iklan

Thursday, November 20, 2014

Resepi Rainbow Cake sedap dan senang! (resepi 2)




rainbow cake..kek peberet zaheen. asal nak kek je..mesti request nak rainbow cake...biasalah kek ni kan colourful..budak2 suka!




assalamualaikum...
selamat bercuti sekolah semua...
tapi aku cuti lambat...sekolah aku cikgu-cikgu diwajibkan kerja seminggu selepas cuti sekolah 23/11-27/11/14. so kitorang start cuti 28/11/14...cikgu je yg kene pergi sekolah. budak2 still cuti sekolah macam biasa okay:P

so hari ni nak share resepi kek rainbow atas request kak gee :P hehe
oh ya, pengasuh si ziyad pun mintak resepi ni..huhu


resepi dari : LINA PG

Bahan-Bahan Kek

  • 3 cawan Tepung Naik Sendiri (SRF)
  • 1 Cawan Gula Kastor
  • 1 Ketul Butter (250g) - suhu bilik
  • 5 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu segar @ susu cair
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 6 pewarna pilihan 



Cara-Cara:

  1. Panaskan oven 180'C.Griskan loyang dengan butter, alas dengan kertas serap minyak kemudian ketepikan.
  2. Ayak tepung naik sendiri.Ketepikan
  3. Pukul butter  dan gula sampai kembang & putih. 
  4. Kemudian masukkan telur satu persatu dan terus pukul hingga kembang
  5. Masuk esen vanila.
  6. Masukkan tepung yg telah diayak tadi selang seli dengan susu segar/cair.Mula dengan tepung, susu dan akhir sekali tepung.Adun sebati
  7. Bahagikan kepada 6 bahagian.Letak pewarna kegemaran.
  8. Tuangkan ke dalam loyang 
  9. Bakar selama hingga masak.dalam 15-20min, bergantung kepada jenis oven.Buat hingga habis 6 loyang.(aku biasa buat 4 lapis je...malas nak buat banyak sangat lapisan.huhu)
  10. Setelah siap, sejukkan sebentar sebelum proses melapis



resepi cream cheese (resepi sendiri)

200ml non dairy whipping cream (lebihkan sedikit jika nak sapu keseluruhan kek)
50g cream cheese 
1 sudu besar gula icing

cara buat:
Didalam mangkuk, masukkan cream cheese dan gula icing. Pukul sehingga berkrim.
Masukkan whipping cream dan pukul sehingga kembang. (Jgn overbeat!)



lapis dgn whipping cream

lapis dgn nutella choc

lapis dgn strawberry filling

p/s : kalau malas nak bakar selapis selapis ...campur semua je dlm satu loyang pon boleh,....macam contoh aku buat ni...

corak dr tepi kek nampak macam buat selapis2 kan..padahal tak pun :P

ni version malas nk bakar selapis selapis:P





ni bila dah siap deco:





ni rainbowcake with strawberry buttercream and strawberry filling




ni rainbow cake with whipping cream and swiss meringue buttercream 





ni pulak...rainbow cake with nutella filling and whipping cream topping!habis licin bawak gi tadika zaheen.hehe



zaheen :)
rainbow cake lover:)



p/s: selamat mencuba !:)
p/s lagi: jgn lupa  like MRS NAWUZA BAKERY di facebook!!:)

No comments: