MEH CUBA RESEPI :)

Wednesday, June 30, 2010

Tips dari mak bidan untuk tahu anak lelaki atau perempuan??


Tanda Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
  • Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala
TANDA BAYI PEREMPUAN
  • Mengalami morning sickness di awal kehamilan
  • Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
  • Bentuk perut condong ke arah atas
  • Perut tampak agak lonjong
  • Mengidam makanan yang manis
  • Sukakan buah-buahan
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
  • Anda lebih cerewet semasa hamil
  • Mudah moody berbanding sebelumnya
  • Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
  • Payudara kelihatan mengembang
  • Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur
credits:bidanbersalin

Tuesday, June 29, 2010

buku mesti beli: Rancang Wang dari Sekarang




buku mesti beli kot:D
lagi2 untuk kami yang baru mendirikan rumahtangga:P
haha..baru ke??dah nak keluar anak pon masih baru ke?:P
em..aku memang suke baca buku-buku motivasi and pasal duit:P
so..saje nak share ngan korang:)


klik sini untuk tahu lebih lanjut pasal buku Rancang Wang dari Sekarang
cara nak beli buku ini...sila klik sini.


p/s: Me is praying for her father.semoga ayah cepat sembuh.love you ayah!

Monday, June 28, 2010

whiteboard


encik suami beli masa shopping kat jusco
xmahal pon .rm10 je
sampai je rumah terus excited pasang kat belakang pintu
and tulis2:P
comel kan?:D
aku lak suke conteng bukan2 kat whiteboard die:P
conteng ape?hanya kami je yang tau:P
lalala

Sayang, I LOVE YOU!;)

Thursday, June 24, 2010

oh ariel peterPORN..dengan lelaki pon ko nak ?dasyat2...kalah tiger woods dan edison chen:P haha

 oh,kantoi sudah:P



Berita Terkini : Ariel Peterpan atau lebih dikenali sebagai Ariel PeterPORN telah disahkan oleh pelakon dalam video seks bersama Luna Maya dan Cut Tari oleh polis. Berita lanjut baca kat sini. pastu kan...dengan lelaki pon die Nak.nak ape?:P berita lanjut baca kat sini. wah, pastu kan, baca tak METRO hari ni?polis siap ukur badan Luna Maya untuk siasat kes Video Seks Ariel Dan Luna Maya.Memalukan!!!

ok.tetibe je aku post pasal ariel kan?abis tu,tak abis2 kat paper,internet,tv ,majalah ,radio even anak2 muridku aku pon tak abes2 ckp ariel ariel dan ariel.kat umah aku ni kalo bukak channel RCTI tak sah kalau takde kisah ariel.Boring sudah:P haha

p/s: aku baru beli 2 selendang hari ni:P ok.ini takde kaitan:P

Monday, June 21, 2010

Portugal 7 ,Korea DPR 0

encemnye:P



wawawa..terernya portugal:P
sokong portugal lak la camni:P

Sunday, June 20, 2010

cuti sekolah dah habis:(

uwaaa...
oh tidak!
haha.
saya mau cuti sekolah lagi.
tak puas la cuti sekolah kali ni:(
bile nak cuti sekolah lagi ni?:D
haha


Saturday, June 19, 2010

selamat hari tua:P


happy birthday to mak, ayah, adek dan abang!!!:)
semoga panjang umur dan murah rezeki ye:)




ni gambar raya tahun 2008. mase ni aku lom kawen lagi:P
big and happy family:D
LOVE YOU ALL!!
xoxo

Friday, June 18, 2010

KFC Shrimp Stix




banyak gile beza saiz Shrimp Stix:P
sah2 memang kena tipu hidup2 ngan KFC:P
tapi org beli gak walau kena tipu:P
credits: ibnurirfadzil


Thursday, June 17, 2010

isteri mengandung.suami pon mengandung?

haha. ini namenye laki bini mengandung:P
baru sehati sejiwa:P haha
tak boleh bayangkan encik suami aku boroi camni:P
oh tidakk!!!!tak nak!haha

Wednesday, June 16, 2010

siapa kata hisap rokok boleh kuruskan badan?siapa kata?

 siapa kata weh??
haha
artikel ni dari Harian Metro.sila baca ye wahai para perokoks~
.
.
.

KUALA LUMPUR: “Saya tetap gemuk walaupun sudah 11 tahun menghisap rokok, malah boleh dikategorikan sebagai obesiti kini,” kata Juruselam Najibah Muhammad, 25.
Dia yang mula menghisap rokok ketika di tingkatan dua berkata, tabiat itu menjadi amalannya selepas terpengaruh kata-kata seorang rakan lelaki yang mendakwa rokok mampu menurunkan berat badan terutama bagi wanita.
“Pada mulanya, saya merokok kerana ingin menjadi kurus, tetapi cara itu tidak berjaya, malah saya menjadi perokok tegar sehingga mampu menghabiskan 20 batang sehari,” katanya.

Sementara itu, perunding kewangan, Wendy Chia Shinyi, 26, berkata, dia langsung tidak percaya yang tabiat menghisap rokok boleh membuatkan seseorang menjadi kurus. “Jangan percaya tabiat merokok boleh membantu ‘si montel’ mengurangkan berat badan sebaliknya mereka mungkin berdepan kematian kerana ia mengurangkan kandungan nutrien dalam badan,” katanya yang sudah menjalani rawatan untuk berhenti merokok.

Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata satu kajian mengenai gejala merokok di negara ini menemui fakta mengejutkan apabila jumlah kanak-kanak perempuan mula merokok pada usia di bawah 10 tahun didapati satu kali ganda lebih ramai berbanding kanak-kanak lelaki. Pensyarah Jabatan Nutrisi dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rokiah Md Yusof, berkata kenyataan itu hanya ‘mitos’ kerana belum ada kajian membuktikan tabiat merokok mampu mengurangkan berat badan.

Katanya, sikap wanita yang terlalu taksub untuk kelihatan ramping dan cantik persis model mengakibatkan mereka mudah terpengaruh dengan kenyataan terbabit sehingga tidak mengendahkan kesan negatif daripada tabiat itu.

“Apabila mereka menghisap rokok, bahan kimia yang terdapat dalam rokok itu kononnya mampu ‘membunuh’ lemak dan membakar kalori sehingga perokok terbabit kekal ramping,” katanya ketika dihubungi.

credits: harianmetro

presenting...........Suri's Babies:))

ini suri.
suri ni jenis cam katik sikit.die pendek,tapi badan die panjang,gemoks dan gebu.comels:)
mase ni kitorang baru adopt die
kawan ayah aku bagi:)

ini suri masa die dah preggy.
aww,sexy tu suri bareng camni:P hehe
suri suke baring menelentang mase preggy,tak selesa kot perut dah besar sgt.


ini pulak puteh yang manja kesayangan aku:)
puteh ni jantan ok:P tapi dah hilang 'kejantanannye' sebab dah dikemilikan/disunat/dimandulkan.
bukan ape..utk kesihatan die gak..
kalau tak die asyik nak menggatal dan mengawan pastu bergaduh ngan kucing jantan lain sebab berebutkan kucing betina yang ntah sape2 ntah pastu selalu sakit pastu selalu la kena hantar pergi klinik sebab die asyik sakit sebab selalu gaduh dulu.pastu kucing jantan ni...kalau tak sunatkan die suka nak kencing spray sane sini.lepas dah sunat...die menjadi lebih baik ok:P duduk umah je die.sopan je:P..kencing pon dah tak bersepah.dah tak jalan2 jauh-jauh macam dulu dan dah tak gaduh ngan kucing jantan lain dan kucing jantan lain pon dah tak pandang kat die.plus,die makin manja:P

hanya puteh sajalah tempat suri mengadu nasib:P
suri dan puteh dah jadi bestfren sekarang.
dulu2 mase awal2 suri dibela,puteh tak suke die.asik nak gaduh nagn suri n puteh majuks sebab ade bela kucing lain selain die.tapi lama2 diorg dah jadi bestfren:)
oh ye,sape yg bertanggungjawab membuntingkan Suri??yang pasti bukan puteh la:P
tapi.....yang bertanggungjwb adalah Teleng (bukan kucing kitorang,tapi kucing jiran.kitorg yg sukesukehati panggil die Teleng sebab kepala die teleng sebelah.betul.aku tak tipu ni.) tapi kan..pas suri beranak,teleng tak jage pon anak2 die.puteh yang tolong jagakan tau x.teleng tak bertanggungjawab.abis madu,sepah dibuang:P haha.suri pon kitorg akan sunatkan die pas anak2 die dah besar sikit.cukuplah die sekali ngandung je:P anak2 suri aku tak sampai hati nak bg org.kitorg bela gak.tapi 2 ekor dr anak die aku akan bela kat pasr gudang.yang lain kat segamat.
the birth.
ni masa hari suri beranak.kucing beranak cam senag kan?tak yah la kena ade mak bidan ke, g hospital ke ape ke:P

dan ini hasilnye..
4ekor anak yang comels:))
sume ekor panjang2.i loikee:P 
tapi belum bagi name lagi la kat diorang.any suggestion?sangat dialu alukan!:)

tengok la muke suri cam tensen je kan?:P
muda2 dah jadi mak:P

aww!!tetek suri seksi:P
anak die ni pas nyusu terus tido.comels

mase ni dah besar sikit.
masing masing kuat menyusu.
si kelabu macam bola tenis warna kelabu adik aku cakap
comel kan?:)
puteh junior yg nakal
mata die biru cam puteh gak:)
ni kelabu si bola tenis dah beso sikit.sangat nakal!
tengok gaya die duduk.comels kan?



 like mother like son.
suri memang suke tidur gaya penyek.anak die pon ikut same.cam alas kaki adek aku ckp.haha

alahai ciannye tido dpn pintu jek:P
mase ni pintu tutup.diorng nak masuk.tunggu punye tunggu pintu tak bukak2 sampai la tertidur:P cian:P

diorg suke main2 n tidur kat pasu.
macam puteh dulu2:)



 sepasu  puteh.
puteh pon suke tidur kat pasu dulu.


bantal yang dipeluk itu adalah bantal puteh ok
sekarang dah jadi hak milik anak2 suri

erk...kucingku makan jagung tuu:P
ish ish ish..diorang ni suke nak merasa makan ape yang kitorng makan:P bagi je la rase sikit.kang die ngidam lak:P
 puteh dan puteh junior tidur bersama.
puteh memang bapak angkat yang baek.
sampai kurus sikit puteh dan tak terurus diri die coz penat jaga anak2 suri yg makin nakal ni


tengok.dah tak terurus sikit kan?cian puteh.penat ye syg??nnt kak in belanja makanan mahal2 ye:P hehe
tengok mata putih.anak mata die kiri dan kanan beza kan?sebelah besar sebelah kecik.tak tau kenapa.tibe2 je jadi camni.risau gak.
.
.
.

ok.itu saje untuk kali ini:P ade banyak lagi pic ank2 suri akan di upload lagi.so...Tunggu!!:D 
hehe.
well,perkembangan terbaru anak2 suri adalah :
-diorg dah pandai berak sendiri (bukan berak kat halaman umah ok),tak perlu guna pasir lagi.jimat sikit:D
-dah pandai panjat pokok!haha.suri yang ajar.puteh pon tak pandai panjat pokok:P

ok.sekian:D

tak dapat masuk IPTA? nak cari IPTS yang berkualiti?

 tak dapat masuk IPTA?

takpe..mungkin rezeki anda di IPTS
tapi..nak belajar di IPTS memang guna banyak duit..
bagi yang berkemampuan, mungkin tak perlu fikir banyak kali untuk sambung belajar di IPTS.duit dah ada,peluang dah ada,tinggal belajar sahaja.
bagi yang kurang berkemampuan,perlu fikir byk kali utk sambung belajar di IPTS.Tapi...bile ianya mahal,mungkin kamu akan lebih berusaha gigih untuk mencapai kejayaan kan?jangan sia siakan pengorbanan mak dan ayah yang selama ni berhempas pulas cari duit utk menanggung duit perbelanjaan kamu di kampus.buktikan kepada mereka yang belajar di IPTS pon kamu boleh berjaya dan berazam untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik:)

Antara IPTS yang berkualiti ialah TAYLORS COLLEGE.

klik
TAYLORS COLLEGE untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai TAYLORS COLLEGE.

 Selamat Belajar:)

Tuesday, June 15, 2010

it's a girl

hye there:)

smalam g scan baby ngan encik suami...
and the result is....





tapi semalam macam tak jelas sangat ..tapi doc cakap kemungkinan besar baby girl:D
next month nak check lagi utk double confirm:)
nanti dah sure dah boleh pilih nama dan beli baby's stuff;)
any suggestion nama baby kawan2?;)


Monday, June 14, 2010

makan hati untuk tambah darah:bagus atau tidak bagus?




 sekadar nak berkongsi artikel menarik dengan kamu semua...
baca sampai habis ok?:)
 .
.
.


Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Assalamualaikum wbh Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.
Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.



Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.


Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. N amun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman". Walau pun N abi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati2. Jantung3. Paru-paru4. Perut5. Hempedal6. Buah pinggang7. Jantung8. Buah pinggang9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam10. Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan N abi Muhammad SAW ini?



Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.
Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.


Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.


Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?



Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama N UTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.



Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.


Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.



Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya3. Elakkan minuman bergas4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.6. Makan buah delima7. Makan epal hijau. Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.



Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).


Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan N abi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.



Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul N ya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.


Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan N asrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati
 sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.Sekian wassalam. wallahualam

credits: ija

celcom broadband promotions





hye hye hye
for all celcom broadband users,please do click here to know more about the promotions:)
 
 
so..guys dun miss the celcom broadband promotions ya!!

yeah!membership status nuffnang ku sudah berukar semula kepada GLITTERATI:)

haha.
akhirnye...status nuffnang bertukar semula dari ordinary(non exclusive) kepada Glitterati:)
thanks to my encik suami yang banyak membantu menyelamatkan keadaan:P
ape itu GLITTERATI? (sila klik perkataan glitterati)


ok...seminggu cuti sekolah dah berlalu.kejap je kan?dan saya masih belum siap tanda kertas periksa:P haha..M.a.l.a.s:P
ish ish ish...cikgu ain,sila rajin rajin!!!
so..hari ini...saya nak menanda ye...physics paper 2.sesungguhnya aku pening baca jawapan student aku.macam2 ada.haha..pening aku nak menandanya.so...wish me luck dpt siapkan kerja aku hari ni:)
tinggal paper3 fizik je...yang lain dah siap.buat sikit2:P hee
 
ok.gambar di atas adalah tidak ada kena mengena dengan entry ini:P
ini adik perempuan aku yang bungsu ,Aten:P
itu adalah cermin mata atok aku,tok bak:P
perhatikan gayanya.adakah serupa seperti Betty La Fea?:P haha.just kidding:)
gambar ini adalah sebagai penyeri entry ini semata2.tidak ada kena mengena kepada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.sekian.



hari ni, dah masuk bulan REJAB dalam kalendar islam(klik sini untuk tau kelebihan bulan rejab)..so..mari lah kita puasa sunat ye sambil mengganti puasa(untuk perempuan shj).so..hari ni aku n encek suami puasa.punye lah excited set alarm nak sahur pukul 4.30 pg..tapi..............TETT!!tak bangun pon:P huhu..tapi puasa tetap puasa sebab aku dah niat puasa ganti:P


ok lah,nak buat kerja:P
bye:D


p/s: malam ni maybe kitorang nak scan baby untuk tau gender baby...boy or girl:) excited:) cant wait:))



Friday, June 11, 2010

teka teki teka tekuk, siapa salah kena ketuk!





Jom main teka teki nak???
Jom la...Jom la:D

.
.
.
ok...shall we start now???:)


ARAHAN: Di bawah ada 4 soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan cepat. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya dengan segera. OK????


Soalan Pertama:
Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

**hehe..mesti korang salah jawab kan??:P ok,next questions plz~



Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat ke berapa…? -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


**TeTTT!!salah lagi kan?:P kalau betul,taniah ye:P



Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira. Perhatian: Ini mesti dilakukan dengan menggunakan fikiran sahaja .tidak dibenarkan guna pensil,kertas dan kalkulator ye.jgn mengelat ye:D tak syok ar maen ngelat:P

Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang
campur lagi 1000. Campur lagi 30 ….
Campur lagi 1000 . Campur lagi 20…
Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 …
Berapa jumlah semua?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Adakah jawapan anda 5000 ?
Jawapan sebanar adalah 4100.

**hehe..salah ke betul?kalau tak caya,cuba kira guna kalkulator:P


Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Adakah jawapan anda Nunu? Salah!!!!
Namanya Mary.. Baca semula soalan!:))


Okay, cuba jawab soalan bonus:
Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.
Seterusnya, seorang buta pergi ke mini- market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ….?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati. Mudah sahaja. Dia buta je.. bukan bisu daa…


haha..amacam?best tak ?:P ade byk betul ke salah??:P

p/s: siapa salah kena ketuk:P

interactive short film:Ronnie Got Lucky-must watch!












hey hey hey...dah tengok short film Ronnie Got Lucky??kalau belum...You should watch this movie:) Please click here to watch the movie.Enjoy it!:) 
Good Luck Lonnie:P


Thursday, June 10, 2010

fesyen atau gaya rambut dan veil untuk majlis tunang/nikah/sanding(Tutorial Rambut/Hairstyle)

entry ni..khas untuk WAWA:)
sorry babe,sebab lambat post.sorry gak kalau tak complete:(

wawa request carikan fesyen and tutorial rambut dan veil untuk majlis tunang die 19 june ni..btw,aku tak mahir sgt bab2 gaya rambut ni:P tapi nasib baek ade encik google yang encem kan?:P hehe..bawah ni aku letak gambar-gambar gaya rambut untuk majlis tunang/nikah/sanding.



simple but nice..tanpa crown,bunga or aksesori di kepala..
hanya perlu sanggul rambut dan klipkan veil di tengah kepala.








selitkan bunga kat bahagian tepi sanggul pon nampak nice kan:) Simple and Sweet:)


 crown sebagai aksesori...tapi biasanya orang guna crown/tiara untuk majlis sanding.tapi nak guna crown untuk majlis tunang pon apa salahnya:)


sedikit petikan dari BabyFaz4fashion
Rambut dah meletup, tak payah la pakai veil. Baju dah penuh dengan beadings, tak payah la rantai .. Baju pun dah meletup, sepatutnya make-up more natural, maknanya go for natural look!!
.
.
tapi sebelum itu...kamu kamu kamu kena tentukan gaya/style rambut apa yang kamu inginkan pada hari bersejarah kamu nanti...
adakah kamu sudah membuat keputusan untuk style rambut kamu nanti??


Romantic

Style rambut jenis ini adalah style yang paling sering dipakai dalam pernikahan. Jika Anda menginginkan tatanan rambut bak seorang puteri tidak ada salahnya memilih style rambut ini. Pilihlah headpiece (penghias kepala) atau aksesoris rambut dengan mempertimbangkan style rambut, keperibadian anda dan juga gaun/baju yang akan dikenakan. Jangan pergunakan aksesori yang berlebihan sehingga akan menghilangkan kesan romantik itu sendiri.






Classic

Style rambut jenis ini akan menjadi pilihan terbaik jika diterapkan dalam majlis sanding. Dan akan lebih indah lagi jika dipadukan dengan pemakaian tiara dan veil, selain itu dapat juga ditambahkan dengan bunga segar. Untuk style ini biasanya akan menggunakan banyak hairspray dan klip/penyepit rambut.



Modern
Bagi anda yang memiliki rambut pendek jangan risau dan tidak perlu harus memanjangkan rambut/pakai rambut palsu untuk nampak lebih feminin dan stylish. Gaya rambut moden memungkinkan anda untuk lebih menonjolkan personality tanpa meninggalkan kesan glamour. Pilihlah aksesori rambut yang sesuai dan tidak berlebihan. 



.
.
.
bawah ni antara aksesori rambut yang selalu digunakan untuk majlis tunang/nikah/sanding





crown
perhatikan style rambut yang berlainan yang dikenakan bersama crown itu






hair clip.
Cute:)












hairband

untuk gaya  lain,pergi sini

.
.
.


sedikit panduan mengenai veil atau layah :-


 Panduan memilih layah
- Bagi mereka yang mempunyai bentuk tubuh berisi, kenakan layah yang panjangnya tidak melebihi paras pinggul supaya nampak lebih ramping.
- Bagi yang tubuh berbentuk pear, baju pengantin hendaklah menutupi bahagian punggung dan lebihkan manik-manik di bahagian atas supaya mata tetamu lebih menumpukan pada baju anda bukan kain.
- Minta kerjasama pereka untuk mencuba bersama layah supaya anda dapat gambaran rupa keseluruhan baju kahwin anda. Umpamanya layah yang pendek mungkin boleh mengubah baju biasa kepada sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang istimewa manakala layah labuh kemungkinan tidak sesuai.
- Bentuk kepala memainkan peranan yang penting, jika kepala kecil pilih layah yang sesuai, jika tidak ia akan menampakkan kepala seperti singa.
.
.
.



D.I.Y gaya rambut/tutorial rambut




  GOOD LUCK!!