Tuesday, January 31, 2012

alhamdulillah..dah selamat pindah rumah :)



 *teaser*

 
 











home sweet home..alhamdulillah..
walaupon tak sebesar mana, at least, our own home!:)
guna perabot lama je...
tv pon tv lama yang besar gedabak lagi berat.takde yang nipis lagi.haha:P
itu je dulu. 
tak sempat nak taip banyak. 
bzzzz like a bee..............


bye!:)


p/s: pic di atas diambil pd waktu malam. malam2 biasanya kalau berdua,guna lampu kuning je.baru feeling romantic gitu:P hehe

Wednesday, January 11, 2012

cleaning service or cuci sendiri?

mula2 nak cuci sendiri rumah baru kami tu...
tapi disebabkan kekangan masa dan terpengaruh dengan tokei cina wiring tu,,...
nak guna cleaning service lah pulak.
sebab die kata kalau rumah baru nk betul2 bersih, kena bersihkan rumah guna asid.
tapi....cleaning service ni mahal.
lebih kurang rm300 untuk satu rumah.
mahal kan?
tu belum lagi die cas kalau ade tempat /bahagian yang susah nak cuci atau sental, die cas lebih.
lepas tu bila call, ramai kata minggu ni semua busy, next week baru boleh bersih.
aku kalau boleh nak minggu ni siap basuh rumah.
sebab next next week nak pindah barang sket2.
em...setelah google sana sini dan tanya sana sini dan pikir sama2 husband..
rasanya nak cuci sendiri sahajalah rumah baru kami tu..kenalah curi masa untuk bersih.
lagipon tadi google2 pasal asid untuk bersih rumah tu,,,terjumpa ni  pulak kat forum cari






'Cara terbaik ialah dgn mengikis kesan kesan cement dgn scrapper.(beli jenis plastic)
JANGAN guna asid sebab ia akan menjadikan tiles itu menjadi kesat.
Ini akan mengakibat hilang kesan GLOSS pada tiles tersebut.'





"dulu ayah choc penah basuh toilet ngan acid...abih sume railing towel, kepala paip  & lampu downlight berkarat...maybe  barang pun bukan quality yang elok..hihi..so kalau nak guna acid, make sure barang2 kat tmpt tu anti karat..kalau tak abih..."


"Teman dulu jual chemical.
Asid ini adalah jenis hydro cholride dan juga sulphuric.
Di masukkan sedikit MP5 agar ia menjadi pekat seperti sabun serta berbuih.

Tidak sesuai utk tiles.
Nanti tiles akan hilang 'gloss' nya.
Permukaan akan menjadi kesat serta akan bertambah 'sembam'.
Kotoran akan mudah melekat.

Kalau di gunakan di atas permukaan yg rata, sekiranya tidak di gunakan dgn betul/baik.
Ia akan meninggalkan kesan bertompok tompok.

Harap maklum"


"from experience my jiran utk rumah baru jangan basuh tiles dgn acid
nasihat yang sy dpt dari supplier tiles pun jangan cuci tiles rumah dgn acid
acid boleh membuat kaler berubah dan menipiskan, kalau silap kene dinding habis rosak semua nanti. basuh mcm biasa aje guna sabun"








so, minggu ni nak bersih dan cuci rumah bersama encik suami. Chaiyok!!




p/s: dah tak sabar sangat nak pindah rumah baru!:)


Sunday, January 8, 2012

projek semalam dan hari ni.

fuhhh.
hari ini dan semalam agak memenatkan.
actually, selagi hal rumah baru belum setel,selagi tu lah penat dan penin kepala.

semalam: proses beli,bayar dan ambil kipas,lampu2 yang telah dibooking. pilih langsir. ke sana ke sini jugak. penat. maghrib baru sampai rumah. penuh satu kereta ngan barang2:P


tengok babycarseat.zaheen telah bertukar jadi barang elektrik.[ni encik suami yang taip]



hari ni: proses angkut sebahagian barang2 untuk dipasang dirumah baru:P
pastu upah orang untuk pasang. lama gak die pasang .
dari pukul 11 pagi sampai lah pukul 5 petang.
banyak gak yang pasang hari ni.
kipas siling 4 bijik, kipas dinding 1 bijik, lampu kalimantang 9 bijik, water heater 2.
pastu aku mintang tolong die pasang/drill cermin toilet dan rak toilettries untuk setiap toilet.
haa,yg drill tu die tak cas ape2 pon.
die tolong je.free.
yang upah pasang lampu pon murah. rm8 satu lampu. kipas siling rm25 satu kipas. kipas dinding rm20 satu kipas. water heater rm45 satu.
murah kan? servis pon ok.
die melayu. tokey kedai cina yang suggestkan die untuk aku pasang2 lampu kipas etc.
kalau nak no contact die, bagitau je.anytime aku boleh bagi. hehe


oklah..tatau dah nak taip ape.penat. zaheen pon dah tido. encik suami lak tgh dok termenung pikir duit dah melayang banyak:P haha.BAI!:D



Thursday, January 5, 2012

Nur Amalina Che Bakri

Assalamualaikum....Minggu ni hangat dengan kisah nur amalina che bakri ,pelajar cemerlang SPM tahun 2005 kan? pasal isu legging yang dia pakai lah, isu tak pakai tudung, isu seksi, isu die tak habiskan pengajianlah, isu peluk lelaki mat salleh dan macam-macam lagi lah. gambarnya tak perlu lah aku letak kot. taknak mengaibkan die pulak.. ni aku ade baca kat mynewshub mengenai jawapan lengkap nur amalina che bakri kepada semua warga Malaysia...


