.