Friday, February 21, 2014

resepi roti paun manis, lembut dan gebu

assalamualaikum..











sebenarnya ni first time aku buat roti sendiri...alhamdulillah, menjadi:)
bila dah sekali buat...terus rasa GIAN nak meroti lagi.:)


ni resepi yg aku ikut...
Resepi dari blog  ourkizuna

6 cawan tepung roti
1 1/2 cawan susu suam
3/4 cawan gula
11g yis(aku guna brand mauripan)
3 biji telur gred A
1/4 cawan mentega




Cara-cara:

1. Dalam satu bekas besar campurkan yis dan 1/2 cawan susu suam. Biarkan sepuluh minit atau sehingga keluar buih buih. 
2. Masukkan baki 1 cawan susu, gula dan telur. Kacau perlahan sampai gula agak larut. 
3. Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati. 
4. Masukkan baki tiga cawan tepung dan uli sampai tak melekat di tangan. Kalau masih melekit, tambah tepung secukupnya.

5. Sapu sedikit minyak pada mangkuk dan masukkan adunan ke dalam tu. Letak, lepas tu terbalikkan supaya kedua belah permukaan kena minyak. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama sejam atau sehingga adunan naik 2 kali ganda.

6. Bila dah naik. Tumbuk tumbuk. Lepas tu bentukkan. Masukkan ke dalam bekas yang nak bakar tu. Biarkan sampai naik lagi. Gris dengan campuran susu+telur ke atas doh dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 200 darjah selama 20-30 minit.

7. Keluarkan dan sapu mentega cair kalau nak effect permukaan berkilat.



**note: aku ade buat bentuk bulat2 satu-satu..tapi tak sempat snap pic. aku letak..butter+gula+mozarella sikit dan almond sikit atas roti...dan letak kismis sikit, sedap:) next time boleh buat lagi:) sebab bila simpan keesokan harinya pon...roti still lembut lagi:)

5 comments:

ummianis said...

susu suam,guna susu tepung ke?

Dhia Shima said...

Sedapnye...saya un selalu buat roti uli tangan je

Dhia Shima said...

Saya pun sukebroti

Dhia Shima said...
This comment has been removed by the author.
Cik Putih said...

Sedap nmpk ..nak buat gak...hrp jadi lmbut Dan sedap gaklah...