Thursday, December 5, 2013

resepi nutella choco mousse brownies :)





assalamualaikum
malam ni nak share resepi nutella choco mousse brownies.
actually resepi asal ialah choco mousse brownies sahaja...tapi aku yang tambah nutella bagi sedap kan lagi rasanya ;))

ni resepinya..

resepi rujuk kat blog dayangjack .tq:)


Bahan-bahan brownies :
  • 2 biji telur A (dipukul sedikit)
  • 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/3 cawan koko
  • 3/4 cawan gula perang lembut (soft brown sugar) - boleh tambah jika nak lebih manis
  • 1/2 cawan mentega (dicairkan)
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara buat brownies :
  1. Panaskan oven pd suhu 170-180C. Lengserkan dulang pembakar dgn mentega.
  2. Satukan mentega yg sudah dicairkan bersama gula, telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan koko. Kacau lagi hingga sebati. (boleh juga campurkan badam, kismis dsbnya jika suka)
  4. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 20-25 minit ikut jenis oven masing-masing.
 
 
bahan2 buat Chocolate Mousse:
  • 140g coklat masakan 
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream 
  • 40g gula halus
Cara-cara
  1. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  2. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).- panaskan dlm microwave pon boleh.
  3. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  4. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  5. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  6. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. **sebelum tuang adunan mousse ke brownies...sapu dulu nutella ats brownies...(part ni aku tambah)**Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  7. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.



selamat mencuba!



kalau nak order ngan saya pon bole,....pm/whatsapp 0137812223 :)tq:)bis

p/s: PRAY FOR KUANTAN ....

No comments: