iklan

Wednesday, October 22, 2014

cabut gigi anak usia 1 tahun 9 bulan.




semalam, 21/10/14..ziyad is officially rongak :P 
kena cabut sebatang gigi di usia 1 tahun 9 bulan...
poor my baby:(


see...gigi ziyad dah takde sebatang. rongak
 T___T
takpe ziyad...ziyad tetap hensem di mata kami;)


kenapa gigi ziyad kena cabut?
ini ceritanya..
agak panjang ye:P
saja tulis sebagai kenangan ..
.
.


sabtu,11/10/14 :
 kejadian berlaku pada waktu petang. ziyad n zaheen sedang bermain2 di bilik ibu sambil ditemani ibu dan abah. diorang main2 kat area babycot. dalam kesekejapan waktu je ziyad tiba2 terjatuh dan menangis. aku yang dlm bilik tu terus terpa kat ziyad yang berada kat sebelah aku aje sebenarnya. xjauh pun. dan sangat terkejut tengok banyak darah keluar dari mulut ziyad. bila tengok, rupanya kedudukan gigi ziyad dah kedepan . gusi turut bergerak ke depan. gigi bergoyang dan hampir patah. aku of course la panik! sangat! rasa menyesal sangat sebab terleka sekejap masa diorang tengah main main tu :(  entah macam mana die terjatuh. aku agak die terjatuh pastu gigi die terhantuk or terlanggar kat babycot yang ade kat depan die. serius aku masih taktau die jatuh macam mana sampai boleh jadi camtu T___T
 petang tu juga, terus ke mana2 klinik gigi yang  buka hari tu sebab hari sabtu biasanya klinik gigi tutup. nasib ada klinik yang buka hari tu. masa check kat dentist...aku lagi rasa sedih bila dengar  gigi ziyad macam xboleh diselamatkan lagi..kena cabut sebab nanti susah gigi kekal nak tumbuh di kemudian hari. aku macam xbagi kena cabut hari tu dan nak tengok dulu keadaan macam mana..so doktor kata dia cuba tolak gigi ziyad supaya kembali kepada kedudukan asal.. aku dengar suggestion doktor tu...aku dah menangis nangis sampai doktor suruh aku keluar dari bilik dan tunggu dengan zaheen kat ruang menunggu je. huhu. serius sangat sebak dan risau sangat hati ketika ini. air mata laju je mengalir. risau, kesian, takut..yup, aku memang mudah menangis. sambil tunggu kat luar tu aku banyak berdoa supaya diringankan beban kesakitan ziyad.. baca doa,baca ayat kursi..dengar suara ziyad menangis nangis kesakitan masa doktor tolak gigi dia tu lagi hati aku risau...huhu..masa tu gigi ziyad nampak dh kembali ke kedudukan asal.doktor bagi antibiotik dan ubat tahan sakit. dan doktor kata jika gigi die tertolak ke depan semula..maka kena dtg klinik semula utk cabut gigi tu.tapi...........balik dari klinik n sampai je kat rumah, gigi ziyad jadi semula macam tadi, terkeluar dari kedudukan asal dan kedepan a.k.a..jongang sebelah:P 
ziyad sangat kuat dan jenis tahan sakit aku rasa. lepas balik dari klinik tu...die aktif je macam biasa. takde merengek. susu n makan macam biasa. aku dan suami pun pelik tengok die macam xsakit je.aku yang tengok gigi n gusi die macam tu pun dah rasa ngilu je.



ahad, 12/10/14:
aku masih risau..dan panik. kena jumpa dentist jugak lagi hari ni. kali ni jumpa dentist lain..doktor perempuan. baik dan sopan je. juga lembut melayan budak dan rajin melayan pertanyaan aku, of course. klinik gigi Nursalam (pasir gudang).. recommended! doktor check gigi ziyad....gigi ziyad masih mobile (bergoyang) dan bagi cadangan...tunggu lagi seminggu..lepas habis makan ubat antibiotik..dan tengok gigi firm  tak,..dlm tempoh tu, jika ada bengkak, nanah ..kena pergi klinik. lepas seminggu kena datang balik klinik..utk check gigi. jika gigi masih goyang banyak dan tak firm dan kedudukan gusi n gigi bergerak jauh dari asal..better cabut. dan doktor suggest soft diet utk ziyad dalam tempoh seminggu ni. makan bubur dan makanan lembut je. dan minum air guna straw.




 ni malam nya , nampak tak gigi ziyad,...jonggang sebelah. 
btw, dalam tempoh seminggu...ziyad aktif macam biasa, tak merengek, makan n minum pon berselera. memang sangat kuat anak ibu! ubat pon senang makan:) aku pun makin lama dah tak panik dan susah hati..


khamis,16/10/14:

ni masa besday kakak zaheen..nampak tak gigi ziyad terkeluar satu tu:P
tu la gigi yang dah rosak tu..




selasa, 21/10/14:
hari appointment ziyad dengan dentist. 
ibu dah get ready mental ibu..ibu terima keputusan doktor if gigi ziyad kena cabut hari ni. 
ni masa tunggu klinik buka...sambil tunggu..selfie jap dalam kereta;)


doktor check...dan die cakap better cabut gigi tu. sebab nanti akan menganggu pertumbuhan gigi kekal yang bakal tumbuh nanti. so, aku terima keputusan doktor. encik suami yang pegang ziyad sepanjang urusan cabut gigi ziyad..lepas berbincang ngn doc, aku n zaheen tunggu kat ruangan menunggu sebab aku tak berani tengok.
ziyad takut naik kerusi ni:(

ni baru lepas kena injection bius. tunggu kebas dulu..baru cabut.
menangis macam apa.sian anak ibu:(
sepanjang tunggu kat luar...aku doa banyak2...supaya dipermudahkan urusan cabut gigi ziyad,...ringankan sakit ziyad...risau ok..sian anak ibu..tapi kali ni aku dah xpanik..xde nangis nangis macam ari tu,hehe
Alhamdulillah,kejap je urusan cabut gigi ziyad..ziyad nangis kejap je masa cabut. cuba lepas cabut ziyad mennagis sebab xnak letak kapas kat gusi yg berdarah tu:( nasib darah nye kejap je dah berhenti..so...soft diet untuk ziyad sampai gusi sembuh ye sayang:)

ni malam lepas cabut gigi..
aktif macam biasa.
macam xsakit gigi.
esoknye dah gigit ibu sambil menyusu. gigit kakak dan gigit abah macam biasa,
tak padan ngn gigi rongak:P
hehe

love you ziyad!
ibu loves you:)

Friday, October 17, 2014

nurul zaheen turns 4!

semalam...16/10/14..birthday zaheen yang ke 4!





happy birthday dearest Zaheen :)


simple celebration at home..thanks to uncle adik n uncle abang yang turut hadir memeriahkan suasana:P




the cake.
rainbow cake with strawberry filling and strawberry buttercream.