MEH CUBA RESEPI :)

Tuesday, October 16, 2012

Nurul Zaheen is two years old today :)

16 oktober 2012,
genap lah umur zaheen 2 tahun :)
selamat hari jadi anak ibu sayang:)
dah besar dah kamu..
tak lama lagi dah nak jadi kakak ..
jadi kakak yang baik tau:)



zaheen..2 years ago..


tibe2 sebak teringatkan masa bersalinkan zaheen kan..
dah besar dah anak ibu:)


beberapa hari sebelum besday zaheen.bwk zaheen swimming.dah xnak pakai pelampung dah sekarang -_-

abah n zaheen di bawah pokok cendawan:P

kelaparan penat swimming:P



oleh kerana oven dah baik, so ibu bolehlah buat kek besday zaheen.sian zaheen..baru tahun ni kot sambut besday.mase 1st besday die tak sambut pon...sebab masa tu aku gi amik ayah aku kat hospital.ayah aku tak sehat..takde feel nak celebrate besday time tu..

kek besday zaheen. snowy cheese cake. sebenarnya nak buat rainbow cake yang warna warni tu ...tapi...malass nak menunggu bakar bayak2 layer:P tak sempat.lagipon..ibu zaheen dah ngidam nk makan snowy cheese cake :P apepon..kek ni sodappppp.lemak berkrim disukai ramai:P




malam 15/10/2012...dah sambut besday zaheen :)
sambut sendiri2 je. takde jemput sape2 pon. 
yg ptg,zaheen nampak happy :) dh paham sikit2 kot:) cam terpinga2 n malu2 pon ade jugak.
ada kisah disebalik topi besday yg zaheen pakai tu...
actually abah die yg beria beli topi besday tu..belum sempat pakai untuk celebrate besday, die dah 'menjahanamkan' topi itu. haha. dan disebabkan nak guna gak topi tu utk bergambar kenangan...abah zaheen telah repair semula topi itu.siap selotep n staple lagi:P haha



lepas potong kek, nangis :P


bday girl..pagi tadi..otw gi rumah pengasuh.

besday girl...lepas jemput dari rumah pengasuh..

hadiah besday dari pengasuh adalah, jatuh 2 kali dan lebam di sebelah mata. hmmmmmmmm.
ni yg rasa nak sangattttttt jaga anak sendiri......


sampai rumah..




selamat hari lahir sayang:)
ibu dan abah sayang kamu sangat2..
ibu doakan segala yg terbaik untuk Zaheen..
jadi anak yang baik dan solehah ye..


lot's of Love,
IBU :)

Wednesday, October 10, 2012

wordless wednesday #25 : JPO

p/s: tak puas gi jpo. tak sempat shopping pon. 'main kejar2 ngan zaheen' je lebih :P sejam je kat sane kot.pastu balikkkk :P













Friday, October 5, 2012

resepi blueberry apple pie with almond

semalam, aku dengan rajinnye telah membuat blueberry apple pie. hehe. actually, ni first time aku try buat pai. alhamdulillah menjadi :) pastri die pun sedap:) oh ye, oven aku yang dah lama rosak sejak pindah rumah tu baru je dibaiki rabu lepas :P tu yang boleh baking balik tu. how i miss my mr oven. 9 bulan ok tak baking.lame tuuuu. so sebagai perasmian oven baru 'pulih', aku buat kek pisang masa hari oven 'dibaikpulih'.

baru keluar oven

setelah dipotong

sedap dimakan dgn jem bluberi

 resepi kek pisang aku penah post dulu. klik sini kalau nak tgk resepi kek pisang. very the senang resepi ni wa cakap sama luuu:P campak sume dlmm mixer. putar.pastu tuang dlm bekas n bakar.siappp:P sodap pon sodap.sonang pon sonang:;) huhu

ok.dah dah. ni nak cakap pasal blueberry apple pie pulakk nii. so esoknye (hari kedua oven baru 'sembuh'),aku try buat apple blubery pie pulakk..ngidam nak mkn  pie ni dah lama dahh. resepi ni aku rujuk blog teratak impian cara buat die. tapi aku olah ikut citarasa :)

jemput tengok gambar dulu sebelum tgk resepi ;P


here's the recipe :

bahan-bahan pastri:

250 gm tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam(disebabkan butter aku tak cukup.ada 100g je.so aku tambah ngan canola oil dlm 45g)
1 biji kuning telur
30 gm air sejuk.-tak guna semua ponn (agak2 kalau dah boleh kepal,tak perlu tambah air lagi.)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang(utk dijadikan pemberat masa bakar dasar pastry crust)

Cara-cara
  • untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gaul ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastri pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
  • Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
  • Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti.lapisan pertama-jem bluberi.lapisan kedua,inti epal dan sedikit badam yang dah dibumbuk sikit. dan ratakan.
  • canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.
Bahan-bahan inti:
2 biji epal hijau (dipotong dadu)50 gm gula perang/ gula kastor
1 s/k serbuk kayu manis
1 s/b tepung gandum2
2 s/b air (utk bancuh tepung)
jem blueberry secukupnya-dlm 4 sudu
kacang badam secukupnya-tumbuk sikit
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)

Cara:
  • Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
  • Masukkan serbuk kayu manis dan kacau rata.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
  • Sejukkan.
baru keluar oven


yummehh:)



selepas sejam...tinggal seketul je ni :P


ok. cuba jgn tak cuba ok ?:)
bai.assalamulaikum:)

Thursday, October 4, 2012

bantulah adik adam syukri....


 
AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK...


ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..
ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MU
LUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..
DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.
DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK..
 
NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI SARAWAK
Untuk sumbangan ke Adam:
Noraisah Binti Mohamed Malena 
02040007292201 (CIMB) 
161136331818 (Maybank)
 
secara jujurnya..aku tak berani nak letak pic adik adam syukri...tak sampai hati nak tgk..boleh like FB adamsyukri :   http://www.facebook.com/AhmadAdamSyukri untuk mengetahui perkembangan adam.

Wednesday, October 3, 2012

tips untuk anda untuk menghadapi situasi bila nak bersalin

 untuk rujukan ku dan juga bakal ibu yang lain..bakal ayah pon perlu tahu dan baca;)

copied from here

Untuk bakal-bakal ibu yg bakal melahirkan anak, ini tips untuk anda
untuk menghadapi situasi bila nak bersalin

Ketahui tanda-tanda bersalin dan apa yang akan doktor lakukan bagi memastikan tubuh anda bersedia untuk proses kelahiran seperti yang dinyatakan oleh Dr. Siti Esah Bahari dari Selangor Medical Centre.

Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:

1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Rutin pemeriksaan
1. Vaginal examination
Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.

2. Cardiotopograph
Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.

3. Pemeriksaan tekanan darah
Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.

4. Palpation
Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.


Proses kelahiran
1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm
Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:

Senyap (latent)
Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.

Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.

Aktif
Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.

2. 10 cm sehingga bayi keluar
Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.

3. Uri dikeluarkan
Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.

Info

Ubat membuang najis
Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.

Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah ke hospital.

SUMBER DARI MAJALAH PA N MA

Tuesday, October 2, 2012

resepi mi hong kong sedap

mee hongkong...
aku letak pic ni kat intagram. dan puan wawa reques resepi.ni baru nak post resepi:P resepi actually rujuk kat majalah RASA keluaran september 2012. tapi tak ikut pon sangat pon.takdelah detail sangat ikut gram seperti dlm majalah tu. main agak2 je dan rasa guna lidah sendiri dan ikut apa bahan yang ada hari tu:P haha

resepi asal. alamak,lupe nak rotate.malass:P
klik pada gambar untuk tumbesaran. takpon beli aje majalah RASA keluaran september 2012:P


ni pulak resepi mi hongkong  version aku:

bahan:

mi kuning-agak2 utk 2 org mkn.
telur-2 biji(dikacau mcm buat telur dadar)
udang
bwg putih-hiris nipis
cili kisar-( cili kering direbus jap.pastu kisar.xyah byk sanagt kalau nak buat sikit je.nanti pedass sgt.setakat makan berdua..dlm 4-5 biji cukup.pastu blend je terus kalau malas nak rebus dlu. tpi kne blend lama sikit lah. kalau lagi malas, beli aje cili boh yang dah siap tu. tapi aku tak suke guna cili boh. rasa die lain.)
sos tiram-agak-agak je dalam 2-3 kali tuang
sos cili-agak-agak je dlm 2-3 kali tuang
sawi hijau-potong
lobak merah-potong panjang2
tomato-potong 4
air -secukupnya
garam+lada sulah
tepung jagung yang dibancuh ngan air-bagi pekat sikit kuahnya

cara buat:


1. campurkan mi kuning bersama telur.gaul rata.panaskan minyak.pastikan minyak betul2 panas,baru goreng mi sampai garing.angkat dan ketepikan

2. tumis bwg putih sampai wangi. masukkan cili kisar.kacau sampai pecah minyak

3. masukkan sos cili dan sos tiram .kacau sebentar

4. masukkan udang. kacau jap.pastu masuk sawi dan lobak n tomato.pastu masukkan air dan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air. biar didih jap. pstu masukkan garam n lada sulah. 

5. tuang kuah atas mee. dan siapp:)

sedia dinikmati.encik suami pon suke.siap request suruh buat lagi:P







oklah...itu saje utk harii ni. dah lama tak update pasal resepi kan..padahal byk je resepi senang+simple yang nak dishare. tapi...tak sempatt:(


last but not least..


zaheen @ 23month

and..perut aku at 26 weeks :P





haha.takde kaitan pon perut aku 26weeks dan zaheen 23mth tu. saje. bai!assalamualaikum:)