Wednesday, November 28, 2012

wordless wednesday #26 : zaheen...2tahun 1 bulan..



Peplum Giveaway by NadNod Azizan

assalamualaikum...

jom join Peplum Giveaway by NadNod Azizan  :)




klik pada gambar untuk join GA tu dan baca syarat2 penyertaan tau :)

tarikh tutup 29/11/12. 
cepat2!~ sempat lagi tu :)

BAI!XOXO

Tuesday, November 27, 2012

resepi snowy cheese cake


assalamualaikum:)
hari ni nak share resepi snowy cheese cake(kek keju salji)  yang sedap, lemak berkrim disukai ramai:P
dapat resepi ni dari group #JomMasak Kat FB. dan terus terliur nak try sebab dah lama usha resepi ni. tengok review2 orang sume cakap kek ni sedap sangat. so, aku pon buat lah kek ni untuk besday zaheen hari tu;) kunun buat kek besday untuk anak, tapi mak die yang ngidam lebih.hehe. untuk resepi ni aku ada tambah orange filling sket kat topping die. so, rasa die ada lemak2,manis2 dan masam2 sket gitu.;)







 
bahan2:

150 gram tepung gandum*

1 sudu teh baking powder*
150 gram gula kastor
5 biji telur Gred A
80 ml susu cair


80 ml mentega(dicairkan)

1 sudu besar ovallet
Sedikit pewarna mengikut perisa..

CARA MEMBUATNYA

~ Ayak bahan bertanda*
~ Satukan gula kastor,ovallet,tepung kek,baking powder dan telor dalam mangkuk adunan.Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi
~ Perlahankan speed,masukkan ssu cair, pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kek menjadi ringan
~ Tuangkan mentega yang telah dicairkan ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula hingga sebati.


Loyang dilapik baking paper.Tuang adunan dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak,suhu 180'c.... api atas bawah.


Bila dah masak,keluarkan kek dan telangkupkan di atas redai kek lebih kurang 5 minit(untuk mengelakkan kek dari turun/mendap)


untuk cream

~ 250g cream cheese
~ 1/2tin susu pekat
~ 100ml fresh cream

cara cara

~ mix gebu cream cheese + susu pekat...
~ masukkan fresh cream....teruskan mix hingga kental
~ layerkan pada kek (kek dipotong 3 keping)

akhir sekali parut kan cheddar cheese atas kek

**kek ini sesuai dihidang sejuk

(**note: aku tambah(sapukan) orange filling sebelum parutkan cheedar cheese atas kek tadi) 




resepi kedua:


SNOW CHEESCAKE
Resepi : Sherry mz@MyR 

Bahan-Bahan 
6 biji telur 
100 gram gula halus 
100 gram tepung hong kong - mklang guna tepung gandum
60 gram tepung jagung 
50 gram air sejuk
 1 sudu teh baking powder 
2 sudu makan ovalette 
75 gram mentega cair

UNTUK SAPUAN ATAS 
1 kotak cream cheese philadelphia 
1/2 tin susu pekat manis- Putar kedua-dua bahan sehingga gebu. 

UTK TABURAN 
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 

CARA-CARA MEMBUAT 
Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar sehingga pekat dan putih gebu. 
Pelahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kaup balik dengan spatula sehingga mentega cair sebati dengan adunan. 
Tuang ke dalam acuan 9 atau 10 inci yang telah digris/alas dan bakar sehingga kek kekuningan dan masak. (masa dan suhu ikut oven masing-masing) 
Boleh potong potong kek menjadi dua lapis dan sapu krim cheese ditengah2 dan lapik. 
Sapukan krim selebihnya sekeliling kek dan parutkan cheddar cheese tadi sebagai hiasan.






selamat mencuba!:)

Monday, November 26, 2012

Review: Hello Kitty Town dan Little Big Club di Puteri Harbour Indoor Family Theme Park, Nusajaya,Johor

assalamualaikumm..



Actually..dah lama dah kitorang pergi Hello Kitty town dan Little Big Club kat Nusajaya.Johor tu..Tapi baru berkesempatan nak review kat blog. actually pergi ni pon sebab hubby nak mengubati dan minghiburkan hati dan jiwa i yang tak tenteram lepas kes eksiden. Thanks Sayang :)  nak pergi bercuti/ berjalan jauh2 tak boleh sebab dah sarat dan takde kete. kete yang ade buat masa ni pun pinjam kete kawan kakak hubby. kete satria neo. manual. dan dia dah modified cam kete racing.aku yang dok kat bahagian belakang asik terhentak2 je kejenye sepanjang perjalanan dari pasir gudang ke hello kitty town tu. sabar je lah..nasib tak terberanak:P  al maklumlah pinjam kete org bujang kan. dah la pintu blakang takde. so nak dok blakang kenalah ikut pintu depan.dengan perut aku yang dah sarat ni..xsesuai okey..nak melunjur kaki pon tak boleh,sebab sempit. .memang tak sesuai lah kete tu utk yg dah berkeluarga.pendapat peribadi aku lah.



ok ok,dah off topic pulakk kan. kan nak citer pasal Hello Kitty Town tu. hehe.

Lokasi : Nusajaya, Johor (berdekatan dengan Legoland)
apa yang ada kat situ/ attractions: 1. Sanrio Hello Kitty Town
                                         2. Little Big Club
                                                                3. Lat's Place (opening on december 2012)
Masa/Opening hours: 10 am- 6 pm (daily)
Harga Tiket : rm 65-with Mykad (untuk 2 park pass)- hubby beli online kat Redtix.airasia.







 Hello kitty town, little big club dan lat's place ni terletak dalam bangunan Puteri Harbour Indoor Family Theme Park yang setinggi 4 tingkat. So, jom kte tengok apa yang ada kat setiap tingkat tu.

Level 1 : Sanrio Hello Kitty Town

apa yang ada kat tingkat 1?

-Hello Kitty Tea Cup Ride
-Hello Kitty House
 -Dream Photo Garden
-Wishful Studio
- Purrfect Stage
- Northful Forest
-Cinammon Cafe

depan pintu masuk level 1
 

1. hello kitty tea cup ride


















2. hello kitty house




 


3. dream photo garden. sempat bergambar dengan maskot hello kitty:P panjang tu beraturr nak amik gambar ngan die.hehe
4.wishful studio. ada aktiviti nail saloon,jewellery making, cookie studio dan doll factory. tapi tak sempat masuk pon.panjang beratur..zaheen pon lom pandai lagi nak buat aktiviti sume2 tu.kang mak die yang lebih2 :P


5. purrfect stage- pentas persembahan hello kitty. masa kitorg datang xda persembahan lagi.

6. northful forest-tempat games. pon tak sempat masuk sebab beratur panjang sangat.

7. cinnamon cafe -kedai makan :)


 Level 2 : The Little Big Club

 apa yang ada kat situ?

-Barney, Pingu, Bob the Builder and Angelina Ballerina








jadual aktiviti yang ada di level 2


1. PINGU. sempat bergambar dengan maskot Pingu yang cute ituuu:)



2. BOB THE BUILDER. best playground die. zaheen paling suke slide yang tinggi tu :P





 
3. BARNEY. ada persembahan barney masa tu :)











4. Angelina Ballerina. Ibu  zaheen yang over nak menari :P nak pakai tutu takde saiz lah pulakk:P haha



Level 3: The Little Big Club 

apa yang ada kat situ ?
Thomas The Train PLAYGROUND
-harold's heli tours
-bumping cars
-windmill
-bertie the bus
-the knapford station
-upside down tower



kat level  ni ada kedai makan. Mc Bunn Cafe. kitorang makan kat sini. ok la..masa tu lapar sangat.makan je apa yang ada. cume servis agak lambat.   pastu tempat makan pon sikit. kena cop cepat2 kalau dah nampak ada tempat kosong.

1.harold's heli tours

 




2. mc bunn cafe.menu pilihan kami:roasted bbq chicken set and lasagna.

3.bumping cars. nak main ni ada ketinggian yg telah ditetapkan. zaheen tak boleh main lagi.







4. upsidedown tower. ni pon zaheen tak boleh main lagi,


5. bertie the bus


6. windmill station


7.knapford station. naik train. chooo choooo.




Level Ground/Ground Floor : kedai cenderahati dan Red Bow Cafe

redbow cafe





kedai cenderahati. kitorang tak bli ape2 pon. cuci mata saje;P


My review:
 memang best.sesuai untuk kanak2 preschoolers dan ke bawah . budak-budak suka,mak dan bapak budak lagilah suke;) hehe. yang penting hello kitty town dan the little big club ni.. jenis indoor theme park. so, xperlulah ko nak sapu sunblock satu botol kat badan sebab takut hitam ke:P sebab sejukk je kat dalam tu;) cume Lat's Place je belum bukak lagi. bulan disember 2012 baru bukak. kalau tak mesti lagi best kann:) 


ok dah penat taip. itu sahaja review untuk hari ini. hope dapat membantu korang2 yang nak pergi sini;)