Semalam, bermula jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.



Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.


Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara  dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.


Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.


Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan ‘legging’ yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.


Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.


Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.


Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.

nak baca lagi pasal penjelasan Amalina dan nak tengok video penjelasan dia , KLIK SINI



credts: mynewshub

Wednesday, January 4, 2012

zaheen kuat mengempeng...:(

assalamualaikum..........
 nak mintak pendapat mommy2 ni....


camana nak elak anak asik nak mengempeng je waktu tidur malam ek?? ada tips supaya anak dapat tidur  tanpa perlu mengempeng non stop 24 jam? actually zaheen dari mula lahir sampai sekarang ,kalau tido malam..kena breastfeed die dulu,pastu baru die tdo. ni dah makin besar(sejak umur 1tahun++), die asik nak berjaga malam je nak mintak susu.dah macam masa die baru2 lahir.mulut tak nak lepas nipple brest. kalau lepas kan, die terjaga dan menangis. susu botol die taknak kalau ibu die ada. actually paling byk pon die minum susu botol kalau kat rumah adalah 2oz. yang lain,banyak hisap susu badan. jimat memang jimat sebab 1 bulan beli 1 kotak je susu formula sebab die masih susu badan. cuma masalahnya masa tido mlm tu, sampai sekarang tidurku tak lena sebab die kuat mengempeng:(  tido pon dah makin ganas,suke tido sambil nyusu sambil hempap bdn ibu die. ish3 anak daraku sorang ni. sakit badan sebab die dah makin berat.huhu. penat sgt.  eye bag n dark circle toksah cakap lah. memang dah lama ada. haha. ada tips tak camane nak elakkan anak ngempeng je mlm2 nak tido?tolong share ye mommies out there:) thankss!

Tuesday, January 3, 2012

resepi wholemeal choc muffin



Assalamualaikum....



ni entry pertama untuk tahun baru:)
entry pertama tahun 2012 dimulakan dengan resepi. dah lama tak share resepi kan?
so hari ni nak share.
actually aku pon sejak akhir2 ni dah tak menyempat baking sgt dah. sibuk dengan urusan rumah baru dan keadaan zaheen yang semakin lasak dan nakal menyebabkan aku tak sempat nak baking. tapi sekali sekala buat jugak...lagi2 kalau dah mengidam sangat:P hehe..

so hari ni nak share resepi wholemeal choc muffin atau dalam bahasa melayunya,,,muffin coklat gandum penuh :P






bahan2:

  125 GM GULA KASTOR
  50 GM SERBUK KOKO
  200 GM TEPUNG WHOLEMEAL*
  1/2 SUDU KECIL RATA BAKING SODA *

1/2 SUDU KECIL BAKING POWDER
  (AYAK BERSAMA BAHAN YG BERTANDA * DI ATAS)
  ¾ CAWAN SUSU SEGAR
100 GM CHOC CHIP 

125 GM MINYAK MASAK/MINYAK SAYUR
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA


cara-cara:

1. SEMUA BAHAN KERING DI ATAS KECUALI SUSU DAN MINYAK DISATUKAN DALAM SEBUAH MANGKUK.GAUL SEBATI. BUAT SATU LUBANG KAT BAHAGIAN TENGAH.

2. DLM BEKAS LAIN, SUSU DAN MINYAK DISATUKAN DAN GAUL RATA.

3. KEMUDIAN ,MASUKKAN BAHAN-BAHAN BASAH IAITU MINYAK DAN SUSU KEDALAM ADUNAN TEPUNG TADI. GAUL RATA SECARA KAUP BALIK GUNA SENDUK KAYU SAHAJA.JANGAN TERLEBIH GAUL.NANTI MUFFIN JADI MENDAK. NAK TAU CARA BUAT MUFFIN DENGAN DETAIL,BACA SINI.

4. MASUKKAN ADUNAN KE DALAM PAPER CUP ATAU MUFFIN CUP SEHINGGA 3/4 PENUH.

5. BAKAR HINGGA MASAK PD SUHU 160C SELAMA 15-20 MIN. ATAU IKUT KEPANASAN OVEN MASING2.



senang kan?cuba lah:) sesuai untuk minum petang atau sarapan:)