Sunday, April 17, 2016

resepi bread pudding yang sedap dan mudah !

assalamualaikum!
dah lama tak menaip kan?
dah lama xshare resepi...
malam ni tetiba terrajin nak share resepi puding roti yang sedap, tak manis sangat, lembut dan insyaallah kalau ikut resepi dengan betul..confirm jadi ;)
actually, resepi ni pun dapat dari fb, tapi xingat sumber mana. TQ:)
tried n tested. memang sedap! memanggggg sedappppp :D
sebab sebelum ni pernah try bermacam resepi bread pudding...mostly tidak menepati citarasa dan adakalanya kurang menjadi T_T



bread pudding with anglaise cream. soooo yummy!


bahan2:

3/4 bahagian roti gardenia (saiz kecil)
1 tin kecil buah pic jenama ayam brand
10 biji telur
500 ml susu segar dutch lady
500 ml uht whipping cream jenama anchor
100g gula pasir 
badam untuk topping

cara buat:

1.susun buah pic dlm bekas/loyang bakar
2. koyak2 kan roti dan masukkan dlm loyang tadi
3. kacau telur  guna garfu dlm bekas lain.
4. dalam periuk, masukkan susu, whipping cream ,gula dan telur yg dah dikacau tadi,,masak atas api kecil,sentiasa kacau supaya tak berketul.tak perlu hingga mendidih or menggelegak. hanya suam2 just nak bagi gula cair. bila gula dah cair n larut, tutup api.
5. tuangkan adunan susu kedlm loyang tadi. 
6. tabur badam atas adunan tadi,
7. bakar suhu 175 -180 degree celcius, 35-45 min or sehingga masak.depends pada oven masing2.


bahan krim anglaise:

2 biji kuning telur
50g gula perang
1 tin susu cair
1sk tepung jagung + 1sb air dikacau bersama


cara buat:

telur+gula...gaul sebati.
masak susu hingga suam. masukkan adunan telur dan tepung jagung tadi.
masak atas api sederhana sehingga pekat.tutup api. sejukkan dlm peti sjuk,


selamat mencuba!


No comments: