iklan

Wednesday, March 25, 2015

Apa kemajuan diri yang telah aku capai?




Pernah tak korang terfikir...apa kemajuan diri sendiri yang korang dah capai hari demi hari...
tahun demi tahun?

contoh: matlamat untuk jangka masa 5 tahun

kalau boleh ..setiap tahun kita perlu ada progress , ada kemajuan dalam hidup kita.
contoh, jika tahun lepas tak pandai mengaji lagi..tahun ini matlamat kita mesti dah pandai mengaji.
jika sebelum ni tak pandai masak, kini dah pandai masak.
jika sebelum ni tak pandai uruskan kewangan, sekarang ni mesti dah pandai uruskan kewangan.
Ya, hidup ini perlu ada matlamat. baru hidup kita lebih tersusun. lebih terarah.

setiap orang perlu ada LIFE GOALS .




Aku memang suka nak fikir..apa improvement yang aku boleh capai hari demi hari...tahun demi tahun. 
apa aku boleh buat untuk majukan diri sendiri?
apa aku nak buat hari ni?
perlu ada planning. contoh , "Things To Do Today".

kadang-kadang kecewa bila dalam satu hari tak ada satu benda buat benda-benda yang berfaedah. 
alih-alih dah petang...dah malam. eh, kejapnye masa berlalu.apa yang aku buat hari ni?
rasa macam menyesalnye..
useless nya ..
hmm..
macam-macam boleh buat kot dalam satu hari.
Nak Dengan Tak Nak je.
plz la jangan nak membazir masa menghadap handphone sangat.
apa benda yang kau dapat jika ngadap handphone je.
hmm.
*cakap kat diri sendiri*




yup, teknologi memang melalaikan. melekakan.
aku sendiri kadang-kadang leka scroll IG. huhu. 
kadang-kadang leka scroll pastu pikir, eh ?ape aku buat ni?please dont waste your time AIN! 
*cakap kat diri sendiri*
aku sebagai guru, 
risau tengok keadaan pelajar zaman sekarang yang terlalu taksub, terlalu leka dengan whatsapp, weChat, twitter, instagram, facebook bla bla bla. 
masalah diorang adalah terlalu leka sampai tak ingat nak stady, tak buat homework, takbuat latih tubi..dalam erti kata lain Malas. semakin malas.
nasib baik zaman aku dulu takde sume bende alah ni.
tapi zaman aku dah ade gak chatting. alaaa guna mIRC tu:P huhu
diorang ni belajar nye kejap, pastu borak kat grup je lebih. pastu stady jap , selfie,upload kat instagram, balas komen insta bla bla bla. bile masa ko stady wehhhh??
tapi ada juga yang guna teknologi untuk cari maklumat. clap clap. gud for you:)
*ni pengakuan dari pelajar-pelajarku ok,bukan rekaan semata-mata*




hmm..entah kenapa aku nak merepek pasal ni malam ni.
entah lah.
actually aku frust dengan kerja aku.
semakin entah hape-hape aje.
caca marba.
aku ni sebagai kuli YANG MENURUT PERINTAH a.k.a orang bawahan je hanya mampu menurut sahaja arahan pihak atasan yang entah hape2 arahannya.
macam-macam.dengan SPSK, Headcount, SKPM, Filing, program  yang macam-macam kat sekolah hanya sekadar nak GAH on paper dan juga di mata orang. tapi hakikatnya....hmm..
kerja bagai nak gila, tapi apa kemajuan untuk diri ko yang ko dapat?
NO. NOTHING.
hanya untuk kepentingan MEREKA itu sahaja.

soooo TRUE.





aku memang plan nak berhenti awal.
sebab aku sudah tiada hati.
tiada hati kat bidang ni antaranya disebabkan faktor-faktor diatas.
faktor lain adalah sebab ANAK.
dan aku nak berkerja sendiri.
jadi WAHM.
buat apa yang aku suka.
BAKING.
baking is my passion.






DO WHAT YOU LOVE.
pernah dengar ayat ni?
kadang-kadang aku rasa menyesal lak amik matriks.
lepas tu, sambung degree
degree sains dgn pendidikan(fizik/math).
padahal aku tak minat pon fizik.haha.
and im not a science person.
hahahahaha.
tap math aku suke gak la.;P
tapi so-so je la..xde la passion sangat kat math berbanding baking :P





everything happened for a reason
perancangan Allah itu lebih baik.
kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
tapi kita boleh berusaha untuk ke arah lebih baik :)



doakan bisnes MRS NAWUZA BAKERY kami bertambah maju:)
harapan saya..saya nak bersara awal dan menumpukan perhatian kepada anak dan bisnes kek kami :)
insyaallah...doakan yang terbaik untuk kami :)
terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini :) terima kasih:)











2 comments:

Lyana Mansor said...

hmmm.. memang betul pun ain.. sbb tu aku amik cuti menjaga anak..
dan aku kesian kat kawan2 yang masih kat sekolah.. depa pun mesti stress kat sekolah...

plan aku..sebelum abis cuti menjaga anak ni.. aku akan benti keje..hihiih.. inshaAllah

semoga ALlah permudahkan urusan ko jugak

Unknown said...

SAP HANA is a particular in-memory analysis enable in which fuses SAP repositories software application with pre-tuned hosting server, sap hana online training in bangalore storage area items, in addition to marketing web computer as a result of one of the several SAP computer system . SAP is among the most premier application provider around the world. The SAP HANA was established to can help real-time logical alongside transferable flowing.