Saturday, June 11, 2016

resepi oat choc chips cookies yang sedap dan rangup. dijamin rangup! krup krap krup krapp.hihi

assalamualaikum:)
malam ni nak share resepi oat choc chips cookies yang sedap bangattt.  resepi baru. modified :) lebih sedap, lebih berkhasiat, dan lebih crunchy! dah buat banyak kali. tested n proven! hehe. memang sedap. sampai ramai yang mintak resepi . oklah, i share kat sini resepinya :) kalau dah buat n menjadi, bagitau tau;) hihi



resepi oat choc chips cookies

bahan2:

A)
250g  butter 
180g  gula perang
180g gula pasir
2 biji telur
1 s.t esen vanilla

B)
250g tepung gandum
1 s.t baking soda
1 s.t baking powder
1 s.t garam halus

C)
300g choc chips
200g oat
100g almond nibs(bakar dlu sekejap)
50g walnuts(bakar dlu sekejap)


cara buat:

1. pukul butter dan gula sampai kembang, then, masukkan telur satu persatu dan esen vanila. pukul rata.
2. bahan B- digaul rata,kemudian satukan dengan bahan C, kemudian gaulakan dengan bahan A hingga jadi doh. doh memang agak lembek.
3. ni part penting nak jadikan cookies tu rangup ...sejukkan cookie dough tu dalam peti sejuk dahulu at least sejam..tapi kalau boleh semalaman supaya jadi rangup dan lebih sedap :)
4. bila doh dah sejuk, baru bulatkan dan susun dlm loyang pembakar (tak perlu alas dengan baking paper pon boleh)
5. bakar pada suhu 180 celcius, 15min or hingga masak. depends pada oven masing2 ya. (jgn lupa panaskan oven at least 15min sebelum nak bakar cookies)

ni doh cookies. baru keluar dari oven :)

tips lagi:
*kalau nk lagi sedap, pls gunakan butter yg berkualiti tinggi seperti pure butter jenama anchor, scs atau president. nak campur separuh buttercup n separuh pure butter pon ok..
* guna choc chips jenama hersyes , sedappp.nyam2. sy campur dengan beryls dark choc chips
* nak guna rolled oats pon ok. nak campur separuh rolled oat dan separuh quacker oat pon boleh
*pastikan bakar dlu kacang2.dh sejuk br masuk dlm doh,kalau kacang masih panas...choc chips akan mencair..so doh nnt jadi gelap.choc chips plak dah hilang sbb cair.huhu

jangan lupe like zaheen's bakery di fb dan ig.hehe.

ok, dah bagi resepi. boleh lah korang buat biskut raya sendiri raya ni :)
selamat mencuba:) 




p/s : dah 39weeks 3 days hari ni. doakan aku  tak overdue...dan doakan semoga dipermudahkan urusan bersalinku ...:)tq:))

No comments: