Wednesday, March 13, 2013

resepi mac and cheese

 assalamualaikum..
lately ,tekak ni asyik craving nk makan western je..
tapi tahan tahan...takleh makan selalu... makanan western kan mahal....jimat jimat..:P 
huhu..so aritu buatlah jugak mac n cheese nak hilangkan craving itu....ni resepi kedua macaroni aku..sebelum ni resepi macaroni white sauce..resepi yg kali ni aku panggil..mac and cheese.
wahlaweh...sedapnye makan panas2 lepas keluar dari oven.nyumms.




so ni resepinye:




250g macaroni – rebus dengan air dan garam
4-5 kepng cheddar cheese-aku gne cheesedale


Untuk sos putih:
 2 sb mentega
 1 1/2 cwn susu segar(aku guna susu tepung bancuh ngn air je)
1-2 keping cheddar cheese
2 sudu besar tepung gandum-dibancuh dgn sedikit air
 1 sudu kecil lada sulah
Secubit garam 


Untuk Bolognese:
butter/olive oil -utk menumis
2 biji bawang besar Holland – potong dadu

5 biji bwg putih-hiris nipis
 200g minced beef/chicken
1 tin tomato puree  atau 1 botol sos spagetthi kimball atau 5 biji tomato yg direbus dan dihncurkn.-aku gune sos spagetthi kimball je
2 sudu besar sos cili
½ tin cendawan butang atau 2 biji kentang – potong dadu


Cara-cara

Cara2 memasak sos putih: -
1)Cairkan mentega di dalam kuali, kemudian masukkan susu.
2)Masukkan cheddar cheese dan kacau sehingga cair, masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan air untuk elakkan bergumpal. Kacau sehingga betul-betul hancur.
3)Masukkan lada sulah dan sedikit garam.
4)Kacau sehingga kuah pekat dan matikan api. 


Untuk Bolognese:
1)Tumis bawang dengan butter sehingga layu or kekuning-kuningan.
2)Masukkan kentang.goreng smpi kentang masak,
3)Masukkan daging cincang tadi, kacau sehingga daging betul2 masak.
4)Masukkan sos spegetthi/tomato puree.kacau. tambah air sikit. masukkan sos cili.
5)Masukkan garam dan lada sulah.
6)kacau sampai mendidih kejap. tutup api.



Cara2 memasak macaroni bakar:


1.Sapu minyak/butter pada loyang/bekas macaroni.
2.Masukkan macaroni yang direbus tadi dan tuang sos putih ke atasnya. Gaul rata sos putih dan macaroni.
3.Tabur cheese atas sos putih dan macaroni
4.Tuangkan kuah Bolognese atas macaroni. Sapu biar semua rata.
5.Taburkan mozzarella cheese/cheddar cheese/liced cheese sebanyak yang diinginni
 

Panaskan oven 180 C, masukkan loyang dalam oven dan bakar selama 30 minit guna api atas bawah.




ready nk masuk oven

after 30min in the oven,...siap! jemput makan semua :)



2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, sedapnya! sheila suka makan makaroni cheese! nanti nak try resepi akak ni. hehhee :)

*terliurnya!

Anonymous said...

Hi
there! This is my first visit to your blog! We are a group
of volunteers and starting a new initiative in
a community in the same niche.
Your blog provided us useful information to work on. You have
done a marvellous job!

Here is my site View here
my web page - Please Visit my Site