Thursday, October 3, 2013

resepi cheesy spiral

assalamualaikum.dah lama tak update blog. bukan apa...bz sangat ngan PBS. haha.
tapi hari ni sempatkan diri jap menaip resepi sebelum aku terlupa resepi cheezy spiral yang aku buat minggu lepas. super duper yummy.rasa sekali pasti nak lagi you :P lagipon ramai request resepi ni...and aku dah janji nak bagi resepi, tu yg hari ni gigihkan diri menaip resepi.


bahan2:

 1 peket pasta bentuk spiral (aku guna jenama san remo) - rebus ala dente, toskan.
1 peket daging kisar RAMLY
1 tin besar cream of  chicken KIMBALL
5 biji bawang holland-potong dadu
8-10 ulas bawang putih-hiris nipis
butter/olive oil -utk menumis
4 biji kentang- potong dadu
cendawan butang - optional (kalau letak lagi sedap)
1 batang carrot- potong memanjang/dadu
cheese ( slice cheese/mozarella/cheddar cheese)
serbuk cheese (yang macam cheesy wedges KFC tu)- aku guna brand OLGA kalau tak silap. bumiputera punya produk
garam- secukup rasa
lada sulah - secukup rasa



cara2:

masukkan butter. tumis bawang sampai naik bau. masukkan kentang. masukkan daging kisar. biar kentang dan daging masak. masukkan cream of chicken, gaul rata. masukkan macaroni yg dah direbus tadi.letak carrot dan cendawan butang. tambah garam n lada sulah secukup rasa. masukkan dalam bekas/loyang ...letak cheese mozarella. bakar dlm 15 minit suhu 180 degree celcius. keluarkan dari oven...letak serbuk cheese yg dah dibancuh air panas.(ikut arahan pada peket serbuk cheese tu).pastu letakkan  cheese yg dh dibancuh tu atas adunan spiral tadi. bakar lagi dlm oven selama 5 - 8 minit...keluarkan. dan bolehlah makan :) lebih sedap dimakan bersama sos cili :)

1 peket pasta spiral tu byk tau..boleh buat utk 2 bekas/loyang :)
selamat mencuba.gerenti sedap dan jadi. insyaallah;)
letak meatballs lagi mabelesss

No comments: