MEH CUBA RESEPI :)

Monday, June 20, 2011

happy father's day and happy birthday :)

19 june 2011: besday my mom n hari bapa kepada seorang bapa yang first time sambut hari bapa iaitu encik suamiku:)

hepy besday makkkkkkkkkkkk!sayang mak:) 
adiah dah dapat awal2 lagi kan...:) dan hepy father's day encik suamiku syg:)))




20 june 2011 : besday ayahku dan adik kembarku, adek n abang(nama glemer irumah tapi kalau nama betul adib dan arif)


hepy besday ayah ,adek dan abang!! adiah ayah pon dah dapat dari bulan mei lagi. saja bg awal supaya tak lari bajet kalo beli sume adiah serentak ngn adiah mak. owh, adiah adek abg masih dlm perancangan nak bg ape.huhu..




takpe pape nak cerita sangat.sebab arini super duper bz kat sekolah. bukan hari ni je aku rasa. sepanjang minggu ni..selagi sukan sekolah tak habis. arini pon sampai rumah pukul 5.30 petang. ye..dah macam keje pejabat dah. takde OT or gaji tambahan ye. so enjoy the picsss~ (enjoy the pics???enjoy lah sangat .padahal 2 keping gambar jek) huhu


 mula2 belanja encik suami makan pizza.
try order pizza yang baru tu...ape tu nama die? ala yang ader tempura shrimp tu..memang sedap. sekali beli rasa nak lagi:P haha. ni je pic yang ade kat piza tu. gambar piza tak sempat amik sebab dah melantak dulu.huhu. ni first time zaheen dok dalam kerusi baby. habis kerusi tu die geget2. haish..huhu.


pastu buatkan kek untuk encik suami ku sayang sempena father's day..cofee cheesecake with peanuts.memang sedap! encik suami suka!:D yay! owh actually kek ni bentuk LOVE melambangkan cintaku padanya tapi disebabkan malas nak upload pic lagi sebab lambat loading so aku bgtau je lah bentuknya dan korang bayangkan lah sendiri.boleh?:P 


oklah.hari ni super duper penat.tapi sempat lagi update:P haha. ok,nak tdo lah. bapak budak dan budak kuat geget pon dah tido ni...tinggal mak budak je tak tdo lagi ngadap pesbuk n belog:P haha.ok.bye!!!!!:)



Wednesday, June 15, 2011

ala...........esok NORA ELENA dah abes...:(

ala ala ala..nak tengok SETH TAN lagi.nak nak nak!haha.gile gediks:P tapi semua orang pon memang jatuh cinta ngan lakonan Aaron Aziz dalam Nora Elena kan? sila mengaku:P hehe. sampai encik suami pon jeles i asik puji abg Seth Tan:P oh abang Seth~~ hehe..




Nora Elena




with his wife n kids :)
pic credit to encik google, of course:)



so...esok episod akhir NORA ELENA. cant wait :) tapi mesti happy ending punya lah cerita macam ni. rasanya ramai je yang dah tau ending die terutama pembaca setia novel Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha coz drama ni kan diadaptasi dari novel tu :) watak Seth tu cam kena je ngan Aaron kan..so sweettt~ :)






actually mula2 aku tak berapa layan pon NORA ELENA ni...tapi disebabkan member2 asik cerita pasal seth tan, nora elena, rmantic bla bla bla, aku pon terus la tengok petang tu dan terus melekat kat depan tv setiap isnin-kamis pukul 7-8 malam sampai lah sekarang:P haha. melekat kat depan tv coz suke tgk watak seth tan lakonan aaron tu:P sampai aku follow twitter aaron ,like facebook aaron aziz, dan like nora elena fc kat facebook:P gile semangat:P haha






oklah,banyak pulak aku merepek mlm ni.so sesapa yang terlepas tengok drama nora elena kat tv3 tu..bolehlah klik sini untuk mendownloadnya. oklah. abah zaheen dah ajak tido,kang die majuk:P bai:)








p/s  to encik suami : I LOVE U...always!.:)


Friday, June 3, 2011

resepi kek pisang yang gebu, sedap dan senang !:)

salam:)


korang suke makan kek pisang tak??aku suka makan kek pisang. tapi aku tak suke makan kek pisang yg jual2 kat kedai tu.tak sedap. nak kek pisang yang homemade taknak kilang buat.tak sedap.haha.cerewet:P


selama ni aku dah cuba pelbagai resepi kek pisang tapi rasa die masih belum memuaskan tekak aku:P tapi akhirnya aku telah jumpa resepi kek pisang yang sangat sedap dan senang pulak tu nak membuatnya.
so, hari ni aku nak share resepi kek pisang yang sangat gebu sedap dan senang nak membuatnya coz hanya masukkan semua bahan2,pastu putar sampai putih gebu. haaa.......senangkan? senang dan sedap. tak tipu. sebab minggu ni je aku dah buat lebih 7 bijik kek pisang yang kawan encik suami order:P yup, encik suamiku kini telah menjadi pegawai pemasaranku :D thanks syg tolong i jual kek:P nnt i bg komisen lebih ek:P lalala.
resepi asal dari kak hana.tapi aku ada ubah sikit untuk memudahkan kerjaku:P haha



kek pisang dimakan watu petang2 bersama air teh susu. 
nyumnyumnyum:))

bahan2:
  • 150g pisang emas(lebih kurang 3 biji)-dilecek/diramas
  • 180g tpg naik sendiri
  • 150g gula halus
  • 3 biji telor(size A tau)
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelatte
  • 2 sudu besar susu
cara-cara:
  • Campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu. kemudian masukkan dlm loyang yg telah digris minyak
  • Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit atau sampai masak-bile cucuk lidi cke tester..lidi tu keluar bersih,tak melekat2


p/s: aku hias kek pisang ngan choc rice n choc cair . saje gatal nak hias hias:P tak topping pon takpe.sebab..ianya sedap dimakan begitu saja:) cuba tau!:)

kepada yang belum tahu....BUTTER GOLDEN CHURN tidak halal. dah disahkan oleh Jabatan Agama Johor..

mungkin ramai yang dah tahu pasal ni tapi.........mungkin ramai lagi yang tak tahu..pasal pure butter jenama golden churn adalah disahkan tidak halal . kat internet dah tersebar luas pasal ni tapi kenapa tak keluar kat suratkhabar or TV? orang lain ramai tak tahu. kat kedai pon melambak je jual termasuklah BAKEWELL..padahal bakewell ni ak boleh jual barang kek haram coz kalau tak sijil diorang akan ditarik balik. owner bakewell pon taktau butter tu tak halal..sebab tu kena publish kat tv n suratkhabar. macam botol susu BPA FREE gak. kat internet dah lama tersebar pasal botol susu baby kena beli yang BPA FREE tapi kat Malaysia, baru tahun ni die bgtau pasal botol susu BPA FREE tu padahal kat negara lain, kat internet dah lama dah tersebar pasal ni. haishh.




ni butter golden churn. yup,butter ni memang mahal. 1 tin rm12.50. nasib aku tak penah beli. butter ni biasanya digunakan untuk buat BUTTER CAKE or kek lapis sarawak. 


surat dari bahagian penyelidikan jabatan agama johor mengesahkan butter golden churn tak halal!



Thursday, June 2, 2011

7th month of zaheen :)

tanggal 16 mei bulan lepas..zaheen dah 7 bulan :) tapi ibu die baru nak update kt belog pasal perkembangan zaheen 7 bulan .hehe.






ni perkembangan anak dara aku umur 7bulan:


1. dah expert merangkak. laju je die merangkak. lagi2 kalau main2 merangkak ngan die:P haha. ngan aku sekali jadi baby main merangkak kejar2 pastu sorok2 ngan zaheen:P


2. gigi atas 2 batang tu dah besar! hehe. gigi bawah 2 batang dah lama besar. gigi atas tu gigi kapak ikut ibu die..besar ! :P hehe .pastu mentang2 dah ade 4 batang gigi...suke sangat die geget ibu n abah die. die suke kot tgk ibu abah die menjerit kesakitan. serius sakit T___T sebab gigi die tajam.haha




3. zaheen dah pandai duduk. tapi masih lom tegak badan die kalau duduk n perlu sokongan lagi.




4. zaheen dah pandai nak memanjat n berdiri sambil berpaut pada sofa or apa2 yang boleh dipaut:P hehe. tak sabar nak berjalan kot die.hehe..




5. sangat kuat makan. kalau makan nestum je tak kenyang, die nak makan nasi gak blender ngan sayur n ayam baru kenyang. pastu kalau ngah suapkan die..kalau lambat sket je suap coz abah die suap sambil tengok tv pastu mulut die dah bising nak makan lagi.hehe




6. sekarang suke menyusu sambil meniarap n bontot die tertonggeng pastu macam2 gaya lah. ibu die kene baring menelentang n die menyusu sesuka hati ikut gaya yang dikehendaki :P haha.




7. makin nakal:P sangat susah nak pakaikan die baju or pempes sekarang coz die tak reti dok diam n tak suke kena pakai baju kot. haha.



8. suke mandi n berendam n main air dalam bathtub die. die suke tepuk2 air tu .pastu suke amik buih sabun masuk dalam mulut die.ish ish ish..



9. dah pandai panggil ibu! yup,mulut die memang banyak bebel n byk bercakap. ni kalau kat umah la ngan ibu abah die..tp kalau kt umah org die menjadi sopan santun:P haha. mulut die banyak cakap Bu Bu..Ba Ba.. panggil ibu n abah la tu:P hehe




10. kalau die kena marah,nnt die senyap n tenung je kite marah die,pastu die senyum n ketawa nampak gigi 4 batang die tu,kite pon tak jadi nak marah:P haha...


 gigi 4 batang dah besar :)
 gambar diatas diambil selepas die dipaksa pakai baju:P susah btol nak pakaikan baju sekarang.hhuhu






 cubaan memanjat untuk mengambil kotak tisu

duduk sambil tengok tv:)




p/s: kejap je zaheen dah besar! seronok tengok anak membesar depan mata :)))