iklan

Sunday, October 27, 2013

resepi rainbow cake yang sedap dan senang!



assalamualaikum:)
good morning!
sementara tengah bosan tunggu sistem  PBS vodo tengah  loading...apa kata aku update blog, share resepi kat korang.lagi lahhh  bermanfaat daripada aku dok menyumpah seranah sistem PBS yang lembab itu.huhu.(mode:tengah gerammmmmmm tunggu sistem pbs tu loading okkkkkkkkkk. hampir setiap malam kene stay up buat bende alah tu)



ok.rainbow cake ni aku buat utk zaheen sempena birthday die yg ke3:) 
xde la buat tepat2 masa hari besday die...besday ari rabu....ari ahadnya br la aku sempat buat kek ni..
btw, she liked the cake:)
sebab colourful kan.budak2 memang suke colourful;) hehe


 
aku buat 4 layer je...sebab malas nak buat 7 layer .haha. leceh tang nak kene buat berlayer2 lah sikit..


 resepi asal kek rainbow ni dari echah507 thanks ya:)
bahan2:
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
5 biji telur gred A
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
15 gram atau 80ml mentega cair
80 ml susu segar


Cara-cara:
1-      Campurkan semua bahan A dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga kembang atau ringan. Lebih kurang 5 minit untuk jadi fluffy.
2-      Perlahankan kelajuan, kemudian masukkan susu segar. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit.
3-      Masukkan mentega cair, gaulkan dengan menggunakan senduk sampai sebati.
4-      Bahagikan adunan kepada 7 bahagian. Setiap satu bahagian lebih kurang secawan adunan.
5-      Masukkan pewarna pada setiap mangkuk.
6-      Bakar selama 12 minit, suhu 160c-170c

   


dah siap wat kek..buat topping kek lak..topping aku gune topping resepi red velvet yg aku buat...cuma tambah madu sikit...




bahan cream cheese frosting:



1 cawan non dairy whipping cream
500g creamcheese
7 sudu besar madu..ikut suka nak manis ke x..
2 sudu besar butter

Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
kemudian..Campur butter dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk. kemudian masukkan madu sikit demi sikit.ikut manis. putar smpai sebati. 

p/s: selamat mencuba:)




\

No comments: