Saturday, June 13, 2015

kuasa SEDEKAH

ni copy paste dr facebook.
FB: Dr Siti Ujila Official



KISAH MAGIK: IMPOSSIBLE JADI POSSIBLE. APA RAHSIANYA?
.
Sepanjang hampir 3 tahun saya menjadi seorang pendidik di UPM, banyak 'peristiwa' yang takkan mampu saya lupakan. Yang mengajar saya satu perkara penting: erti kehidupan.
Percaya tak, kisah yang ingin saya kongsikan kali ini boleh menyebabkan sesiapa pun ternganga membacanya. Sebab anda tidak akan percaya pada 'magik' yang berlaku. Saya ingin kongsikan kerana di sebalik cerita ini, sebenarnya ada satu 'rahsia' kejayaan yang ramai orang tak tahu.
Ceritanya bermula apabila seorang anak didik saya stuck dalam projek ilmiah tahun akhirnya. Ya Allah, Tuhan je yang tahu risaunya saya. Tesis projek perlu dihantar lagi 2-3 minggu. Dengan eksperimen yang belum selesai (baru separuh jalan), hasil belum ada, nak buat eksperimen perlu 'q' panjang (sebab nak guna mesin yang orang lain dah 'q' panjang), technician tak bagi guna mesin, due date dah semakin dekat.
Akhirnya dia datang jumpa saya. Katanya, nampak mustahil untuk siap.
Benar katanya. Kalau berusaha sungguh-sungguh tapi masih ikut 'cara biasa' memang peratus untuk projek tu siap sangat rendah. Sebab masa dah sangat singkat. Halangan dari pihak lain pula sangat banyak.
Saya tarik nafas panjang.
'Awak kena pakai magik, Zack' Akhirnya saya berkata. Dia pula pelik dengan kata-kata saya. 'Magik macamana tu Dr?'
Panjang lebar saya menerangkan, tapi pointnya 2 saja:
1. Dalam masa singkat yang ada ni, give your 100% best effort. Dia tahu apa kerja yang perlu dilakukannya. So saya kata, buat semua tu sungguh-sungguh.
2. Jangan 'rely' kat diri sendiri. Kita ni manusia, lemah. Tapi kitakan ada Tuhan yang Maha Hebat, yang sangat baik, yang kalau Dia nak tolong kita anytime kerja kita boleh jadi mudah, boleh settle. So di samping buat kerja dengan 100% best effort, buat benda-benda lain yang Allah suka.
Saya berikan beberapa contoh:
- nampak makcik cleaner, derma la kat dia.
- ngaji lebih sikit
- solat malam
- kalau beli goreng pisang, bayar lebih.
- gembirakan mak ayah, anak isteri.
- buat kerja amal. tolong orang lain.
Sebab saya percaya pesan Tuhan:
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
Inilah magik kehidupan yang ramai orang tak tahu. Ramai orang fikir bila nak berjaya dalam sesuatu, mesti kena usaha sungguh-sungguh saja. Sampaikan nak buat kerja-kerja volunteer pun berkira. Dia lupa yang untuk dia berjaya tu, akan jadi lebih mudah kalau Tuhan tolong. Anytime benda yang 'impossible' boleh jadi possible.
Saya kata lagi...yang ramai orang sedekah..tapi padanya sedekah untuk dapat pahala, untuk masuk syurga. Kalau itulah niat dan kefahamannya, itulah yang dia dapat. Kenapa bila soal nak berjaya, mesti patah balik pada 'usaha bersungguh-sungguh'. Abih-abih, doa kepada Allah.
Betul, usaha kita mestilah yang terbaik. Tapi tak ramai orang faham...yang bila dia bersedekah, buat kerja2 amal, buat benda-benda yang Allah suka, tolong orang lain..on top of usahanya yang sungguh2..kejayaan itu lebih mudah, lebih dekat. Nampak macam akan mengambil masa kita..yelah nak kena spend masa pula buat kerja amal. Tapi masa yang diambil itulah nanti yang akan buat perkara yang mustahil tiba-tiba jadi tak mustahil lagi. Pokok pangkalnya pada kepercayaan kita. Kita percaya tak yang Allah akan tolong kita.
Kan Nabi Zakaria yang sudah lewat usianya pun mendapat zuriat? Nabi Ayub yang sakit sekian lama juga sembuh umpama magik. Semuanya Allah yang uruskan.
Bukankah kita bertuhankan Allah yang sama?
Saya ingat lagi, saya kata pada student saya tu.."Kalau awak percaya dan buat 'formula' ni..nanti awak akan terperanjat..projek yang nampak mustahil nak siap ni boleh siap on time. Dan jangan terperanjat kalau awak menang projek terbaik"..sebab kalau Allah nak tolong, anything can happen.
Jawab beliau "Saya dapat siapkan projek ni pun saya dah lega, Dr."
Saya tahu, dari riak wajahnya..dia antara percaya dengan tidak apa yang saya katakan. Tapi saya amat berharap dia buat 2 perkara yang saya pesan itu.
Selang beberapa hari, dia jumpa saya dan katanya eksperimen dah siap!
Ya Allah, saya tak mampu nak kata apa.
Katanya technician yang pada awalnya taknak bagi dia guna mesin disebabkan 'q' yang panjang..tiba-tiba bagi dia guna sebab orang yang sepatutnya guna waktu tu tiba-tiba tak datang. Dan tiba-tiba, technician tu beriya menolongnya dan mengajarnya itu ini. Sampailah eksperimen tu siap dan hasilnya depan mata saya.
Dia sibuk bercerita apa yang 'tiba-tiba' berlaku..tapi saya tidak mampu memberi tumpuan. Saya sangat ter-"wow" dengan magik ini. Saya hanyut dalam pujian yang tidak putus-putus kepadaNya, Tuhan yang sangat baik. Saya tahu, Tuhanlah yang buat semua yang tiba-tiba ini berlaku.
Saya tanya pelajar saya tu "apa yang awak dah buat?" Jawabnya, "saya buat macam yang Dr cakaplah"..serba sedikit dia berkongsi cerita.
Ya Allah inilah yang saya namakan magik. Bukan kebetulan, tapi magik dari Tuhan.
Rupanya magik ini tidak terhenti setakat itu.
Hari ini, beliau bersama pelajar-pelajar yang lain membentangkan projek mereka kepada beberapa orang juri. Ada juri dari industri. Ada pensyarah dari universiti lain. Saya sempat menjenguk. Dan baru sebentar tadi, saya menerima mesej "Dr, saya menang projek terbaik. Gold medal (tempat pertama)"
Ya Allah, tergamam saya dibuatnya. Saya salah baca ke? Berulang kali saya tatap mesej itu. Ya Tuhan, janjimu benar. Terima kasih ya Allah.
Kata student saya apabila eksperimennya siap: "Apa yang saya belajar ni saya rasa lebih berharga dari projek itu sendiri"
Betul. Sebab inilah formula kehidupan. Rahsia macamana hidup kita bahagia dan berjaya, jika kita faham yang agama bukan hanya pahala-syurga. Tapi apa yang diajarkan oleh agama kita, itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini lagi.
Saya harap ia suatu yang bermanfaat untuk perjalanan kehidupan beliau yang seterusnya. Juga untuk anda yang membaca cerita ini. Jika ada manfaatnya, kongsikan agar orang lain juga tahu rahsia kejayaan ini.
.
.
FB: Dr Siti Ujila Official
Dalam ebook terbaru saya, ada saya ceritakan 'rahsia' kejayaan ini dengan lebih terperinci dalam salah satu babnya. Saya kongsikan pengalaman menemui rahsia ini saat perjalanan phd saya waktu itu sangat sukar. Jalan buntu. Ikuti bagaimana ia menjadi begitu mudah sehingga alhamdulillah saya berjaya lulus phd 'without amendment'. Juga saya terangkan bagaimana menanam formula ini kepada anak2 kecil kita supaya mereka juga mudah meraih kejayaan. Dapatkan ebook ini di:www.generasiluarbiasa.com/adha.html. Ia sebenarnya percuma kerana harga yang anda bayar untuk mendapatkannya 100% akan digunakan sebagai infaq untuk program giving back to school: "Generasi Luar Biasa". Maklumat lanjut pada link di atas

Friday, June 12, 2015

guna 'reward system' untuk anak

assalamualaikum.. dan selamat sejahtera semua:)
hari ni dah hari jumaat..
ini bermakna..
cuti sekolahku berbaki lagi sehari.. sebab, ahad dah sekolah..huhu
kejap je rasa masa berlalu..
rasa tak puas duduk rumah 24/7 dengan anak-anak.huhu
walaupun lagi penat sebenarnya..tapi..
rasa happy dan secure tengok anak depan mata berbanding kat rumah orang or taska..



ok., hari ni nak share pengalaman aku guna sistem reward untuk disiplinkan anak..tanpa perlu guna kekerasan..
actually aku dapat idea ni dari blog adlilrajiah. Thanks:) 


ini contoh sistem reward yang saya buat.
saya buat satu jadual untuk zaheen dan ziyad.
dan bagi sticker STAR jika diorang capai goal yang saya tetapkan.
dalam gambar ni baru hari kedua sistem ini dilaksanakan..
hari ni (12/6/15) dah hari keempat.
apa yang saya boleh katakan...
alhamdulillah, nampak ada perubahan yang memberangsangkan :)
perubahan positif kepada anak..dan juga kepada ibunya:)
macam..hidup diorang lebih terarah dan bermatlamat walaupun diorang masih lagi kanak-kanak.
bukan setiap hari main n tengok TV je.
ibu nya pon lebih tenang dan terkawal emosi.hehe


aku rasa, kanak-kanak memang obses dengan dapat banyak star. 
diorang bangga jika dapat banyak star.
zaheen dan ziyad sendiri teruja nak dapat banyak star.
so, setiap kali diorang follow goal yang telah aku tetapkan,
diorang akan dapat star 
dan
 aku akan tampal sendiri star tu depan mata die. 
atau, kadang2 aku bagi star tu dan minta die tampal sendiri kat jadual tu :)


aku letak jadual ni di tempat yang diorang senang nampak dan tengok.
(aku letak kat peti sejuk je)
setiap hari diorang tengok dan kira star yang diorang dapat.hehe
jika dapat banyak star, diorang akan dapat hadiah. itu janji aku.
seperti holiday. 
yup, diorang suka bila dengar perkataan holiday.
yelar, 
sebab holiday mmg best kan... dapat tidur hotel cantik, mandi kat swimming pool dan macam2 aktiviti lagi kitorg buat kalau holiday kan.



checklist goal diorang ni actually akan berubah-ubah  ikut  perkembangan umur..
dan jangan letakkan goal yang susah nak dicapai pula...
macam aku,
aku buat simple goal aja dulu..
1. makan di meja makan ( sebab diorang suka makan di sofa smbil tgk tv)
2. tak bergaduh (biasanya si ziyad yang suka cari pasal dgn kakak die -_- )
3.kemas mainan selepas main (part ni aku suka.. sebab diorang dah kemas mainan sendiri lepas main..so jimat masa aku.hehe)
4. tak masuk jari dalam mulut ( sebab diorang ade habit, suka masuk jari dalam mulut... maka sy perlu buat goal ni)
5. baca buku setiap hari ( sekarang alhamdulillah, senang nak ajak baca buku... terutama buku ilmiah seperti bacalah anakku, peter and jane)
6. mengaji setiap hari ( biasanya mengaji selepas magrib..ni dah lama mula...cuma on off on off..maksudnya tak setiap hari la)
7.solat dengan ibu abah 


so, kalau dah consistent dpat star setiap hari untuk goal tertentu, maka boleh lah kita ubah goal lain pula untuk die capai..


ok..itu je aku nak share..
harap bermanfaat,,
aku pon actually baru je bermula..
tapi nampak hasilnye..n im so excited :)
selamat mencuba!


p/s: ...masih banyak perlu belajar menjadi ibu...walaupun sudah anak dua... 






Thursday, June 4, 2015

Fasa TERRIBLE TWOS

assalamualaikum..

dah lama tak berblog
dah lama tak cerita pasal anak
hari ni tetibe nak cerita pasal fasa terrible twos anak bujang aku, Ziyad. 
aku rasa jaga anak lelaki lagi mencabar daripada anak perempuan.
yup, ziyad lagi susah nak handle berbanding kakaknya, Zaheen.
sangat-sangat menguji kesabaranku.
lebih2 lagi sekarang ziyad dalam fasa terrible twos.
kadang-kadang aku pon nangis sekali masa ziyad tantrum :(
nangis sebab menyesal marah ziyad masa die mengamuk
nangis sebab marahkan diri sendiri tak pandai nak urus anak tantrum
menangis sebab stress penat urus rumahtangga, anak tantrum, bisnes lagi, keje sekolah lagi..
..im sorry ziyad..


dulu waktu zaheen, aku sempat n rajin lagi nak google perkembangan anak setiap bulan.
sekarang ni dah xmenyempat sangat.
hari ni ziyad tantrum sangat.
hari ni antara yang paling teruk.
lama tantrumnya.
last2 aku yang menangis sekali dengan dia.
ya allah, kuatkan lah aku...
aku nak jadi ibu yang terbaik untuk anak2 aku..
of course sebagai ibu rasa bersalah jika marah anak..
tapi aku marah sebab nak mendidik mereka..
nak mereka jadi anak yang baik,..berdisiplin...berjaya..
ibu sayang zaheen dan ziyad...



ni antara tantrum ziyad umur 2 thn ++
-suka menjerit/marah-marah
-pukul/sepak/tampar org jika tgh marah (selalunya kakak zaheen jadi mangsa)
-lempar-lempar barang (terutamanya remote TV and astro)
-kadang-kadang hantuk kepala sendiri ke lantai
-pantang kakak die pegang barang/mainan/buku,mesti die nak juga.biasanya die rampas dari kakak zaheen.
-kadang-kadang protes dengan cara conteng dinding rumah, tutup suis tv masa kitorg tgh syok tengok tv
-pantang kalau tak dapat tengok cerita die nak. 
-baru kejap tadi die patahkan skarf baru kakak die yg baru beli semalam kat JUSCO -_-




dan ziyad yg selalu buli kakak die ok...
setiap hari ade je die kacau kakak die, dan of course la hingga menimbulkan pergaduhan..huhu
yg pening IBU die ni..
asik gado je..gerammmm ibu.huhu
tak sabar nak habis fasa terrible twos.huhu


antara tips dari pakar terapi untuk menghadapi anak tantrum:


1. jangan rotan ketika anak mengamuk, biarkan sekejap anak layan perasaan
2. peluk anak kuat kuat, rapatkan badan tangan, rangkul skali dengan kaki
3. bisikkan kata kata yang baik seperti ibu sayang, ibu minta maaf atau apa saja, atau doa dan selamat buat 1-3min.
4. duduk sama level dengan badan dan mata anak, tengok dengan kasih sayang kerana pasti ada sesuatu yang dia tidak puas hati dengan anda
5. setelah anak reda, bercakap cakap la dengan anak tentang rasa hati nya... tanya nak apa, kenapa marah, kenapa kita tak izinkan dan sebagainya, jangan marah anak sewaktu baru reda amuk




ok.take note ni Ain.please.
bersabarlah..
jadi ibu dan ayah memang banyak mengajar erti kesabaran kan?
tadi baca kisah anak istimewa kat Facebook, terus rasa sebak..
bersyukurlah sebab ade lagi orang yg susah dari kita..
bersyukurlah...
terima kasih Allah ..
sekian luahan hati seorang ibu malam ini :)