Tuesday, January 8, 2013

cara orang jepun mendidik anak mereka : Shicida Method

 copied from here. 


sekadar untuk renungan, rujukan dan panduan diri sendiri dan mummy n daddy di luar sana:)
 
 
Pernah dengar Shicida Method? Iaitu 1 kaedah mendidik anak menggunakan otak kanan seperti yang diamalkan oleh orang Jepun. Tak salah rasanya kita mengambil contoh yang positif daripada bangsa lain kan? Bukannya nak mengangung-agungkan budaya orang lain tapi kita hanya mevariasikan kaedah mendidik anak di samping tidak membelakangkan ajaran Islam. Kalau difikirkan, Shicida Method ni memang banyak logiknya kerana kaedah ini membantu kanak-kanak berfikir dengan spontan dan cepat serta boleh mewujudkan '6th sense'. Di antaranya ialah:

  • Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik,dia anak soleh, dia budak kuat, dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur. Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah, ia tidak menjadi. Kalau mereka sudah tidur, cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam. Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi. Insya-Allah menjadi.
  •  Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masaseminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk. Boleh juga buat atau beli kad 1, 2, 3 atau gambar-gambar tertentu.
  • Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi cuba ajar anakanda main tanah liat,main cat air (water colour), melukis, gunting kertas, origami dan sebagainya. Memang agak leceh dan kena kemas semula, tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit. Satu lagi cuba lukis gambar, contohnya rama-rama, tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis di bahagian satu lagi. Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan. Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit. Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.
  •  Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri. Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka, kembali semula kecara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
  • Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut. Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .
  • Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut. Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya. Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam (Sixth Sense) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit. Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari. Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan. 
 

No comments: