Saturday, October 12, 2013

resepi red velvet cake pilihan aku



assalamualaikum..
hari ni nak share resepi red velvet cake yang menjadi pilihan ku :)
sebab penah try resepi RVC yang lain..tapi hasilnya kureng..
so..this is the best so far:)
resepi credits to linapg
thanks for the recipe..tapi ade sikit aku ubah2 ikut selera ku:P
so here's the recipe:
 

RED VELVET CAKE


BAHAN-BAHAN
4 biji telur A
250 gram mentega -aku guna pure creamery butter SCS (unsalted)
*3 cawan tepung naik sendiri
*2 sudu makan koko powder (ratakan)
2 cawan gula kastor 
2 sudu besar pewarna merah (oil soluble)
cawan buttermilk 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan


NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan (note: aku biasa biarkan selama 15minit or lebih)


CARA-CARA:
  1.  Panaskan ketuhar.Lenserkan 3 biji loyang
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
  6.  Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan.(note: jika start dgn tepung..maka..last sekali pon mesti habis ngn tepung ok)
  7. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang (3 loyang size 9in) dan bakar hingga kek masak.

Note: 
Oven Hesstar suhu 175'C bako selama 20min 
Oven Pensonic suhu 150'C bako selama 20min

note : biasanya aku buat jual dalam bekas aluminium saiz 6" x 2.5" x 2"...dapat dalam 5 bekas..bakar selama 30 minit:)




RESEPI  CREAM CHEESE
500 gram krim keju Philadelphia
1 cawan krim putar (non dairy whipping cream)
2 sudu besar butter(ratakan)

Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
kemudian..Campur butter dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk


ziyad pon nk tolong ibu baking ye...

baru keluar oven


seblom masuk oven

lepas dah letak topping creamcheese..pastikan kek dah sejuk baru letak topping ok

nyums...memang feveret!!!:)

ok selamat mencuba!
:)



p/s: selamat hari raya aidiladha semua:)

3 comments:

Siti Hawa Abdul Majid said...

salam..

serbuk koko (ratakan)
buttter (ratakan)

saya x brp fhm makna yg nak disampaikan "ratakan" apa? macam mana?

Hajar said...

Rasanya ratakan tu bermaksud 1 sudu yang tidak membumbung/membukit... betul tak tuan umah???

Hajar said...
This comment has been removed by the author.