iklan

Thursday, December 18, 2014

ziyad oh ziyad..

2 bln lepas, jatuh sampai gigi patah
minggu lepas ,jatuh sampai hidung berdarah
petang tadi, terseliuh tangan sampai kene X-RAY . T__T
adakah semua baby lelaki lasak macam Ziyad?huhu
dulu zaheen sopan je waktu baya ziyad.haha
beza sungguh baby girl dan boy.
memang sangat mendebarkan tadi ok. 
aku risau je kalau tgn ziyad patah tadi sebab bunyi 'PRAK' (bunyi macam terpijak dahan pokok) kuat gak tadi.
alkisahnya..jadi terseliuh tu sebab...salah ibu jugak:(
ziyad ni memang payah betul nak pakai pempes lepas dah mandi or kencing or yak. huhu
aku smpai kene kejar die keliling rumah kadang2 sebab nak pakaikan pempes die -_-
tapi bila pakai ngan abah BEHAVE je -_-
so tadi, macam biasa...lepas mandi..nak pakai kan pempes..aku dah baringkan die..(kejadian berlaku atas katil bilik zaheen) kejap je die ligat bangun,merangkak menuju ke kepala katil, panjat kepala katil dan melompat. aku amik die balik dan baringkan semula nak pakaikan pempes.pastu die pusingkan badan lagi dan nth camne aku pon nak cepat tadi ,(sebab konon ptg td lepas encik suami balik nk terus gerak ke rumah pakcik encik suami sebab ade kenduri doa selamat)..
masa die laju pusingkan badan aku lak tarik die pusingkan die..die tengah nak dalam posisi merangkak...terus...PRAKKKK..berderau darah aku ok..sorry ziyad sayang :( 
ziyad menangis, aku panik.
aku memang cepat panik.
ziyad menangis xstop n merengek.aku lagi bertambah panik.
lagi2 bile tengok lengan die yg terseliuh tu kejung tak boleh gerak :(
menangis aku ok time tu. lagi2 bile aku baring nak susukan die sebab nk tenangkan die..die nyusu tapi tak boleh baring mengiring macam biasa:( uwaaaa...laju air mata aku keluar tadi .rasa bersalah sangat sebab aku die jadi camtu:(
aku call mak aku, call suami n call adek aku yg doktor. 
explain kejadian yg berlaku dan the best solution is X-RAY. lagi2 keadaan ziyad yg tak selesa,nangis,tangan kanan yg kene tu xleh nak gerak ..kejung je.
pergi Poliklinik Penawar, then doc sana refer ke hospital bahagian emergency.
Kami pilih Hospital Penawar je. takpe la bayar mahal skit daripada tunggu lama2 kat hospital kerajaan.
an alhamdulillah..hasil X ray..no fracture (patah) or dislocation. cuma soft tissue injury. tadi pun masa kat hospital , ziyad dah boleh gerak2 kan tangan die..n ade riuh skit mulut die...kalau tak senyap membisu dan monyok dan berkerut je die...
samai je rumah dah aktif macam biasa.
alhamdulillah...doc pon cakap biasa budak memamng cepat sembuh..healing process die cepat..insyaallah kurang seminggu dah baik..so doc just bagi ubat tahan sakit dan gel urut kat kawasan sakit tu..
service pon cepat je tadi kat hospital Penawar,.
dan aku n ziyad tak jadi ikut encik suami ke kenduri...encik suami pergi dgn zaheen je.sebab ziyad kene rest. kalau boleh jangan bagi jatuh lagi dalam masa terdekat. biar die baik betul dulu.
ni ziyad dah tidur...tu yang ibu boleh cerita kat belog.huhu
ziyad oh ziyad..
kuat merajuk pun die jugak ok!
pastu manjaaaa sangat :)
dan pandai pujuk ibu kalau ibu buat2 nangis. siap kiss bunyi2 kat ibu kalau ibu buat2 nangis.
mesti romantik ziyad dah besar nanti ;)
hehe
oklah, itu sahaja nak cerita..
doa kan ziyad cepat sembuh :)



p/s: I LOVE U SON......



No comments: