Sunday, February 9, 2014

resepi beef bread lasagna with baked beans yang sedap dan senang!!! guna roti gardenia saja ok!;)

assalamualaikumm
hari ni nak share resepi baru
asalnye sebab sayang tengok baki roti gardenia yang dah nak expired...
maka terhasil lah lasagna guna roti gardenia aje:P huhu



resepi:

8-9 keping roti gardenia
3 biji bawang besar - potong dadu
5 biji bawang putih -hiris
1 tin baked bean -aku guna tin kecil.jenama ayam brand
1/2 tin cendawan butang - toskan cendawan. hiris cendawan sederhana tebal.
200g daging kisar -aku guna jenama ramly
2 keping sliced cheese -aku guna cheesedale
mozarella cheese & cheddar cheese secukupnya
200 ml susu segar
sos cili ( aku guna dlm stgh cawan..tambah air sikit,bagi die berair sikit)
garam dan lada sulah secukup rasa
butter
2 biji telur
mixed herbs/oregano (kalau ade lagi sedap)

cara buat :

1.sediakan loyang pembakar. gris dgn butter.
2.sediakan bahan daging dahulu: masukkan butter secukupnya kedalam kuali..kemudian masukkan bawang-kacau layu.kemudian masukkan daging kisar.gaul sampai masak. kemudian masukkan baked beans. dan last sekali masukkan cendawan butang. last skali masukkan sos cili.kacau sebati.perasakn dengan garam dan lada sulah.
3. sediakan bancuhan susu dan telur: bancuh susu +telur+garam+lada sulah dalam mangkuk. masukkan roti ke dalam adunan telur tadi.
4. lapisan 1: susun roti satu persatu dalam loyang.
5. lapisan 2: letak adunan daging ke atas roti tadi..
6. lapisan 3:letak cheesedale
7. lapisan 4 : susun semula roti yang dah dicelup dgn adunan telur ke atas lapisan 3. susun sampai menutupi daging. kemudian baki adunan telur tu curah shj dlm loyang.
8. lapisan 5: taburkan parutan mozarella cheese dan cheddar cheese. pastu letakkan juga butter sikit kat lapisan atas skali dgn cara cubit/jentik butter sikit.letak dlm 5 drop pon dah ok. utk kesan shining or glossy pada makanan. ni yg aku pnh baca la...nk skip pon xpe.
9. bakar dlm oven..suhu 200 degree celcius...selama 20 minit..kemudian turunkan suhu  ke 180 degree celcius...dan bakar lgi selama 10 minit...actually depend pada oven korang...so kne pandai adjust oven sendiri...agak2 dah tukar color coklat keperangan tu...dah boleh keluarkan dr oven..jgn smpai hangit lak ye...


p/s: memang sedapppppppppppppppppp sangat. makan panas2 lagi sedap! next time memang wajib buat lagi :)





4 comments:

Ainul Mustafa said...

mcm senang je ye nak buat...

ibuzaheenziyad said...

yup..memang senang sgt:))

dreeda said...

saya dah try buat guna ur recipe..mabelos!! tqvm

Muizzulkifli said...

Nak tnya roti lapis dgn daging ek lepas tu ulang?