Saturday, June 8, 2013

resepi kek lobak / carrot cake yang sedap dan senang. tidak perlu guna mixer ok. i like resepi yang senang-senang :P

assalamualaikum
malam ni tidur lewat
cant sleep
encik suami lak tengah tgk Running Man.
aku tak layan sangat running man ni
baik haku hapdet resepi kat belog
untuk rujukan aku jugak nanti:)


so mlm ni nak share resepi carrot cake yang best dan sedap.
carrot cake ni memang my all time fav:)
aku mmg suka sangat makan carrot cake.sukeeee sukee sukeee.
tapi malas nak buat cream die.makan kek camtu je,tanpa cream cheese frosting kat kek tu.lebih sihat:P hehe



resepi kek carrot mudah
sumber: dapur mamasya


Bahan-bahan ( 1 biji kek )

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - letak 1 st
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)- tak letak
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara
Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi. 


ni buat 1 adunan resepi ni..guna loyang 4 segi besar ni...10" x 10" kot

ni buat setengah adunan resepi je sbb ms tu carrot xcukup..guna loyang 4 segi kecik sikit...




ok,slamat mencuba:)
good nite:)

No comments: