iklan

Saturday, June 18, 2016

40 weeks pregnant.

assalamualaikum..



hihi..im still pregnant kepada sesiapa yang tertanya-tanya:P

haha.actually mmg hampir setiap hari orang tanya aku 'DAH BERANAK KE BELUM" atau..."DAH BERSALIN KE?" 

haha..actually mmg agak stress bila ibu mengandung yang sedang tunggu masa nak bersalin or dah hampir dekat tarikh due or dah melepasi tarikh due di soal dan diasak soalan itu bertubi-tubi dari ramai orang:P huhu

perutku @ 40weeks pregnant.
tepat2 pada hari due date. 


stress...sebab aku pon tak tau bile nak beranak ni?ohooiii..
hari dah 40 weeks 3 days. 
dah overdue 3 hari.
anak2 aku dulu zaheen dan ziyad pon overdue.
zaheen overdue 6 hari, lahir 3.81kg.
ziyad pula overdue 3 hari, lahir 3.9kg.
maybe baby nak ikut jejak langkah abang dan kakak die ..overdue juga.huhu..
tak apalah, yang penting anak ibu sihat dan selamat semuanya.
i just can't wait to meet u baby :)


yang paling selalu banyak tanya bila baby nak keluar ialah Ziyad.
huhu...sebab die tahu akan dapat baby boy. 
so die excited nak main dengan baby nanti. 
selalu letak mainan die atas perut ibu sebab nak bagi pinjam baby main,hihi
so sweet abang Ziyad :)

hihi,abg ziyad bagi baby pinjam mainan die.


actually, minggu ni aku agak kurang sihat.
kena batuk berkahak ..kahak warna kuning pekat.
batuk yang kuat sampai aku kene asthma dan kene neb.
dah lama aku xkene asthma ok.neb pon last tahun lepas rasanya.
lepastu, disebabkan batuk kuat, aku punya dada bahagian belakang sakit gila. bisaaaaaa. nak buat apa2 pon tak boleh:( 
kalau ikutkan doktor nak bagi antibiotik sebab ade infection katanya (kahak kuning pekat).
tapi memandangkan masa aku g klinik tu, lagi satu hari nak due aku...doktor kata tak payahlah antibiotik,. so aku just dapat ubat batuk n ubat cair kahak utk ibu mengandung.
alhamdulillah lepas 2 hari keadaan makin ok..dan hari ni alhamdulillah aku makin sihat.
dah boleh aktif macam biasa :)
kalau tak...tidur malam pon xlena sebab asyik batuk n wheezing jn kene sedut inhaler sbb asthma.
aku risau gak kalao xbaik lagi nnt nak bersalin semput camne? T__T
sekarang masih batuk,tp dah kurang..dan bila batuk dah sakit kat dada..n kahak pon dah cair..
mybe baby nak tunggu ibu sihat betul baru nak keluar :)


oklah,tu je nak mengomel malam ni...
nak tdo dulu..
gudnite alls
doakan urusan bersalinku dipermudahkan..
mudah , cepat dan selamat.
aminnnnnn :))))))




Sunday, June 12, 2016

alhamdulillah , akhirnya potty training Ziyad berjaya pada hari ke 6 :)

Good Job Son!



hehe,..

actually, proses potty training memang perlukan kesabaran yang TINGGI dari ibu dan bapa .
pada awalnya memang kena banyak bersabarlah kalau die terkencing or terberak ke kan...
kena la rajin mengelap dan mengemop pada awalnya..
tapi lama2 ianya mendatangkan hasil:)
hasilnya, dapat jimat duit tak payah beli pampers lagi.huhu



ada yang bertanya tips macam mana saya ajar ziyad potty training...
actually,banyak juga refer encik google, tengok pengalaman mommies lain cara mereka ajar anak potty training. ada yang dah bermula potty training seawal anak mereka berumur 1tahun ++ dan masih belum pandai cakap lagi. wahhhh gigih dan hebat betul mereka. sy pula bermula umur 3tahun untuk Zaheen dan ziyad pula masa umur die 3tahun 5 bulan. kira lambat jugak la ni sebenarnya ajar ziyad potty training.huhu



antara tips saya ajar anak sy potty training :

1. sy guna REWARD SYSTEM.  sy akan bagi die STAR jika die berjaya kencing or berak di toilet. dan sy bagitahu die...kalau dapat star banyak2, saya akan bagi die hadiah sebagai reward. dan memang sy tunaikan janji itu. sebaik sahaja proses potty training ziyad berjaya, sy belikan die mainan SUPER WINGS yang diminta :)

2. saya juga akan bagi pujian kalao die berjaya kencing or berak dalam toilet. Contoh ayat " Pandai Ziyad kencing dalam toilet." . selain itu, sy juga akan peluk dan cium die jika dia berjaya kencing n berak dalam toilet. Tunjukkan kita happy sangat tengok die berjaya kencing/berak dlm toilet. nak tepuk tangan pon boleh :P huhu

3. lepas tu sy belikan die spender bergambar kartun yang dia suka. happy ziyad dapat spender Captain America, Spiderman, Gambar boat dan sebagainya,huhu

4. selalu ingatkan die dah besar, kencing n yak dalam toilet. bukan dalam pempes. sentiasa ingatkan dia kalau nak kencing n berak pergi toilet.

5. masa hari awal2 ajar potty training memang agak penat sbb kene bawa ke toilet setiap sejam untuk suruh die kencing. tunggu die kencing.

6.kalau die nak berak, sy ajar die guna toilet bowl. kalau toilet bowl tinggi, sy letak bangku kecil kat kai die dan bgtau die kalau dah siap yak bgtau. alhamdulillah, masa potty training ziyad, die tak pernah terberak dalam seluar, just ade terkencing je dlm tempoh potty training tu.

7. seblum nak tidur, tak kira la tdo siang or malam, memang wajib bw die pergi kencing dlu..n bangun tdo terus ajak pergi kencing. tp malam mmg sy masih pakaikan die pempes lagi wpun dah kencing sblum tidur sebagai langkah berjaga2. maklum la...masih awal lagi..takut terkencing juga. setakat ni hanya sekali dua je terkencing dlm pempes masa tdo malam. smpai skang pakaikan, tp pempes bersih, xde air kencing bila pagi.

8.kalau boleh kena buat masa hari kita cuti...buat berterusan n konsisten, insyaallah berjaya:) alhamdulillah , 5 hari sy buat secara konsisten, masuk hari ke 6, dia dah boleh rasa bile nk kencing or yak,so die sendiri bgtau kita die nak cing n yak n die yang ajak kite gi toilet...


hehe..
itu je kot tips nya,
harap dapat membantu mommies semua :)


Saturday, June 11, 2016

resepi oat choc chips cookies yang sedap dan rangup. dijamin rangup! krup krap krup krapp.hihi

assalamualaikum:)
malam ni nak share resepi oat choc chips cookies yang sedap bangattt.  resepi baru. modified :) lebih sedap, lebih berkhasiat, dan lebih crunchy! dah buat banyak kali. tested n proven! hehe. memang sedap. sampai ramai yang mintak resepi . oklah, i share kat sini resepinya :) kalau dah buat n menjadi, bagitau tau;) hihi



resepi oat choc chips cookies

bahan2:

A)
250g  butter 
180g  gula perang
180g gula pasir
2 biji telur
1 s.t esen vanilla

B)
250g tepung gandum
1 s.t baking soda
1 s.t baking powder
1 s.t garam halus

C)
300g choc chips
200g oat
100g almond nibs(bakar dlu sekejap)
50g walnuts(bakar dlu sekejap)


cara buat:

1. pukul butter dan gula sampai kembang, then, masukkan telur satu persatu dan esen vanila. pukul rata.
2. bahan B- digaul rata,kemudian satukan dengan bahan C, kemudian gaulakan dengan bahan A hingga jadi doh. doh memang agak lembek.
3. ni part penting nak jadikan cookies tu rangup ...sejukkan cookie dough tu dalam peti sejuk dahulu at least sejam..tapi kalau boleh semalaman supaya jadi rangup dan lebih sedap :)
4. bila doh dah sejuk, baru bulatkan dan susun dlm loyang pembakar (tak perlu alas dengan baking paper pon boleh)
5. bakar pada suhu 180 celcius, 15min or hingga masak. depends pada oven masing2 ya. (jgn lupa panaskan oven at least 15min sebelum nak bakar cookies)

ni doh cookies. baru keluar dari oven :)

tips lagi:
*kalau nk lagi sedap, pls gunakan butter yg berkualiti tinggi seperti pure butter jenama anchor, scs atau president. nak campur separuh buttercup n separuh pure butter pon ok..
* guna choc chips jenama hersyes , sedappp.nyam2. sy campur dengan beryls dark choc chips
* nak guna rolled oats pon ok. nak campur separuh rolled oat dan separuh quacker oat pon boleh
*pastikan bakar dlu kacang2.dh sejuk br masuk dlm doh,kalau kacang masih panas...choc chips akan mencair..so doh nnt jadi gelap.choc chips plak dah hilang sbb cair.huhu

jangan lupe like zaheen's bakery di fb dan ig.hehe.

ok, dah bagi resepi. boleh lah korang buat biskut raya sendiri raya ni :)
selamat mencuba:) 




p/s : dah 39weeks 3 days hari ni. doakan aku  tak overdue...dan doakan semoga dipermudahkan urusan bersalinku ...:)tq:))

Wednesday, June 8, 2016

sudah 38 minggu 7 hari...

- masih belum ade tanda-tanda nak bersalin (keluar darah/kontraksi yg tetap/keluar air ketuban)
- tapi tanda2 awal hampir nak bersalin dah ade..seperti sakit kat kelengkang(terutama bila baru bangun tidur), sakit pinggang macam period pain..(braxton hicks), kerap kencing/yak/kentut (tang kentut tak boleh tahan sangat.hahahahahha)
- tak nak overdue..tak nak kene induce kalau boleh :(
- sangat berharap dapat bersalin sebelum due date..
- stress gak bile orang tanya bile nak beranak? haha
- tidur malam semakin tak lena...susah nak cari posisi selesa untuk tidur. tidur guna banyak bantal sekarang.
- esok dah 39 weeks..
- pregnant kali ni consume VCO..harap dapat melancarkan lagi proses bersalin;) sebab bila google, ramai yang consume VCO senang bersalin, insyaallah..dan bile consume VCO, hb darah naik lagi tinggi. sebelum ni xpernah cecah 12..biasanya 10-11.5 je..hari tu cek up cecah sampai 12.4 hb darahku.alhamdulillah...:)
-alhamdulillah, larat berpuasa setakat ini..
- lastly, baby Z..bile nak keluar ni? ibu dah tak sabar nak jumpa kamu :) hehe


Saturday, June 4, 2016

day 5 :potty training Ziyad

assalamualaikum..


hari nak share pasal potty training ziyad..


memandangkan baby dah nak keluar n aku lak tengah cuti sekolah panjang , so aku gigihkan diri potty training ziyad padahal tengah sarat macam xlarat gak.
actually agak lambat gak start potty training budak rongak bernama Ziyad ni. 
dah umur 3 tahun 5 bulan baru start potty training ..huhu.. 



so hari ni dah hari ke 5.
aku rasa, potty training anak perempuan lebih mudah berbanding anak lelaki kot.huhu
sebab hari ke 5 ziyad masih ade terbabas terkencing dlm seluar T_T
tapi ade kemajuan gak la.
tapi malam sblm nak tidur still kena pakaikan pempes takut terkencing kan. i is tak larat nak basuh tilam tebal tetiap ari kalau terkencing atas tilam.haha



cara aku..sama je macam tips potty training yg aku baca..




hari pertama: ajak ke toilet setiap sejam. tumggu die kencing. sentiasa pesan kat die kencing dalam toilet. ziyad dah besar tak payah pakai pempes, pakai spender je. bile die kencing dlm toilet, aku tepuk tangan puji die, n bagi STAR dan suruh die tampal kat kertas reward die. so far nmpak die happy dapat STAR lepas kencing dlm toilet. hari pertama xde berak.


hari kedua:  hari kedua, ade berak. aku ade nampak die meneran kat tempat mainan die masa tu, terus aku angkat die masuk toilet, ajar duduk kat toilet bowl tu, so die pon yak kat situ dgn jaya nya. siap bangga tunjuk ade taik die dalam toilet.haha. 


hari ketiga: aku siap ajak husband beli spender baru untuk ziyad sbb nak bg semangat kat die pakai spender. spender yg ade 3 helai je mana cukup.haha. so mlm tu gigih cari spender anak kat JUSCO. terus beli 6 helai.haha.


hari keempat: semakin pandai nak berak. so far, berak xde masalah, xpernah terlepas lg berak bersepah. tp die akan suruh aku keluar dr toilet masa die tgh yak.haha.so dh siap die panggil untuk cuci,haha.

hari kelima: which is hari ini....masih lagi terlepas terkencing dlm seluar masa tgh main dpn tv. hhaha...sabo jek la... mmg kene banyak sabo potty training anak. so saboooo aje la..huhu..


so far aku nampak ade perubahan:
1.dah pandai nak yak kat toilet (xpernah terlepas berak bersepah lagi setakat ni)
2. jimat pempes. mlm je guna.
3.kadang2 kalau die ingat, die bgtau die nak cing dalam toilet.  time xingat....or die lupe,...nasib la.haha.memang keje mengelap mengemop je la satu hari 2kali :P


ok la kan. better  late than never kan?haha..
so far, masih belum berjaya 'free diaper' sepenuhnya la. tapi at least ade perubahan positif.
takpe, pelan2 kayuh. u can do it son :)
chaiyokkkk.


belanja satu gambar ziyad yang terkini, which is gambar hari ni :)
budak manja....
pandai bodek ibu..hehe
semoga jadi anak yang soleh :)
ibu sayang kamu :)


Wednesday, June 1, 2016

37 weeks pregnant :)

assalamualaikum!


dah lama xupdate blog tetibe dah 37 weeks pregnant kan?heee
actually hari ni lebih tepat 37 minggu 7 hari. esok dah officially 38 weeks. yay!
erm..it's a BOY insyaallah :)
due pertengahan JUN ini..
tapi hopefully baby x overdue macam kakak Zaheen n Abg Ziyad.hehe
so i is gigih la berjalan2 ,naik turun tangga,kadang-kadang kalau rajin ketuk ketampi n jalan itik sebab nak cepat kan bukaan dan nak cepat beranak.:P tak sabar dah rasanya.huhu. 
berat pon dah naik mencanak-canak ni. sape tak risau?
lagi2 jika suami anda adalah kurus dan selimmm seperti suami ku.huhu
siap ade yg cakap aku tak muat kot bengkung saiz S sebab nampak aku gempal  T__T
takpe2...aku akan sahut cabaran kamu kamu ituuuwww...
aku akan kembali semula ke saiz S aku lepas bersalin.hohoho


ok, erm,,nak cerita apa ni?
tetiba cam takde idea lak.huhu
erm..
doakan aku dipermudahkan urusan bersalin ya kawan-kawan..
doakan aku n baby sihat..insyaallah ..amin..
walaupun masuk anak ke3..tetap rasa takut dan seriau bila pikir pasal beranak .
ni dah nak due ni..lagi lah aku asik google pengalaman bersalin n etc..
mudah-mudahan yang kali ke 3 ni lebih mudah...aminnnn:)


ok lah, itu saje untuk malam yg indah ini.
taknak letak gambar sebab dah macam dugong dah ni.
hahahahhahaa
Kbai.
assalamualaikum:)