Friday, April 3, 2015

GST oh GST.

assalamualaikum n hai!
minggu ni memang minggu tunjuk resit kan:P
memang popular resit-resit sepanjang minggu pertama GST dilaksanakan ni negara kita.
ni antara resit-resit yang aku copy dari facebook dan share kat belog aku.
jom kita tengok antara kesalahan kesalahan pada resit tersebut..


Kesalahan:
Mengenakan harga melebihi GST 6%
RM1.80 + 0.11 = RM1.91 bukannya RM2.01
RM2.30 + 0.15 = RM2.45 bukannya RM2.60
Mungkin masalah sistem...


Kesalahan
haha..ni paling lawak kot.
mana tax invoice...GST amount dah betul dah...hahaha..



Kesalahan
Tiada GST No.
Bertentangan Regulation 22, GST Regulation 2014 dimana No GST wajib dipaparkan di dalam tax invoice/simplified tax invoice/receipt

Kesalahan
Tiada GST No.
Tidak mematuhi Reg. 22, GST Reg. 2014
Main tulis2 macam tu je...



Kesalahan
Description Item tidak jelas
Apparently this is a receipt (even though di tulis this is not a receipt) untuk RON95
Violating Regulation 22(f), GST Regulation 2014.



Kesalahan
Kalau betoi la receipt ni utk pisang, maka gst telah dikenakan atas zero rate item....pisang adalah zero rate item yang bermaksud gst dikenakan pada kadar sifar dan bukan pada kadar standard 6%.


Kesalahan
Mengenakan GST ke atas Saman/Denda.
Saman atau denda tidak akan dikenakan GST kerana tiada pembekalan (supply) yg dibuat oleh pihak berkuasa kepada org yg kena saman.


Terdapat dua kesalahan:
1) Tiada alamat syarikat.
Tidak mematuhi Regulation 22(d), GST Regulation 2014 dimana nama dan ALAMAT pembekal wajib ada..perlu dapatkan kebenaran Ketua Pengarah Kastam dulu kalo x nak bubuh..
2) Tidak mematuhi Regulation 22(i), GST Regulation 2014 dimana kadar gst perlu dinyatakan dengan jelas iaitu 6% bukannya 66%...


Kesalahan
Mengenakan GST pada zero rate item
Mungkin masalah sistem...

Jadi pengguna bijak dan ambek tahu apa item zero rate...



Kesalahan
Mengenakan GST pada Monetary Voucher
Kiri: Tiada GST dikenakan pihak TnG
Kanan: GST inclusive dikenakan oleh stesen minyak
TnG adalah monetary voucher dan GST akan dikenakan oleh Sykt TnG utk setiap kali penggunaan atas pembekalan bercukai i.e beli barang pakai TnG or parking pakai TnG akan dikenakan GST...bayar Tol, x de GST sebab exempt..

Dalam kes ni, pengguna tak rugi apa2..sebab nilai topup yg diterima sama iaitu RM50...
Dalam kes ni, stesen minyak tu rugi sebab dia accountkan gst pada monetary voucher..nnt time nak submit return, terpaksa la dia guna duit sendirik..



Kesalahan
Mengenakan GST pada barang yang telah pun dikenakan GST inclusively

Kepada perokok-perokok..sila ambil perhatian..rokok membahayakan kesihatan..berenti la sap kok...

Gambar kiri: kiraan yang betul
Gambar kanan: kiraan yg salah

Rokok yang dibekalkan dari kilang datang dengan harga yang telah ditetapkan dan ianya telah termasuk nilai GST. Maka, kedai tidak boleh mengenakan lagi GST.





Kesalahan
Mengenakan GST pada item zero rate.

Beras ini adalah berkadar sifar (zero rate) maka nilai gst adalah 0

Jadi pengguna bijak...ambik tau apa item zero rate.


Kesalahan
Tiada GST No.
Bertentangan Regulation 22, GST Regulation 2014 dimana No GST wajib dipaparkan di dalam tax invoice/simplified tax invoice/receipt

Kesalahan
Tiada GST No.
Bertentangan Regulation 22, GST Regulation 2014 dimana No GST wajib dipaparkan di dalam tax invoice/simplified tax invoice/receipt






ramai yang tak memahami isu GST terutama syarikat-syarikat yang berdaftar dengan GST.
harga barang sepatutnya menjadi lebih rendah dan tidak membebankan orang ramai.
sebagai contoh:
1) sebelum GST
harga barang + SST (10%) = RM10.00
2)pelaksanaan GST
RM10 - SST (10%) = RM9.00
RM9.00 + GST (6%) = RM9.55
3) bukannya sebagaimana yang berlaku sekarang..
RM10 + GST (6%) = RM10.60
{(harga barang+sst(105) + gst (6%)}

main hentam kromo je masing-masing..huhu

ni merupakan senarai barangan yang tidak dikenakan dengan GST

  1. Semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport.
  2. Roti putih dan roti ‘wholemeal’.
  3. Serbuk kopi, teh dan koko.
  4. Mi kuning, kuey teow, laksa dan bihun.
  5. Ubat-ubatan penting Nasional yang meliputi hampir 2,900 jenama ubat. Ubatan ini adalah untuk kegunaan rawatan 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan.
  6. Bahan bacaan seperti buku mewarna kanak-kanak, buku altihan dan rujukan, buku teks, kamus dan kitab agama.
  7. Surat khabar.
tapikan,,,mostly tak tahu pun barang yang kena gst atau tak kena gst...sampaikan peniaga kenakan GST pun..diorang tak tahu,..main bayar je..dengan rela hati.huhu


so.apa perlu buat jika tertipu?









2 comments:

Nadiah Hanum Wahab said...

Salam kenal dari blog Cik Nad - http://nadiah245.blogspot.com...;)
#done follow

Salman Khan said...

SAP HANA is actually a major in-memory homework make it easier to which actually brings together SAP prospect lists computer programs by means of pre-tuned web server, storing appliances, coupled with marketing computers because of one sap hana online training in uk
of the primary SAP computer systems . SAP is one of the premier software package establishment on this planet. The SAP HANA was created to assistance real-time sensible alongside transferable running.