iklan

Thursday, August 30, 2012

samsung bayar saman apple usd 1 billion pakai syiling 5 sen sebanyak 30 trak. biar betull? haha

sumber dari myinformasi

Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.
Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.


Samsung pays Apple $1 billion sending 30 trucks full of 5 cents coins
Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.
Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.


Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.


Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.
 

Tuesday, August 28, 2012

mengimbau kenangan di KMJ

semalam,masa zaheen tengah 'mengemas-ngemas' bilik aku, die terjumpa satu buku ni...


buku kecik ni ! :P 
buku biodata kawn-kawan satu praktikum ngan aku masa kat kolej matrikulasi tangkak,Johor (KMJ) ;)
haha.
aku sempat mintak biodata diorang sebelum keluar KMJ;)

so aku bukak-bukak balik la buku kecik ni..baca2 balik..senyum sorang2.haha.
banyak kenangan manis masa kat KMJ:)
walaupun satu tahun je belajar kat KMJ..tapi KMJ banyak mengajar aku... macam2 lah:P
haha.
maklum la...aku mane pernah dok asrama. kmj la asrama pertama aku:P 
first time berjauhan ngan famili ok :P (takdelah jauh mane tangkak- segamat,45 minit jekk)
ingat lagi mase mule2 masuk KMJ,asik nangis je aku,.HOMESICK :P haha.
kalau mak ayah aku dtg masa awal2 tu,kalau diorang nak balik je..aku sebak n nangis:P gile kememe:P haha
sebulan duua bulan gak aku camtu kot? pastu baru dapat adapt ngan suasana kat KMJ;)
seronok;))
 kat KMJ la aku kenal encik suami:P oooops:P hehe. tapi kitorang tak bercinta masa kat kmj okehh..dating pon tak penahh. jadi teman tapi mesra saje:P haha



ok ok..jom tgk biodata2 budak2 praktikum aku ni:P termasuklah encik suami. satu praktikum ngan aku..PF 11,kuliah 2,sains fizikal :P praktikum ada 13 girls dan 13 boys.kalau tak silap lahh.
(p/s:sorry lah kalau ade pic yang terbalik tu..aku pon taktau kenapa die terbalik camtu bile upload kat blogger.)

kai kecikk! memng paling kecik n comeii dlm pf 11;) nampak kecik tapi otai hokehh.die selalu sepak kasut encik suami mase dolu2:P haha

rizuan. mase die jadi ketua komanden,garang giler:P tapi muke jambu:P hehe

ani! budak 4 flat kelas aku. aku selalu belajar ngan die:) thanks ani,atas tunjuk ajarmu.jasamu kukenang:)

sarah yang gile2. best kawan ngan ko:) windu ko lahh

yeye! serius suke suara die lagi2 masa die nyanyi lagi here without you masa malam annual dinner kmj. terus tangkap cintan dan suke lagu tu:P oops,sory encik somiku syg:P


nora yang bersopan santun. encik suami pnah ejek die panggil tembikai ,timun.maklumlah..org ganu kann



masdiana yang sempoii..dimanakah kamu??lost contact la.kat fb pon tak jumpe
\
Azahlela! ada sesuatu berlaku antara die n encik somi.:P err..tanya encik somi:P hehe

ainul yang baikk;)) pendiam n agak pemalu mamat ni.dah kawen dah pon:P
ajib! jarang cakap ngan die..
afizza. budak 4flat gakk ni..selalu gak tny die kalau ade yg tak paham.thanks fza! ingat lagi die pnh mintak aku ajar cara2 belit tudung masa kat kmj:P hehe
ef yang sempoii.belajar sampai PHD tau die. aku bangga ngan kau ef!:)

apai! muka cam jeponn:P


izzuan. ponn jarang cakap ngan die. pendiam gakk

anip. encik somi kate..die terhutang budi ngan anip sebab dapat no phone aku dari die:P haha
gepeng! mamat ni very optimistic dan yakin diri:P

dayah. tak silap aku die tua setahun dari kitorang,,


mail.ketua praktikum pf11. bestfren die apai. hehe. lawak plak bile baca ucapan die kat biodata tu:P
kanan: nadia. kiri : agak2 sape yang suke buat lain dari yang lain ,buat tulisan terbalik?:P
yusirma.chinese  look. jiwang gak die ni.hehe

hirni yang cute secute biodatanya;) die humble dan sangat bersopan:)

kanan: hafiz or nama glemer nya bangkai. aku pon tatau nape die dipanggil bangkai.kesian sungguhh.

