Saturday, January 5, 2013

resepi kacang phool





dah lama mengidam nak makan kacang pool ni. eh,kacang phool ke pool ejaan die? tapi tin kacang tu tulis foul madames. hehe. dah lama dah orang cakap pasal keenakan kacang pool ni yang popular kat JB. terutamanya kacang phool Haji di stesen bas Larkin, JB. aku tak pernah rasa pon yang kat situ. just try buat sendiri je. resepi rujuk di sini. tapi aku edit2 sikit ikut ape bahan yang ada:P


resepi kacang phool:

1 tin kacang parang foul madames jenama KIMBALL-buang air. separuh dilecek,separuh lagi tak perlu lecek
3 sudu besar butter-utk menumis 
3/4 tin air masak (guna tin yang sama)
2 biji bawang holland-potong dadu
4 ulas bawang putih-hiris halus
400g daging kisar jenama RAMLY
2 sudu besar serbuk kari daging
garam dan lada sulah secukup rasa
telur(goreng buat telor mata kerbau-utk hiasan)
roti gardenia-bakar dengan butter


cara buat:
panaskan butter dlm kuali.masukkan bawanag2,kacau sampai layu .masukkan serbuk kari, kacau rata.pastu masukkan daging kisar,kacau sampai daging bertukar warna dan masak. pastu masukkan kacang .gaul rata,pastu masukkan air.last sekali masukkan garam n lada sulah secukupnya. biarkan menggelegak/mendidih n kering n pekat sikit.baru angkat dan makan bersama roti gardenia yang dah dibakar ngan mentega. nyummms:)

1 comment:

Anonymous said...

qrcvn [url=http://christianlouboutinboutique.fr]louboutin pas cher[/url] iqtcz http://christianlouboutinboutique.fr mbztv twdwa [url=http://soldeslouboutinpascher.fr]louboutin pas cher[/url] xjdvd http://soldeslouboutinpascher.fr dimbp cfipq [url=http://louboutinpaschersolde.fr]chaussure louboutin[/url] oyiln http://louboutinpaschersolde.fr wrvsn qgslc [url=http://christianlouboutinfrancesolde.fr]christian[/url] qenkv http://christianlouboutinfrancesolde.fr tdhot