Thursday, January 22, 2015

wishlist untuk rumah tahun 2015


assalamualaikum..



malam ni tetiba gatal tangan nak update belog.
tetiba nak share ape impian aku untuk rumah kami tahun 2015.
tak boleh nak berangan banyak. sebab tahun ni dah start GST kan..so kene jimat banyak.huhu.
cukup lah satu je wishlist untuk rumah untuk tahun ini.
iaitu...nak pasang auto gate dan tukar gate rumah kami.
wiring autogate dah pasang masa awal-awal pindah rumah dulu.
dah survey-survey harga...range harga dalam rm1300- rm1800 kalau yang bagus punye. tak termasuk gate ok.huhu.




tujuan nak pasang autogate..untuk keselamatan aku dan anak2 of course.



ni pulak antara design gate yg aku minat...simple je...


actually....ada berangan gak nak pasang suzuka stone kat tembok depan porch....
macam dalam gambar ni..



credit gambar kat blog vanillapink

kenan sangat kat suzuka stone tu..huhu..
berangan je dulu ni:P 
bajet takde lagi nak pasang camtu..so berangan je dulu ok.huhu


oklah..tu je nak cerita malam ni..;)
bai . assalamualaikum!



Wednesday, January 14, 2015

wordless wednesday #45 : how to be healthy without a gym

Thursday, January 8, 2015

pengalaman bercuti di Jakarta dan Bandung Part 4- finale episode :P


assalamualaikum..
akhirnya...finale episode of pengalaman bercuti di jakarta dan bandung!:P
dan

cant wait babe.cant wait.
aku sendiri tak sabar nak tunggu ending die ok.huhu
sebab dah makin malas nak cerita pasal tu sebab cerita dah basi kan.tapi nak kene cerita gak sebagai kenangan dan juga berkongsi tips utk pembaca sekalian.:P




day 5

masa untuk pulang! yay! dah rindu kat Malaysia tanah air terchenta;)
hari kelima tak kemana-mana.just kemas baju dan barang barang , timbang bagi tak overlimit:P
lepas sarapan kat Hotel, kitorang pon menuju ke airport Bandung yang kecil lagi sempit.huhu
tapi proses kat airport tu kejap je.
sebab upah orang sana buat dan uruskan beg2 kita


masa kat airport bandung. zaheen semangat nak baca buku cerita baru beli kat airport.huhu.

tak sabar nak balik malaysia!


perjalanan dari Bandung ke Kuala Lumpur mengambil masa selama 2 jam. nasib baik zaheen n ziyad tidur sepanjang perjalanan dalam kapal terbang tu. risau gak aku nak handle diorang berdua tu tanpa encik suami.






tapi....sampai kat KLIA2 diorang dah mula meragam..huhuhuhuhuhuhu.
kesimpulannya, penat nye travel bawak budak kecik.haha

lagi-lagi budak kecik ni:P lari sana,lari sini kat airport.ibu dengan poksu amin dah kepenatan dah. si ziyad ni tak penat2
-_-



ok itu je nak cerita, tamat sudah kisah percutian kami.
tak sabar nak bercuti lagi :)



p/s: special thanks to my dad ...sebab uruskan percutian kami kali ini. segala urusan tiket, hotel, makan minum,tourist guide ,pak supir, tempat untuk dilawati...semuanya ayah yang uruskan...tq ayah! hehe.
p/s lagi: ayah aku adalah part time travel agent. berminat nak tanya..boleh emel aku.. mrsnawuza@gmail.com


bai!assalamualaikum!

Tuesday, January 6, 2015

Pengalaman bercuti di Bandung dan Jakarta part 3


Assalamualaikum..
penat dah nak menaip banyak2 ni. rasa macam nak pendekkan cerita je.hohoho

Day 4


hari ke empat..rasa tak berapa best sebab encik suami n ayah nak balik ke Malaysia atas urusan kerja. yup, diorang balik dulu. kami yang lain(aku,anak2,ibu,adik aku,paklong n maklongku) balik hari esok..:( 
sedih ...tapi nak buat macam mana.. huhu. ok lah tu encik suami dapat cuti 4 hari weekdays :P 

pagi tu...kami sarapan dahulu kat hotel. hari ni pakai t shirt Bandung yang baru beli masa kat Pasar Baru,hehe.sedondon kami anak beranak. 
ni gambar t shirt tu dari dekat. pilihan encik suami :) 

btw, breakfast kat hotel Golden Flower  ni best sebab banyak pilihan. masa aku tengah sarapan , ramai gak jumpa orang malaysia sarapan kat hotel ni. rupenye, ramai orang malaysia stay kat hotel ni. huhu


ok, destinasi hari ni adalah Terminal Tas .


gambar ihsan gugel. aku tak sempat nak snap pic kat sini sebab rambang mata:P haha
sempat la gak aku sambar purse , kasut 2 dan kasut zaheen 1. hehe.
btw,harga purse,wallet ,jaket, kasut kulit sini adalah murah sangat:) 
jenis kulit adalah daripada kulit kambing biri-biri. btw, aku banyak perabis duit kat sini gak.huhu.



satu lagi tempat barangan kulit murah adalah Jalan Cibaduyut. encik suami beli Jaket Kulit die kat sini. 


gambar ihsan google


btw, mana aku tau tempat2 best kat sini.. jawapannya...adalah sebab ayah aku adalah part time travel agent. haha.ayah aku memang selalu bawa orang ke Bandung dan Jakarta. juga Vietnam. dalam setahun tu adalah 3-4 kali bawa orang ke sini. satu group kadang sampai 50 orang ayah aku bawa. kadang-kadang kalau cuti sekolah mak aku join sekali tolong ayah aku :) 


next, kitorang pergi makan. lepas makan, singgah jap dekat Trans Studio Bandung. singgah je, tak main pun:)

kami 4 beranak

lepas tu terus ke Toko Tiga. 
ada apa di Toko tiga Bandung?
Toko tiga adalah pusat Jeans Centre asli di kota Bandung 
banyak pilihan Jeans untuk lelaki dan perempuan kat sini. harga pun sangat berpatutan!
tapi, sampai je kat sini, ayah aku n encik suamiku dah terus kene bertolak ke airport :(
so diorang gerak ke airport naik teksi dari Toko Tiga.
zaheen menangis ok :(



aku sempat shopping dress jeans kat sini.


disebabkan zaheen menangis abah nak balik malaysia untuk work, so aku pujuk die tengok tortoise yang ada kat kolam dalam kedai toko tiga ni. suka sangat die tengok sampai merengek nak mintak beli tortoise sampai ke malam ok. -_-



lepas tu, kitorang ke Kartika Sari

gambar ihsan gugel

masa n i, aku zaheen ziyad n adik aku tak turun. stay dalam van je sebab zaheen n ziyad tidur kepenatan. hanya mak aku n paklong maklongku yang turun shopping kek kat Kartika Sari.



next, kitorang pergi ke RUMAH MODE.
ada apa di rumah mode ?

ini adalah kawasan factory outlet.
tempat die ekslusif, bersih,cantik,besar luas dan moden.
harga kat sini pun boleh tahan berpatutan gak. lagipun waktu tu tengah Sale.
best gak shopping sini:)
iii

rumah mode.

ok, tu je untuk hari ni.. tak larat nak taip banyak2 malam ni. bersambung lagi ya....


Monday, January 5, 2015

Perkhidmatan SURPRISE kek di Pasir Gudang


Assalamualaikum semua!:)


Alhamdulillah...lately ni ramai customer semakin mempercayai Mrs Nawuza Bakery :)



devils food choc cake. antara bestseller cake Mrs Nawuza Bakery.



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah:)



ramai juga yang tanya...boleh tak nak surprise kan birthday dengan delivery kek ?
jawapannya..BOLEH !!! :)

snowy cheese cake..antara kek yang mendapat tempat di hati pelanggan :)



walaupon anda jauh di KL, Melaka, Pulau Pinang, Sabah ,Perak ,Kelantan..tapi jika anda ingin surprise kan seseorang di Pasir gudang,Johor..kami boleh delivery kek itu bagi pihak anda meskipun anda jauh beribu batu :)


Red velvet cake...bestseller juga :) sampai ada yang cakap...red velvet secret recipe pon tak sesedap RVC kak ain :) thanks sangat support kami :))




tapi......hanya delivery di sekitar Pasir Gudang, Johor sahaja tau!:)





atas: congo bars. bawah: walnut brownies. juga adalah produk bestseller Mrs Nawuza Bakery :)
yang ni boleh pos :) 



berminat nak surprise kek untuk seseorang ? 
whatsapp kami 0137812223 :) 


p/s : jangan lupe like mrs nawuza bakery di Facebook dan follow mrsnawuzabakery di instagram. tq!

Saturday, January 3, 2015

Pengalaman bercuti di Jakarta dan Bandung Part 2

assalamualaikum...

sambungan dari kisah pengalaman bercuti di jakarta dan bandung part 1..




Day 3







Hari ketiga, kami pergi ke Bandung menaiki van persiaran kami. bergerak selepas sarapan pagi di hotel. kami  bertolak ke sana dalam pukul 8.30 pagi waktu Indonesia. perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan menaiki van persiaran.
cuaca agak panas. dan jalan pula asyik jem.banyak kenderaan. so kitorang lebih banyak tidur masa dalam perjalanan ke Bandung tu.huhu.


zaheen n ziyad...tidur dengan pak usu Amin kat seat belakang.huhu.nasib baik ade adik bongsu aku yg banyak tolong jaga anak aku masa kat sana. tq Amin!;)


sampai je di Bandung, kami pergi makan dulu. maaf, tak ingat nama kedainya.huhu. tapi masakan padang la makanannya. lepas makan tengah hari n solat...kitorang terus ke Pasar Baru, Bandung untuk shopping . actually, satu hari suntuk kat Pasar baru, Bandung.
Pasar Baru Bandung ataupun nama penuhnya Pasar Baru TRade Centre terletak di tengah-tengah Bandung.

kat sini la tempat shopping baju,kain sulam, kain lace,telekung, dan sebagainya.
kedai nya memang besar dan banyak tingkat. memang tak cukup masa nak shopping sini satu hari je:P huhu
boleh bangkrup kalau berhari2 shopping kat sini. haha

masa kitorang sampai sini...hujan lebat. ada beberapa orang datang jemput n payungkan kitorang masuk ke dalam kedai. tapi kene bayar la. huhu. lepas tu ..akan ade orang kat situ yang akan bawa kan kita ke kedai2 kat dalam pasar baru ni. alhamdulillah dapat supir muda yang baik.nama die Bayan. nampak muda  dan macam budak lagi..rupanya dah 28 thn. hehe.biasanya die akan bawa kan barang2 yang kita beli dan bawa kita ke tempat2 yang kita nak shopping dalam tu. 



actually tak banyak pon snap gambar masa kat sini. sebab sibuk shopping n jaga zaheen ziyad yang meragam.huhu.biasalah,budak budak bukan suka gi tempat camni..cepat bosan. lagipon panas skit kat situ, diorang tak selesa.

ni masa kat kedai kain.
ok, empat gambar kat bawah ni bukan gambar aku. sebab mmg aku tak sempat nak snap pic masa tu hari tu. aku amik kat google utk tunjuk kat korang keadaan dalam pasar baru tu..

memang banyak kain sulam pelbagai corak kat sini. memang rambang mata.harga pun murah.kena pandai tawar



t shirt. kitorang sempat la beli t shirt kenang-kenangan kat sini. beli yang jenis 100% cotton. 95000 rupiah sehelai utk dewasa.tapi mahal skit la harga die.kalau yang biasa,kain die tak sedap sangat pakai. yang biasa boleh dapat 100 000 rupiah 5 helai.


sampai terlena ziyad tunggu kitorang tawar menawar. huhu
kitorang shopping kt sini sampai dekat nak magrib.
memang sehari suntuk kat sini.


lepas shopping, pergi makan.makan dekat kedai belacan. sedap makanan kat sini. siap ade live band tau.kita boleh request lagu kat die n die akan nyanyikan live utk kita:)

kedai makan ni 2 tingkat. binaan dan hiasan dalaman pun cantik. kitorang dapat seat sebelah kolam ikan n berhadapan dengan LIVE BAND tu :)
recomended!

penyanyi utama. suara sedap. :)

 banyak gak lagu yang kitorang request utk die nyanyi lagi2 encik suami. hehe.
apapon, suara n muzik diorang best! :)


lepas dah kenyang, kitorang terus ke hotel. penat ok hari ni. badan pon dah melekit2 .huhu.
kat Bandung, kitorang stay kat Golden Flower Hotel. hotel 4 bintang .

kat depan hotel..



ni gambar bilik hotel tu,...






selesa. tapi agak kecil berbanding hotel kat Jakarta hari tu.


ok, bersambung lagi ye..hehe