iklan

Wednesday, October 30, 2013

nurul zaheen turns 3!

 Sebelum bulan oktober habis...aku nak post gak kat blog pasal besday zaheen. saje kenangan:)
so, my baby zaheen dah 3 tahun dah pada 16 oktober aritu:)
besday zaheen sambut kecik2 je..sambut sendiri je ..xde buat birthday party pon:P tunggu la die besar sikit baru buat birthday party utk die .insyaallah:)


birthday zaheen betul2 selepas hari raya aidiladha ...
so kami 4 beranak sambut awal sehari besday zaheen kat secret recipe. (unplanned sebenarnya...)
sbb ibu tak sempat buat kek hari tu:P
tapi zaheen taknak kek..die nak aiskrim jek.
tapi beli gak la chocolate lava cake :P hehe

 
 

 pas makan2 kat secret recipe tu....saja layan kan zaheen kat playgroud kat jusco tu...pastu bawak gi kids area..buat aktiviti sand colour...zaheen suke:)


father daughter bonding time:)

 
ni abah ke zaheen yg nk main?:P

pastu..tengah2 jalan...boleh pulak terserempak parents in law adik aku...
kebetulan die datang JB sbb nak jumpa adik ipar aku..n sambut besday anak die sekali..so dia ajak datang rumah n makan kek...so...kami pon pergi la umah adikku yg baru kawen itu:P makan lauk raya mak die masak.sedap:) n then sambut besday 3 org serentak...masing2 besday dekat2 tarikhnya...zaheen :16/10...dila: 19/12..abg dila:22/12...


zaheen excited tiup lilin.heee





pastu...sabtu nya...baru lah ibu sempat buatkan kek besday utk zaheen..rainbow cake with cream cheese frosting utk kek besday  tahun  ni. zaheen suke sbb colorful:)




buat 4 layer je...sebab xalarat nk buat sampai 7 layer aka 7 colors:P
\







so...ibu nak wish kat belog gak walaupon dah lambat...
happy birthday sayangggg:)
ibu dan abah doakan yg terbaik utk zaheen..
semoga menjadi anak yg solehah...dengar cakap ibu..dengar cakap abah...
rajin solat...rajin mengaji...rajin belajar..
ibu dan abah sayang zaheen tau:)
ok,tatau nak cakap ape lagi. im not good at words actually:P hehe


ok...itu aje nak cerita...utk kenangan..:)
bai,assalamualaikum:)

Sunday, October 27, 2013

resepi rainbow cake yang sedap dan senang!



assalamualaikum:)
good morning!
sementara tengah bosan tunggu sistem  PBS vodo tengah  loading...apa kata aku update blog, share resepi kat korang.lagi lahhh  bermanfaat daripada aku dok menyumpah seranah sistem PBS yang lembab itu.huhu.(mode:tengah gerammmmmmm tunggu sistem pbs tu loading okkkkkkkkkk. hampir setiap malam kene stay up buat bende alah tu)



ok.rainbow cake ni aku buat utk zaheen sempena birthday die yg ke3:) 
xde la buat tepat2 masa hari besday die...besday ari rabu....ari ahadnya br la aku sempat buat kek ni..
btw, she liked the cake:)
sebab colourful kan.budak2 memang suke colourful;) hehe


 
aku buat 4 layer je...sebab malas nak buat 7 layer .haha. leceh tang nak kene buat berlayer2 lah sikit..


 resepi asal kek rainbow ni dari echah507 thanks ya:)
bahan2:
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
5 biji telur gred A
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
15 gram atau 80ml mentega cair
80 ml susu segar


Cara-cara:
1-      Campurkan semua bahan A dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga kembang atau ringan. Lebih kurang 5 minit untuk jadi fluffy.
2-      Perlahankan kelajuan, kemudian masukkan susu segar. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit.
3-      Masukkan mentega cair, gaulkan dengan menggunakan senduk sampai sebati.
4-      Bahagikan adunan kepada 7 bahagian. Setiap satu bahagian lebih kurang secawan adunan.
5-      Masukkan pewarna pada setiap mangkuk.
6-      Bakar selama 12 minit, suhu 160c-170c

   


dah siap wat kek..buat topping kek lak..topping aku gune topping resepi red velvet yg aku buat...cuma tambah madu sikit...




bahan cream cheese frosting:



1 cawan non dairy whipping cream
500g creamcheese
7 sudu besar madu..ikut suka nak manis ke x..
2 sudu besar butter

Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
kemudian..Campur butter dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk. kemudian masukkan madu sikit demi sikit.ikut manis. putar smpai sebati. 

p/s: selamat mencuba:)




\

resepi rojak mamak yang sedap dan senang :)

ahad lepas, aku try resepi rojak mamak dari facebook niezanurhamnira
serius terliur tgk die post gambar rojak mamak, terus teruja nak buat!
aku siap screenshot resepi tu sbb mmg terliurrr sangat la nak try.hehe.sebab aku mmg suka makan rojak mamak tu;)




so percubaan pertama aku buat rojak mamak...alhamdulillah menjadi!:) next time boleh la cuba lagi:)
so ni resepinya...aku share sini...


bahan untuk cucur :
500gm tepung gandum, 5g yis + sedikit air suam (cair ala-ala nak buat jejemput), sedikit garam, biarkan 45min - 1 jam, pastu masa nak goreng, renjis2kan pewarna oren sikit (kasi cam kat kedai mamak)

Bahan Untuk Kuah:
100gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan tumbuk halus, 20gm serbuk cili, 125gm gula merah/gula melaka, 100gm gula pasir, 1 helai daun pandan-simpul, 1 batang serai-ketuk, 1 sudu kecil garam, 1/2 mangkuk air asam, 1 liter air dan... *ramuan sedap : 50gm biskut marie-kisar, 3 sudu besar bijan

Cara membuat kuah rojak:
Didihkan air di dalam periuk bersama daun pandan dan serai. Masukkan serbuk cili dan biarkan masak. Masukkan gula merah,gula pasir dan kacang tanah, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam dan kacau lagi. Akhir sekali, masukkan bijan dan biskut marie kisar (+ air sikit bagi cepat kembang) untuk memekatkan kuah. Bila sudah masak angkat dan hidangkan.

Bahan2 lain : Timun, sengkuang, telur rebus, kentang (rebus ngan kulit2 pastu goreng sebiji2), mee kuning - celur & buang kapur.. pastu hidangkan..



p/s: percubaan pertama aku xcukup set..xde sengkuang,kentang,tauhu...ade cucur, timun,telur n mee je;P

Tuesday, October 15, 2013

think positive plzzz:)


Saturday, October 12, 2013

resepi red velvet cake pilihan aku



assalamualaikum..
hari ni nak share resepi red velvet cake yang menjadi pilihan ku :)
sebab penah try resepi RVC yang lain..tapi hasilnya kureng..
so..this is the best so far:)
resepi credits to linapg
thanks for the recipe..tapi ade sikit aku ubah2 ikut selera ku:P
so here's the recipe:
 

RED VELVET CAKE


BAHAN-BAHAN
4 biji telur A
250 gram mentega -aku guna pure creamery butter SCS (unsalted)
*3 cawan tepung naik sendiri
*2 sudu makan koko powder (ratakan)
2 cawan gula kastor 
2 sudu besar pewarna merah (oil soluble)
cawan buttermilk 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan


NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu besar cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan (note: aku biasa biarkan selama 15minit or lebih)


CARA-CARA:
  1.  Panaskan ketuhar.Lenserkan 3 biji loyang
  2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati
  6.  Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan.(note: jika start dgn tepung..maka..last sekali pon mesti habis ngn tepung ok)
  7. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang (3 loyang size 9in) dan bakar hingga kek masak.

Note: 
Oven Hesstar suhu 175'C bako selama 20min 
Oven Pensonic suhu 150'C bako selama 20min

note : biasanya aku buat jual dalam bekas aluminium saiz 6" x 2.5" x 2"...dapat dalam 5 bekas..bakar selama 30 minit:)




RESEPI  CREAM CHEESE
500 gram krim keju Philadelphia
1 cawan krim putar (non dairy whipping cream)
2 sudu besar butter(ratakan)

Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
kemudian..Campur butter dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk


ziyad pon nk tolong ibu baking ye...

baru keluar oven


seblom masuk oven

lepas dah letak topping creamcheese..pastikan kek dah sejuk baru letak topping ok

nyums...memang feveret!!!:)

ok selamat mencuba!
:)



p/s: selamat hari raya aidiladha semua:)

Saturday, October 5, 2013

stress.

stress dengan keje.


nak spend lebih masa dengan anak.
nak jaga anak sendiri.
nak layan anak tanpa terikat ngan perasaan risau pikir tanggungjawab kerja dan tekanan kerja.
nak buat apa yang aku suka tanpa perlu ikut arahan PIHAK ATASAN yang terlalu mengejar PRESTASI.
nak keseronokan bekerja.
nak buat sesuatu yg berfaedah,  bukan kerja yang entah ape2 dan mengarut dan menipu.TRANSFORMASI KONON.


can i quit now?
yup memang dah lama pikir nak quit kerja .letak jawatan sebagai seorang guru.
semakin hari semakin mencabar tugas yang perlu dipikul.
semakin hari semakin tak tahan dengan kerenah pelajar sekarang.
pelajar sekarang semakin lama semakin leka dengan teknologi...facebook,twitter,blog, instgram,keek,whatsapp dsb. nasib zaman aku dulu takde sume bende ni .kalau tak...ntah berjaya ke tak aku.huhu.
i dun think i could make it.
i dont love my job anymore.


stress.
nak bersara awal.
kalau aku kaya..dah lama bagi notis letak jawatan 24 jam.
serius.
aku terpikir...sampai bile aku nak keje macam ni? sampai ke pencen umur 60 thn ke aku akan keje di bawah arahan orang? kalau time tu br bersara and then baru  nak mula  buat apa yang aku suke,apa yg aku impikan...sempat lagi ke?dah tua. dah tak bertenaga , entah ade lagi ke tidak .. life is short. enjoy life. aku tak nak sampai ke tua  aku tensen ngan kerja, xdapat buat apa yg aku suka dan apa yg aku impikan dalam hidup.




sabar.




Thursday, October 3, 2013

resepi cheesy spiral

assalamualaikum.dah lama tak update blog. bukan apa...bz sangat ngan PBS. haha.
tapi hari ni sempatkan diri jap menaip resepi sebelum aku terlupa resepi cheezy spiral yang aku buat minggu lepas. super duper yummy.rasa sekali pasti nak lagi you :P lagipon ramai request resepi ni...and aku dah janji nak bagi resepi, tu yg hari ni gigihkan diri menaip resepi.


bahan2:

 1 peket pasta bentuk spiral (aku guna jenama san remo) - rebus ala dente, toskan.
1 peket daging kisar RAMLY
1 tin besar cream of  chicken KIMBALL
5 biji bawang holland-potong dadu
8-10 ulas bawang putih-hiris nipis
butter/olive oil -utk menumis
4 biji kentang- potong dadu
cendawan butang - optional (kalau letak lagi sedap)
1 batang carrot- potong memanjang/dadu
cheese ( slice cheese/mozarella/cheddar cheese)
serbuk cheese (yang macam cheesy wedges KFC tu)- aku guna brand OLGA kalau tak silap. bumiputera punya produk
garam- secukup rasa
lada sulah - secukup rasa



cara2:

masukkan butter. tumis bawang sampai naik bau. masukkan kentang. masukkan daging kisar. biar kentang dan daging masak. masukkan cream of chicken, gaul rata. masukkan macaroni yg dah direbus tadi.letak carrot dan cendawan butang. tambah garam n lada sulah secukup rasa. masukkan dalam bekas/loyang ...letak cheese mozarella. bakar dlm 15 minit suhu 180 degree celcius. keluarkan dari oven...letak serbuk cheese yg dah dibancuh air panas.(ikut arahan pada peket serbuk cheese tu).pastu letakkan  cheese yg dh dibancuh tu atas adunan spiral tadi. bakar lagi dlm oven selama 5 - 8 minit...keluarkan. dan bolehlah makan :) lebih sedap dimakan bersama sos cili :)

1 peket pasta spiral tu byk tau..boleh buat utk 2 bekas/loyang :)
selamat mencuba.gerenti sedap dan jadi. insyaallah;)
letak meatballs lagi mabelesss