Monday, July 8, 2013

semangat uruskan perbarisan rumah sukan tahun ni :P

assalamualaikum
malam ni macam terlebih rajin nak update belog:P
nak cerita pasal perbarisan rumah sukan GAMMA (rumah biru).
 tahun ni aku dipilih untuk handle perbarisan rumah sukan.
first time handle untuk perbarisan.
feniiin pale i pikir apakah konsep dan tema yang sesuai dan senang:P


BIRU.




mula-mula tu macam tak redha gak kena uruskan perbarisan tu.

yelar..kalau uruskan perbarisan ...kena lah datang pagi mengawal budak2 yang masuk kawad kaki perbarisan rumah sukan. datang pagi..means kena hantar anak pagi2 ke pengasuh. kalau hantar pagi...memang terus lah diorang kat umh pengasuh sampai ke petang. kesian sangat:( sebab memang tak sempat nak jemput balik n hantar balik ke rumah pengasuh .sebab aku sekolah petang kadang2 kene gi awal gak..lagi2 kalau ade meeting. so...latihan kawad kaki biasanya pukul 7.30 pagi.sampai lah pukul 9 pagi. pastu kadang2 ade meeting kol 11. so kne gi awal...memang tak sempat nak jemput anak pas balik latihan kawd kaki tu. (note: umah pengasuh dekat ngan sekolah, bukan dekat dgn rumah). so setiap kali ade latihan kawad kaki or latihan sukan ...maka anak2 dok kat umh pengasuh dari kol 7.30 pagi...sampailah kol 7.00 mlm (note:aku habis sekolah pukul 6.45 ptg...aku sampai umh pengasuh biasanya pukul 7.00 mlm...dan sampai rumah biasanya pukul 7.30 mlm).dekat 12 jam kt umh pengasuh:( sian diorang.
so..tu yang macam tak redhha tu kena handle perbarisan. preparation pun semua last minittt. haha.last minit baru bersemangat sebab kesian kat budak2 yg masuk kawad sangat bersemangat!! rasa bersalah lak kalau cikgu tak bersemangat. hihi. minggu lepas memang sangat penat. raptai 3 hari berturut2. dari pukul 7.30 pagi sampai jam 10.30pg. pastu pukul 11.30 dah gi sekolah balik. so datang pagi...balik petang.3 hari berturut2.isnin-rabu.sebab khamis dah hari kejohanan sukan tahunan sekolah. dengan nak mengajarnya. dengan nak siapkan maskot.siapkan props untuk budak2 kawad kaki yg seramai 40 org!memang busy sangat. tapi...aku sangat bersemangat nak menang. haha.



so tahun ni...tema perbarisan rumah gamma adalah hidupan laut. maskot: kami buat obor-obor dan lobster. pemegang sepanduk jadi mermaid. dan yang lain2 semua jadi obor. semua pegang belon yang bertindak sebagai bubble. so bile lalu depan jemputan,..belon dilepaskan depan jemputan(semasa tabik hormat) sebagai gimik :P huhu

ni baru lepas siap2kan diorang. datang kol 7.00 pagi tau nak siapkan diorng ni. kol8.00 baru siap sume.kelam kabuttt nak siapkan bebudak ni.huhu.ala pemengang sepanduk taknampak lak ekor mermaid nye sebab pasang kat belakang.

nampak tak belon tu..belon tu dilepaskan depan tetamu jemputan.

maskot obor-oborku. huhu. guna topi petani jek..pastu tampal gumpalan surat khabar banyak2.pastu lekatkan suratkhabar yang dicarik2 guna gam kanji.tunggu kering.pastu spray.pastu spray lapisan kedua.pastu ikat ngan riben:) letak mata guna bola pingpong.maka jadik lah obor2 saya :P haha

maskot obor2.sesuai topi n baju tu dgn orangnye:P

nak pakai jugak :P haha
budak2 perbarisan ku. diorang semua dari tingkatan 1 dan 2  je.

cikgu ain dn cikgu hidayah baru lepas siapkan bebudak kawad ;)

berbaris sblum ke padang









tapi.....kitorang dapat no 2 je. tewas ngan rumah merah.Rumah ALFA. saingan sengit. tapi takpelah,...dapat hadiah gak. no 1 dan no 2 dapat hadiah. kalah bermaruah gak:P

juara perbarisan rumah sukan. ALFA. dengan tema ayam. kreatif.tahniah!


rumah kuning dengan tema BEE. 
rumah hijau lak tema HULK. tak sempat nak snap pic. apepon....seronok sukan tahun ni:) aku siap join tarik tali okeh :P 
balik rumah sakit badan tak hengat. 2 hari gak sakit badan.huhu. oklah nak tido ngntuk.kbai.assalamualaikum:)