kiri:lec kimia kami


ok.tu je yang sempat tulis kat buku biodata aku. yang lain seperti azlan, farid bunga tak sempat mintak.

pastu tetibe aku terus tgk album aku masa kat kmj. ..tgk ngan zaheen. zaheen tunjuk gambar aku .pastu die kate...ame ..ame (same).sambil tunjuk kat aku:P hehe.kenal pon ibu die dlm gambar walaupon ibu die dh tak sekurus dalam gambar dah:P haha


ngn rumate sem1: mas,tirah n kas. pastu tirah pindah amik tesl.




gambar percutian pf11 kat melaka.. gambar yang last ni..adalah gambar kami bergambar bersama dihalang dengan kai kecik ditengah2:P

gambar kelas


raya kat umah mentor!

kawad kaki.pf 11 berasap berapi!


jamuan menang tempat ke5 kawad kaki:P time ni sume kulit dh lebamm

kat lab kimia.


jamuan akhir

masa jamuan ni...aku menang sebagai miss elegant pf11(elegant lah sangat kannnnn:P) dan encik suami sebagai mr ideal pf 11:P haha


annual dinnel kmj.malam tu bilik kitorang menang sebagai bilik terbersih dan tercantik kat blok F.wahhh.bangga ni:P hahagambar yang conteng2 tu gambar tak pakai tudung,harap maklum:P

ni je gambar kitorang berdua msa kat kmj.tu pon encik somi yg ajak bergambo, nak suruh aku ajak dulu...mintak maap lahh.jual mahal beb:P

haha.tu je gambar2 kenangan kat kmj yang boleh publish:P yang lainn....banyak yang dlm bilik ngan member2,rumate2..tak pakai tudung etc:P censored:P haha.



windulah pulak kat kmj :P

btw,latest aku gi kmj adalah masa hantar n daftar adek aku,aten masuk kmj.masa tu mak ayah aku takdpt hantar,gi bercuti kat bandung kott:P siann..first time masuk asrama,pkcik n makcik n akak2 je yang hantar:p nasib die tak kememe cam aku:p


bilik aten

depan blok E

pakcik n makcik aku yg tolong hantar..tq mokteh n poktehh

ni masa kitorg dtg melawat aten kat KMJ:P hehe.ms ni tgh prgnnt 2nd baby..2bulan kot??





oklahh..rajin lah pulak aku nak menaip malam ni kannnnnnnn:P
ngantuk sudahh..gudnite:)

p/s: oh ye.masa kat kmj...encik somi gelar aku stormrider.sebab aku ada parut atas kening:P itu lah asal usul gelaran stormrider yang aku gunakan sekarang ni:P

Sunday, August 26, 2012

Persiapan rumah menyambut aidilfitri

Assalamualaikum..


Selamat hari raya ;)
hari ni baru raya ke-8 ,so masih lagi dalam mood raya kan??;)
hari ni tetibe ada mood nak update pasal rumah:)
aku memang suke bab-bab  hias rumah ni. sanggup tak beli beg tangan baru ke,baju baru ke untuk save duit nak rumah cantek:P haha. 


satu lagi..aku memang suke kemas rumah, suke tengok rumah dalam keadaan kemas bersih teratur. pikiran aku boleh jadi tak tenang atau serabut kalau tengok rumah bersepah atau tak teratur. kang mula lah mulut ni nak membebel je sambil tangan mengemas2:P  haha

dan satu lagi hobi aku ialah suka mengambil gambar rumah sendiri. saja nak buat kenangan :) kadang2 terpikir takut gak org kata show off kalau letak gambar rumah kat blog , tapi tolong jgn salah faham ye..aku suka share idea. sharing is caring ,kan? lagipon boleh bertukar pendapat, idea dan dpt kawan baru yang sama -sama minat bidang ni;)


Tapi apepon..bab2 menghias rumah ni memang perlukan budget yang agak besar..kadang2 apa yang kita nak tu..tak mampu pon nak membayarnya(melainkan ko memang banyak duit) ...so uuntuk golongan sederhana cam aku ni kenalah pertimbangkan banyak benda..kena check balik kewangan..kena banyak buat calculation :P kena ikut kemampuan lah senang kata. yang penting memang kena banyak saving gak. selain saving...kena merancang atau planning hiasan rumah yang kita nak,,kena rajin berjalan banyak survey2 dari kedai ke kedai..pandai tawar menawar. kena tau jugak jenis kayu,material etc..(bende ni aku banyak belajar ngan mak aku.thanks mak!)..



Dan untuk aidilfitri tahun ni aku lebih bersemangat nak menghias rumah. maklumlah baru pindah rumah sendiri kan;) Alhamdulillah..dah masuk 8 bulan kami menetap di rumah sendiri :) sebenarnya takdelah menghias mana pon..lebih banyak melengkapkan rumah sebenarnya..baru pindah..so rumah takde lah complete lagi sebenarnya..

pemandangan di ruang tamu..cukup sekadar letak sofa 3+2+1, TV panel+meja sisi +karpet..dinding pon masih kosong lagi..belum letak frame ke jam ke..cat pon cat asal dari pemaju. warna putih suci gitu :P alamak,pooh zaheen lupe nak alih dari sofa tu.hehe.
langsir ku polos saja. sebab aku suka macam tu:P warna pon warna neutral saje.tempah kat SSF.mahal gilos:P



antara majalah-majalah kesayangan;)  
bahagian dining dan dapur. meja makan tu sebenarnya bukanlah pilihan aku yang sebenar-benarnya.haha. beli pon murah je RM390 je ,kayu solid. beli masa tu sebab encik suami nak buat makan-makan ngan kawan die kat rumah sewa lama.masa tu baru pndah rumah sewa tu,,bajet pon tak berapa nak mencukupi.so beli yang mampu saja:P
my little kitchen :) set cawan dah keluarkan dah letak atas kaunter bar tu.senang nanti kalau org datang beraya:P



aku siap beli rak khas untuk simpan kuih raya. senang dan praktikal. nasib muat2 je letak kat bawah kaunter bar.dapat  jimat ruang;)


lampu kesayangan :P encik suami selalu perli pasal lampu ni;P bukan main cerewet aku pilih lampu untuk dining hall.nak yang cantik dan  berkualiti tapi murah:P haha.last2 dapat jugakk;) cantek takk?:P perasannn.


.
.
.
jom naik tingkat atas pulakk jomm..
tingkat atas ada 3 bilik dan 2 bilik air..dan 1 ruang tengah
 dinding laluan tangga yang masih kosong..kosong..cam lagu najwa latiff:P


 
mula2 gi bilik zaheen yang belum siap hias :P hehe. berangan nak buat bilik zaheen nanti. tapi..ongkosnya belum ada.:P zaheen pon masih belum berani kot tidur sorang2 kat bilik sendiri..so..tangguh dulu:P buat sementara waktu..bilk zaheen digunakan untuk bilik iron baju :P



wayar berselerak la pulakk.
bilik tetamu atau bilik komputer...??
dua-dua pon boleh:P
belum hias betol lagi. tunggu duit jatuh dari langit:P haha


cermin kecik yang kat sebelah lampu tidur tu cermin untuk zaheen. die dah pandai ,pas mandi ..nak pakai bedak,sikat rambut  mesti nak tgk cermin;P
Master bedroom yang super simple:) hanya ada katil,satu meja sisi,meja solek dan almari sahaja:P hias sikit2 ikut kemampuan:P



ni bilik tingkat bawah..ni pic sebelum raya...


disebabkan terlebih rajin dan takde  keje..aku susun atur balik bilik ni pada raya ke7.:P
ni hasilnya...:P
.
.
.


ayah aku selalu guna bilik ni kalau die ada keje kat JB :)




oklah...itu sahaja nak cerita pada hari ini:)
nak masak pulakk:P
esok dah sekolahh.
nak cooti lagi :P
bai:)