Saturday, December 29, 2012

resepi sarapan ringkas: garlic bread dan creamy chicken soup

resepi ni sangat senang, mudah dan sedap!:) hari tu baru buat, hari ni pon buat lagi untuk sarapan sebab mengidam:P hehe

bahan2:
1 bungkus roti baguette(roti yng panjang tu)-takpon boleh ganti je ngan roti gardenia biasa
1 tin cream of chicken jenama campbell
1 tin air masak (guna tin cream of chicken tu)
9-10 ulas bawang putih-cincang halus
3 sudu besar butter-aku guna buttercup brand
lada sulah
sedikit garam
oregano-optional(takde pun takpe)


cara2:
**buat sup dulu.
 masukkan 1 tin cream of chicken dlm periuk. kacaukan guna whisker-jgn buka api dulu.buka api sederhana,pastu masukkan satu tin air masak tadi dalam periuk . kacau sebati guna whisker. kacau sampai mereneh.tutup api.

**buat roti.
panaskan oven suhu 180 degree celcius. potong roti secara menyerong. susun roti dalam loyang. pastu campurkan butter,garlic yang dah dicincang,sedikit lada sulah dan secubit/2 cubit garam dan sedikit oregano dalam mangkuk.kacau sebati. sapukan atas roti tadi. kemumdian bakar dlm oven sampai keperangan. lebih kurang 10 minit je. siapp. sedap dimakan panas2 sambil cecah dengan creamy chicken soup tadi! cubalah!:)

No comments: