Sunday, October 27, 2013

resepi rojak mamak yang sedap dan senang :)

ahad lepas, aku try resepi rojak mamak dari facebook niezanurhamnira
serius terliur tgk die post gambar rojak mamak, terus teruja nak buat!
aku siap screenshot resepi tu sbb mmg terliurrr sangat la nak try.hehe.sebab aku mmg suka makan rojak mamak tu;)




so percubaan pertama aku buat rojak mamak...alhamdulillah menjadi!:) next time boleh la cuba lagi:)
so ni resepinya...aku share sini...


bahan untuk cucur :
500gm tepung gandum, 5g yis + sedikit air suam (cair ala-ala nak buat jejemput), sedikit garam, biarkan 45min - 1 jam, pastu masa nak goreng, renjis2kan pewarna oren sikit (kasi cam kat kedai mamak)

Bahan Untuk Kuah:
100gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan tumbuk halus, 20gm serbuk cili, 125gm gula merah/gula melaka, 100gm gula pasir, 1 helai daun pandan-simpul, 1 batang serai-ketuk, 1 sudu kecil garam, 1/2 mangkuk air asam, 1 liter air dan... *ramuan sedap : 50gm biskut marie-kisar, 3 sudu besar bijan

Cara membuat kuah rojak:
Didihkan air di dalam periuk bersama daun pandan dan serai. Masukkan serbuk cili dan biarkan masak. Masukkan gula merah,gula pasir dan kacang tanah, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam dan kacau lagi. Akhir sekali, masukkan bijan dan biskut marie kisar (+ air sikit bagi cepat kembang) untuk memekatkan kuah. Bila sudah masak angkat dan hidangkan.

Bahan2 lain : Timun, sengkuang, telur rebus, kentang (rebus ngan kulit2 pastu goreng sebiji2), mee kuning - celur & buang kapur.. pastu hidangkan..



p/s: percubaan pertama aku xcukup set..xde sengkuang,kentang,tauhu...ade cucur, timun,telur n mee je;P

No comments: